Ahad, 30 Mac 2014

Pembunuhan beramai-ramai di Mesir

Ketika seluruh dunia bersimpati di atas tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal, 529 orang di Mesir dihukum mati dalam perbicaraan yang paling singkat di sebuah mahkamah di Minya, selatan Kaherah Selasa lalu.
Malah pada masa hampir semua pemimpin di dunia mengerahkan pasukan mencari dan menyelamat mengesan pesawat itu, pemimpin Mesir memperalatkan mahkamah untuk menghalalkan pembunuhan beramai-ramai terhadap musuh politik.
Dalam keadaan dunia menangisi 239 nyawa yang terkorban dalam tragedi paling misteri dalam sejarah penerbangan, di sebuah negara Islam yang bertamadun tinggi pula 529 nyawa menjadi begitu murah.
Walaupun semua tertuduh yang dihukum mati belum menjalani hukuman tetapi ruang rayuan ditutup dan keputusan dimuktamadkan. Dalam perbicaraan yang paling singkat iaitu dua hari dan penghakiman kurang lima minit, 529 penyokong bekas Presiden Mesir, Mohamad Morsi berada di penghujung hayat.
Pemimpin tentera yang menggulingkan Morsi tahun lalu, Abdel Fattah al-Sisi mengembalikan Mesir sebagai negara tentera yang mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS). Untuk rekod, sebelum ini AS menyalurkan sebanyak US$2 bilion (RM6.4 bilion) setahun kepada Mesir sebagai imbuhan memeterai perjanjian damai dengan Israel era Anwar Shadat dan menindas Palestin. Tetapi US$1.3 bilion (RM4.16 bilion) daripada pembiayaan itu digunakan untuk memperkukuhkan angkatan tentera Mesir.
Mursi yang mewakili gerakan Islam, Ikhwanul Muslimin menjadi Presiden Mesir pertama bukan tentera yang dipilih dalam pilihan raya bebas. Presiden Mesir sebelum ini seperti Gamal Abdel Nasser (22 Februari 1958 - 28 September 1970), Anwar Shadat ( 2 September 1971 - 14 Oktober 1981), Hosni Mubarak ( 4 November 1981 - 11 Februari 2011) adalah pemimpin tentera.
Semua tertuduh yang dihukum mati adalah penyokong Morsi yang menentang pencabulan demokrasi oleh tentera. Ini adalah lanjutan daripada pengharaman Ikhwanul Muslimin selepas Morsi digulingkan.
Hukuman mati yang mencatat titik hitam dalam institusi kehakiman Mesir membuka topeng sebenar Abdel Fattah yang menjadi proksi AS untuk menyusun atur politik negara itu. Malah hukuman yang disifatkan oleh pemerhati politik sebagai “pembunuhan beramai-ramai" ini menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman negara itu.
Pesalah
Jumlah pesalah yang dihukum mati kali ini mengatasi rekod yang sedia ada. Pada era Hosni Mubarak tahun 1990-an sebanyak 106 orang dihukum mati oleh mahkamah tentera. Maknanya kecenderungan memperalatkan mahkamah untuk melakukan “pembunuhan beramai-ramai" adalah modus operandi dalam kalangan pemimpin boneka AS di Mesir.
Morsi yang dipenjarakan sejak digulingkan beberapa bulan lalu juga dinafikan hak untuk mendapatkan keadilan. Morsi juga dijangka akan dihukum mati di atas tuduhan membunuh yang sengaja dicipta untuknya. Ini mengesahkan kedudukan institusi kehakiman berada bawah pengaruh politik, dikuasai dan diperalatkan untuk kepentingan pemimpin.
Khamis lalu pula ketua pendakwaraya mendakwa 919 tertuduh di mahkamah di atas tuduhan yang sama; mencetuskan rusuhan, merosakkan harta benda awam dan mengakibatkan seorang polis maut. Difahamkan sebahagian besar yang didakwa juga akan dijatuhkan hukuman mati.
