Sabtu, 22 Februari 2014
Ahad, 16 Februari 2014
Jumaat, 14 Februari 2014
Selasa, 11 Februari 2014
Ahad, 9 Februari 2014
KIAN KITA LUPA
Kian kita lupa
pada usul jerih bangsa
bila mewah harta di birai mata
Kian kita lupa
pada derita moyang dahulu kala
bila asyik riak dan berbangga
Kian kita lupa
pada azab dan seksa di sana
bila Tuhan melimpahkan kurnia
Tetapi,
kita hanya tak lupa
bila terlewat masa
untuk menyesali segala
terlanjur laku dan bicara
bahagia bertukar derita
gembira menjadi duka.
pada usul jerih bangsa
bila mewah harta di birai mata
Kian kita lupa
pada derita moyang dahulu kala
bila asyik riak dan berbangga
Kian kita lupa
pada azab dan seksa di sana
bila Tuhan melimpahkan kurnia
Tetapi,
kita hanya tak lupa
bila terlewat masa
untuk menyesali segala
terlanjur laku dan bicara
bahagia bertukar derita
gembira menjadi duka.
ASAS PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA
KELUARGA merupakan kelompok manusia yang paling kecil dalam masyarakat. Apabila kita memperkatakan tentang keluarga maka kita tidak dapat lari dari membincangkan sebahagian permasalahan masyarakat. Keluarga seperti lazimnya adalah terdiri daripada ayah, ibu dan anak-anak. Besar atau kecilnya sesebuah keluarga adalah bergantung kepada bilangan anggotanya.
Keluarga sebenarnya sendi dan asas kepada sesebuah masyarakat. Dengan yang demikian ia dijadikan sukat-sukat. Jika berkecai sesebuah keluarga maka berkecailah masyarakat dan jika aman damai sesebuah keluarga maka aman damailah masyarakat berkenaan. Pembentukan keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakat yang lebih besar.
Jelas asas tertubuhnya sesebuah keluarga ialah untuk mencari dan mewujudkan kebahagiaan dalam hidup. Apakah setiap mereka yang berharta itu akan hidup senang dan bahagia? Jawapannya belum pasti bahagia, malahan mungkin mereka akan mengalami nasib yang sebaliknya.
Sering berlaku bahawa kemewahan rumah tangga mendatangkan kegelisahan dan ketakutan untuk menghadapi masa hadapan dan sekeliling. Dalam keadaan sedemikian, pendekatan melalui ajaran agama Islam atau pembinaan rohani sahaja yang dapat membantu. Hidup dalam serba sederhana dan dalam reda Allah adalah sebaik-baik penghidupan
Kelemahan-kelamahan yang terdapat di kalangan umat Islam hari ini amatlah banyak dan ketara sekali. Bangun runtuhnya umat Islam bergantung kepada sikap setiap individu dan keluarga umat Islam itu sendiri adalah satu cara yang cukup mujarab untuk mengelakkan perkara tersebut dari terus berlaku.
Ramai di antara kita kurang memahami tugas dan tanggungjawab, tujuan dan dasar berkeluarga seperti yang dikehendaki oleh Islam. Kebanyakan kita yang mendirikan rumah tangga semata-mata untuk memenuhi naluri kemanusiaan sahaja. Jika sikap seumpama itu tidak dibendung dan diatasi, maka keluarga bahagia hanya tinggal impian.
Apabila kita memperkatakan keluarga bahagia maka kita tidak dapat lari dari membincangkan atau mengaitkan pembinaan sebuah keluarga bahagia dengan nilai-nilai moral yang sudah setentunya berasaskan kepada ajaran-ajaran agama Islam yang begitu luhur dan murni. Antara lain yang menjadi pokok perbincangan dalam hal ini ialah tujuan perkahwinan, asas perkahwinan, tugas dan tanggungjawab untuk membina sebuah keluarga yang bahagia.
Perkahwinan yang kemudiannya membuahkan anak pinak adalah asas kepada terbentuknya sebuah unit keluarga. Perkahwinan adalah ikatan yang suci lagi mulia dan menggambarkan perkembangan yang sihat di dalam usaha sesebuah masyarakat untuk mencari kesempurnaan dan kebahagiaan hidup serta melahirkan keturunan atau zuriat.
Antara tujuan murni sebuah perkahwinan ialah untuk menyempurnakan penghidupan seseorang itu menjadi berpasangan dan membina penghidupan dan tanggungjawab sendiri. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan manusia itu melakukan sesuatu yang di luar batasan peradaban dan tatasusila. Ia juga menjadikan manusia lebih teratur dan bersistem umpamanya akan melahirkan anak, cucu, cicit dan sebagainya.
Asas sebuah perkahwinan atau keluarga bahagia itu pula banyak. Namun untuk tujuan perbincangan ini kita khususkan kepada beberapa perkara. Antaranya ialah takwa. Pembinaan sebuah keluarga bahagia itu hendaklah diasaskan kepada takwa. Tanpa takwa pembinaan sebuah keluarga yang bahagia itu nanti dikhuatiri tidak akan terbina menurut landasan yang sebenar. Ini sesuai dengan anjuran agama kita agama Islam kerana ia juga adalah suatu sunnah Rasulullah.