Akibat campur tangan politik ke atas institusi kehakiman, Ikhwanul Muslimin akan menjadi bertambah garang dan bersemangat sekalipun diharamkan oleh Abdel Fattah. Sebelum ini pun pada era Hosni Mubarak, Ikhwanul Muslimin diharamkan kerana pengaruhnya yang besar dalam kalangan rakyat.
Nampaknya tidak ada apa lagi yang boleh dipercayai di Mesir. Sistem demokrasinya korup, dipulihkan oleh Morsi tetapi akhirnya kembali seperti asal oleh Abdel Fattah. Begitu juga dengan institusi kehakiman yang menafikan keadilan serta diperalatkan secara tidak berperikemanusiaan.
Mimpi pejuang Arab Spring hanya tinggal mimpi. Malah menggulingkan Hosni Mubarak bukanlah kejayaan kerana boneka itu tidak diperlukan lagi oleh AS. Akhirnya menjadi mimpi lebih buruk apabila AS meletakkan boneka baharunya, Abdel Fattah. Keadaan menjadi seperti asal di mana semua presiden Mesir dalam kalangan pemimpin tentera yang mendapat sokongan AS.
Dalam pilihan raya Jun 2012, Morsi memenangi 52% undi. Tetapi sebenarnya hanya mendapat sokongan satu perempat daripada 50 juta rakyat Mesir yang layak mengundi. Bagaimanapun jatuhnya Hosni Mubarak bukanlah berakhir pemerintahan diktator.
Kejatuhan
Malah kejatuhan Mubarak bukan hasil kebangkitan rakyat. Rakyat diperdayakan oleh AS seolah-olah berjaya menukar diktator kepada pemimpin yang dipilih menerusi sistem pilihan raya yang bebas. Tetapi yang sebenarnya gerakan menjatuhkan Mubarak dipersiapkan oleh AS sejak 2008 lagi. Buktinya pada 2008 aktivis gerakan massa dari Mesir berhimpun di New York pada pelancaran Alliance of Youth Movement (AYM).
AYM memainkan peranan penting dalam menentukan agenda AS di Mesir. Ini adalah perkakas AS untuk menggerakkan rakyat untuk menjatuhkan Mubarak yang sudah tidak diperlukan lagi. Tugas AYM bukan sahaja menjatuhkan Mubarak tetapi mana-mana pemimpin yang tidak sehaluan dengan dasar AS.
Apa itu AYM? Ini sebuah organisasi yang melibatkan aktivis massa bergerak secara terancang dalam talian dan mencatatkan sejarah sebagai yang pertama pada abad ke-21. Jabatan Negara AS berganding dengan gergasi dalam media sosial seperti Facebook, Howcast, MTV, Google dan Youtube menggerakkan AYM untuk mencetuskan gerakan massa.
Tembelang AS dan Abdel Fattah terbongkar. Khamis lalu Abdel Fattah yang mengetuai kerajaan sementara dan menteri pertahanan meletakkan jawatannya dalam angkatan tentera. Dia mengumumkan akan bertanding sebagai presiden dalam pilihan raya Mei depan. Ini kerana dalam perlembagaan Mesir tentera dilarang bertanding jawatan presiden. Tetapi ironinya semua presiden Mesir adalah tentera kecuali Morsi.
Semasa gerakan menggulingkan Morsi, tentera Mesir membunuh lebih 3,000 penyokong Morsi sebahagian besar ahli Ikhwanul Muslimin. Bagaimanapun dalam kejadian yang sama 529 penyokong Morsi ditangkap, didakwa dan dihukum mati kerana membunuh seorang anggota polis.
Kalau benarlah institusi kehakiman Mesir bebas daripada tekanan politik, sudah tentu ada tindakan terhadap tentera yang membunuh lebih 3,000 orang penyokong Ikhwanul Muslimin. Bagaimanapun ini tidak berlaku kerana pembunuhan itu adalah arahan Abdel Fattah untuk mematahkan kemaraan Ikhwanul Muslimin. – utusan.com.my, 30 Mac 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 

Khamis, 27 Mac 2014

BONGKAR !!! TERDAPAT 5 AGEN AMERIKA DAN ISRAEL YANG MATIKAN TRANSPONDER PESAWAT MH370??