Pembinaan sebuah keluarga bahagia itu juga mestilah dibina di atas landasan kasih sayang dan kasih mengasihi. Tanpa kasih sayang dan kasih mengasihi maka sebuah keluarga itu akan sentiasa terumbang-ambing dan tidak kukuh. Dengan perasaan kasih sayang itu, sebuah unit keluarga itu akan sentiasa kukuh dari sebarang ancaman.
Ini jelas kerana apabila kita hidup berkasih sayang kita akan merasakan diri kita saling dihargai dan saling berperanan serta mengelinga antara satu dengan yang lain. Dengan yang demikian hubungan kekeluargaan itu akan terjalin dengan mesra dan hidup tenteram hatta sekalipun dengan jiran atau masyarakat di sekeliling kita.
Juga disarankan dalam membina sebuah keluarga yang bahagia yang kita cita-citakan ialah kita hendaklah sering mewujudkan pergaulan dan penghidupan yang baik dan diredai oleh Allah jauh dari sebarang kemungkaran, kemaksiatan, penganiayaan, kezaliman dan sebagainya. Sikap bertolak ansur dan memperbanyakkan bersabar adalah juga antara ciri-ciri pembinaan sebuah keluarga yang bahagia yang kita maksudkan. Ketegasan menentang kemungkaran adalah menjadi utap yang kukuh, sementara didikan bijaksana terhadap ahli-ahli keluarga pula adalah asas dan dasar pentadbiran sesebuah keluarga.
Ia juga mestilah dibina di atas dasar amanah dan tanggungjawab bukan sekadar mengikut kehendak hawa nafsu semata-mata. Amanat hendaklah dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab pula dipikul dengan ringan hati. Hormat-menghormati adalah juga asas yang penting. Dengan berbuat demikian sikap dan komitmen akan menjadi terbentuk dan terarah. Ia menjadikan kita saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain.
Tanggungjawab mendidik anak-anak adalah amanah yang amat besar yang sudah pastinya dipikul oleh si bapa sebagai ketua keluarga. Dia akan bertanggungjawab secara menyeluruh, di samping mendapat bantuan daripada ahli-ahli keluarganya termasuk si isteri. Di sinilah sering berlaku kelemahan dan kerapuhan.
Dewasa ini kita lebih banyak berhadapan dengan pelbagai masalah sosial dan keruntuhan akhlak. Ramai anak muda yang kecundang sebelum mencapai kemuncak peringkat usia mereka. Ada yang hanyut dalam gelombang kesenangan dan menjadi hamba kepada kealpaan dunia. Ada yang terjerumus ke kancah hina seperti menjadi hamba najis dadah, menjadi kutu malam, pemugut, pencuri dan paling dahsyat menjadi penjenayah dalam usia rebung lagi.
Rata-rata punca yang menyebabkan mereka menjadi sedemikian adalah daripada keluarga yang berpecah belah. Masing-masing ahli keluarga sibuk dengan urusan masing-masing sehingga terlupa bahawa ada ahli keluarga mereka yang memerlukan perhatian, pengelingaan dan juga belaian.
Apabila mereka merasa tidak begitu diperhatikan atau tidak dikelinga, maka mereka akan mula mencari hiburan atau 'release tension' dengan cara alternatif yang tidak lain dan tidak bukan sesuatu yang di luar batasan. Mereka lebih mudah lagi terjerumus apabila mereka yang berkenaan kurang didikan agama dan mempunyai didikan moral yang rendah.
Untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia, setiap anggota keluarga hendaklah mengetahui perasaan dan peranan masing-masing dan melaksanakan tanggungjawabnya dengan akhlak yang jujur dan sempurna. Antara lain ciri-ciri tanggungjawab yang hendak dilaksanakan ialah mencurahkan kasih sayang dengan adil dan saksama, sering mendengarkan permasalahan yang dihadapi dan cuba mencari jalan penyelesaiannya.
Satu cara yang mungkin terbaik ialah pada waktu makan malam di mana hampir semua ahli keluarga akan berhimpun. Pada kesempatan inilah ketua keluarga boleh mengadakan sesi muzakarah mendengar sebarang permasalahan yang timbul dan bertukar-tukar fikiran untuk mencari jalan penyelesaian masalah berkenaan.
Demikianlah serba ringkas antara petua untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Asasnya yang terpenting ialah untuk menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi termasuklah hidup berkasih sayang, hormat-menghormati dan saling kasih-mengasihi antara satu sama lain. Didikan agama juga memperkukuh lagi ciri-ciri yang sedia ada. Menyempurnakan ibadat dengan ikhlas dan tawaduk akan menambah lagi kekukuhan keluarga bahagia yang dibina sehingga menjadi sebuah keluarga sakinah.

Langgan:
Catatan (Atom)