BONGKAR !!! Terdapat 5 agen Amerika dan Israel yang matikan transponder pesawat MH370?? | Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini: 
Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. (http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html.)
Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu. 
Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut. 
China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik. 
Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya. 
Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika. 
Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone. 
Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China. 
Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional. 
Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.
Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.
Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya. 
Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).(sumber facebook Abdul Majid Hasan)

Selasa, 25 Mac 2014

Sedih namun keluarga penumpang pesawat MH370 reda

Sedih namun keluarga penumpang pesawat MH370 reda

mh370 family

‘Reda’, hanya itulah ungkapan yang mampu diluah beberapa ahli keluarga penumpang pesawat dengan perkhabaran terbaharu berhubung nasib pesawat MH370, yang diumum berakhir di selatan Lautan Hindi, selepas hilang sejak 8 Mac lalu. Gambar laporan Malaysian Insider
pesawat mh370 terhempas di lautan hindi
Gambar ahli keluarga mangsa sedih di eskalator PWTC berikutan pengesahan PM Najib ia hilang terhempas di Lautan Hindi – Foto Malaysian Insider
Zamani Zakaria, 56, bapa kepada Razahan, 23, berkata beliau menerima berita itu sebagai ketentuan Ilahi setelah lebih dua minggu operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
“Pencarian ini berakhir dan kita tidak lagi perlu menunggu dan ternanti-nanti kerana penantian suatu penyeksaan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Zamani kehilangan anak serta menantunya, Norli Akmar Hamid, 33, yang dalam perjalanan untuk berbulan madu di Beijing, China.
Selamat Omar, 60, bapa kepada Mohd Khairul Amri, 29, juga berkata beliau menerima berita itu dengan hati yang redha dan terbuka.
“Seperti yang saya beritahu di peringkat awal, saya terima apa sahaja ketentuan, ringkasnya saya reda dengan apa yang ditentukan,” katanya.
mangsa pesawat mas terhempas
Pak Selamat Omar (tengah) dan isterinya, ibu bapa kepada penumpang MH370 Mohd Khairul Amri, di Hotel Everly, Putrajaya selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung nasib pesawat itu pada 10 malam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.
Pak Selamat Omar (tengah) dan isterinya, ibu bapa kepada penumpang MH370 Mohd Khairul Amri, di Hotel Everly, Putrajaya selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung nasib pesawat itu pada 10 malam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.
Pesawat malang yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu, hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi 8 Mac.
Sementara itu, usaha mendapatkan reaksi keluarga anak kapal MH370 di Hotel Marriot di Putrajaya gagal kerana pihak keselamatan meminta wartawan meninggalkan kawasan lobi.
Difahamkan anggota keluarga anak kapal terbabit dipanggil ke satu bilik khas untuk mendengar taklimat pihak MAS. – Bernama

Berita Terkini Dan Gambar Mangsa Pesawat MAS Hilang MH370

Berita Terkini Dan Gambar Mangsa Pesawat MAS Hilang MH370

prahlad dan kranti 1

Gambar mangsa pesawat MAS hilang MH370 oleh OnenewsIndia dan artikel Astroawani – MRM yang paling sedih si suami berikrar tidak akan menangis kerana tingginya harapan sang isteri akan ditemui semula dari pesawat MAS hilang akibat perpisahan yang sungguh dramatik dan tragik ini – Sama sama kita doakan #MH370 #Prayfor MH370
Pesawat MAS hilang MH370 hilang: India – Prahlad Shirsath dan isterinya, Kranti telah mendirikan rumahtangga selama 17 tahun tetapi mereka hidup terpisah sejak hampir tiga tahun lalu. Prahlad mendapat tawaran bekerja dengan sebuah NGO di Korea Utara.
Dia meninggalkan isterinya dan dua anak mereka yang sedang menganjak remaja di Pune, India.
Prahlad mempunyai satu kecintaan yang cukup murni. Dia mahu membebaskan warga dunia daripada kemiskinan dan mengangkat taraf hidup mereka agar jadi lebih sempurna.
Itulah kerja yang sebati dengan jiwanya. Dia pernah bekerja dengan BAIF Development selama lima tahun; pernah juga bekerja dengan Oxfam International di Afghanistan dan Tajikistan, pernah juga bertugas di Indonesia dan sekarang bekerja dengan Concerned Worldwide di Korea Utara sejak tiga tahun lalu.
Di Korea Utara, kerjanya antara lain memastikan rakyat miskin di republik komunis itu mendapat bekalan air bersih. Kontrak Prahlad dengan Concerned Worldwide sepatutnya berakhir pada 1 April ini dan dia sudah bercadang untuk pulang ke India. Dia tidak lagi mahu hidup merantau.
Dia tidak lagi mahu berulang-alik balik kampung dua atau tiga bulan sekali. Dia mahu tinggal dengan keluarga dan melihat anak-anaknya, Rahul dan Yashwant membesar di depan mata. Rahul berumur 16 tahun; Yashwant 11 tahun.
Tetapi Prahlad mempunyai cuti yang agak panjang sebelum kontraknya tamat. Kranti yang pernah mengikut Prahlad ke Korea Utara setuju untuk menghabiskan masa dengan suaminya serta bertemu dengan kenalan mereka di sana.
Selepas itu, mereka akan pulang ke India untuk kembali hidup bersama sebagai sebuah keluarga. Kranti seorang pensyarah kimia. Dia mengajar di sebuah kolej di Pune selama 10 tahun sebelum berhenti empat tahun lalu untuk jadi suri rumah sepenuh masa.
Kranti menaiki pesawat dari Mumbai ke Kuala Lumpur untuk menyambung penerbangan dengan pesawat Malaysia Airlines ke Beijing pada awal pagi Sabtu 8 Mac lalu. Dari Beijing, Kranti akan menaiki pesawat lain ke Pyongyang.
Prahlad-Kranti
Tetapi pesawat itu tidak mendarat diBeijingmengikut jadual pada pukul 6.30 pagi pada hari yang sama. Tidak ada siapa yang tahu ke mana pesawat itu menghilang. Tidak ada siapa yang tahu untung nasib Kranti dan 238 orang lain yang menaiki penerbangan pesawat MAS hilang MH370 itu.
Selepas mendapat berita yang mengejutkan itu, Prahlad menaiki keretapi ke Beijing dan kemudian datang ke Kuala Lumpur. Selepas empat hari tidak ada khabar berita tentang pesawat MH370 dan nasib isterinya, dia terbang ke pulang ke Pune untuk bersama dengan dua anaknya serta ahli keluarga yang lain.
“Selain tidak ada maklumat tentang pesawat, apa yang lebih menyakitkan ialah teori konspirasi,” katanya yang pulang ke Pune pada Rabu.
“Oleh sebab dia pernah tinggal di Korea sebelum ini dan kontrak saya akan berakhir, kami mahu bersama kawan-kawan untuk kali yang terakhir,” katanya.
Rahul sepatutnya menduduki peperiksaan pada Khamis tetapi dia langsung tidak membaca buku.
“Saya tidak boleh belajar. Semuanya bercelaru,” katanya yang mengikuti perkembangan operasi mengesan pesawat MH370 melalui peranti tabletnya.
Dia juga terluka kerana terlalu banyak teori konspirasi yang bersebaran.
“Saya harap ada sedikit maklumat. Mana mungkin tidak ada orang yang langsung tidak ada maklumat?”
Rajiv dan Yashwant sudah bersiap-siap untuk datang ke Kuala Lumpur menyertai waris dan ahli keluarga penumpang serta krew MH370 yang lain yang kini ditempatkan di beberapa buah hotel di sekitar ibu negara.
Pasport mereka yang tamat tempoh diuruskan pembaharuannya dengan segera oleh pihak berkuasa di India.
Pasport itu sudah siap Selasa lalu. Tetapi kerana ayah mereka sudah balik ke Pune mereka menangguhkan rencana untuk terbang ke Kuala Lumpur.
Menunggu adalah satu kerja yang cukup payah dan melelahkan menunggu pesawat MAS hilang itu. Rahul duduk di biliknya di tingkat atas. Dia tidak menghiraukan orang ramai yang berhimpun di rumahnya sejak berita kehilangan pesawat itu pecah pada pagi Sabtu lalu.
“Ada terlalu banyak orang di sini. Semuanya menangis. Saya tidak akan menangis.”

Balu pramugara MH370 redha dengan pemergian suami

BAHASA

Balu pramugara MH370 redha dengan pemergian suami

Balu kepada pramugara Hazrin Hasnan yang meninggalkan seorang anak kecil dan bakal melahirkan seorang lagi cahaya mata redha dengan tragedi yang menimpa suaminya dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370. Intan Maizura Othman menulis di dalam akaun laman sosialnya sebaik mendengar pengumuman yang dibuat oleh Perdana...SELANJUTNYA
Seorang ahli keluarga pesawat Malaysia Airlines MH370 beragama Islam membaca surah Yasin di Hotel Everly, Putrajaya memohon bantuan Allah supaya operasi mencari pesawat itu dipermudahkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 Mac, 2014.
Seorang ahli keluarga pesawat Malaysia Airlines MH370 beragama Islam membaca surah Yasin di Hotel Everly, Putrajaya memohon bantuan Allah supaya operasi mencari pesawat itu dipermudahkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 Mac, 2014.

Mutu pendidikan Malaysia lebih membimbangkan, kata pakar ekonomi Bank Dunia

Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander menegaskan mutu pendidikan Malaysia yang jatuh merudum lebih membimbangkan berbanding kedudukan kewangan negara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, Mac 25, 2014.
Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander menegaskan mutu pendidikan Malaysia yang jatuh merudum lebih membimbangkan berbanding kedudukan kewangan negara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, Mac 25, 2014.



Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander menegaskan mutu pendidikan Malaysia yang jatuh merudum lebih membimbangkan berbanding kedudukan kewangan negara.
Pencapaian buruk Malaysia dalam keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) lalu bukan suatu petanda baik, kata Frederico.
"Malaysia patutnya bimbang dengan tahap prestasi murid-murid dalam sekolah berbanding prestasi murid-murid di Vietnam kerana mereka lebih miskin daripada Malaysia tapi tahap pendidikan lebih baik berbanding Malays," kata Frederico dalam forum yang dianjurkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) hari ini di Damansara.
Malaysia hanya berjaya berada di kedudukan ke-52 daripada 65 negara dalam ranking keputusan Pisa.
Malah, Vietnam berada di tangga ke-17 dalam kajian itu dengan markah 511 manakala Shanghai-China mendapat 613 untuk mendapat tempat pertama dalam ranking itu.
"Murid-murid di kawasan pendalaman Vietnam, prestasi mereka lebih tinggi daripada murid-murid Malaysia.
"Ini akan memberi kesan terhadap pembangunan aset sumber manusia Malaysia," kata pakar ekonomi kanan Bank Dunia itu.
Frederico berkata pihak sekolah perlu diberikan lebih autonomi dan kuasa yang lebih untuk menangani masalah pembelajaran setempat.
Pisa merupakan sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar 15 tahun yang melibatkan negara dari seluruh dunia.
Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains.
Pisa menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.
Purata min skor ialah 494 dan kajian itu menguji 510,000 pelajar tahun lalu merangkumi tiga bahagian peperiksaan – matematik, sains dan keupayaan membaca. Malaysia memperolehi min skor 421.
Pelajar Malaysia dikatakan mendapat pencapaian yang teruk dalam bahagian membaca dengan skor 398 (purata:496), bahagian matematik, Malaysia mendapat 421 (purata:494) dan sains, 420 (purata:501). – 25 Mac, 2014.

MH370: Terus diselubungi misteri – Nazil Nuhairi Ismail

Dunia kembali bersedih dan berduka selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  berkaitan nasib pesawat MH370. Terhempas di Lautan Hindi yang kedalamannya melebihi beberapa kali jarak menara KLCC. Selepas hampir genap 3 minggu pencarian, kesedihan mula sedikit reda, kini semua kembali berduka.
Teori dan spekulasi terus berkumandang dan semakin rancak. Jawapan perdana menteri itu tidak meredakan persoalan, malah bertambah tanda soal. Apa sebenarnya yang berlaku kepada pesawat MH370 ini. Kenapa terpadam isyarat transponder, kenapa berpusing ke kiri, kenapa boleh terlepas terbang ke Lautan Hindi, ke mana destinasinya? Adakah tragedi ini suatu kemalangan ataupun rampasan? Pelbagai pandangan dihamburkan namun satu pun tidak pasti.
Namun, pengumuman ini memberi jawapan kepada semua ahli keluarga mangsa dan warga dunia kepada persoalan ke mana hilangnya MH370. Sedikit meringankan kesakitan seperti ubat penahan sakit menghilangkan sementara sakit kronik. Penderitaan emosi yang berpanjangan kepada seluruh ahli keluarga mangsa.
Siapa yang mampu membongkarkan rahsia MH370? Terasa kelu dan bisu semua manusia. Sekalipun diajukan kepada manusia sombong yang mendakwa mencapai kecanggihan moden dunia. Semua bijak berteori dan berkata-kata, namun gagal memberi jawapan yang pasti.
Kalau tragedi ini suatu kemalangan, apa yang mampu kita lakukan? Ketentuan di luar percaturan manusia. Perkara sudah berlaku, akan berlalu. Yang masih hidup perlu mengambil iktibar daripada apa yang terjadi. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, terima ketentuan Ilahi dan yakin kebijaksanaan Yang Maha Kuasa mengatur nasib manusia.
Kalau tragedi ini satu konspirasi, ini yang perlu dibongkarkan dan buru pesalahnya. Pastinya sanak saudara dan hati kemanusiaan dunia ingin melihat yang bersalah menerima hukuman setimpal atas perbuatannya. Barulah puas hati ini melihat keadilan ditegakkan dan kezaliman dijatuhkan. Baru aman dunia dan seisinya. Itu prinsip agama, tiada satu pun kesalahan dan dosa manusia akan terlepas melainkan akan dihukum. Jika tidak di dunia ini, di kehidupan selepas kematian. Dosa tidak akan terlepas.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ahli keluarga untuk lebih 200 penumpang MH370 yang memikul beban ujian. Perasaan mereka dan kita, sebagai penonton tragedi tidak akan sama. Kesedihan mereka, dengan kesedihan kita tidak mungkin sama. Apa yang mampu kita lakukan, bersama harungi kesedihan. Bersama merasai beban ujian bersama. Ini dapat meringankan sedikit beban duka hati mereka. Bersimpati dan berdoa bersama sebagai manusia kerdil yang lemah.
Kehilangan MH370 akan terus menyimpan misteri yang tidak terungkap. Sejarah mengajar kita tidak semua kejadian memerlukan jawapan. Tidak perlu terlalu sedih dengan apa yang berlaku kerana akan membuka masalah lain pula. Yang terbaik sebagai manusia, menerima hakikat, berlapang dada dan berserah kepada Yang Mencipta Manusia. - 25 Mac, 2014.
* Dr Nazil Nuhairi Ismail ialah Pengerusi Persatuan Profesional Muda Kedah (Promis).