Ahad, 19 Oktober 2014

Ucapan Deepavali: Jamil Lambang 'Rakyat Malaysia Tulen'



"Dulu lain sekarang lain...dulu Melayu, Cina dan India hidup macam satu keluarga. Kita berkongsi manis dan pahit, lebih-lebih lagi bila ada perayaan suatu kaum, kita merayakan bersama-sama...gembira betul.

"Sekarang negara maju, rakyat belajar tinggi, banyak pengetahuan tetapi semangat kekeluargaan dan perpaduan itu 'kurang'," begitulah luahan hati Jamil Mohd Yusof, 76, mengimbas kembali zaman mudanya dalam satu temu bual khas dengan Bernama TV, baru-baru ini.

Dalam kesibukan masyarakat Hindu membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali tahun ini, Jamil menjadi topik perbualan menarik semua lapisan masyarakat di negara ini termasuk yang berada di luar negara, selepas kisahnya dimuatkan dalam laman media sosial seperti Facebook, Youtube, WhatsApp dengan 'klip video' pendek selama 1 minit 10 saat.

Dalam klip tersebut yang berkonsepkan 'Nothing Greater Than Being Malaysian,' Jamil mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Deepavali' kepada semua penganut Hindu di negara ini, dalam bahasa Tamil dengan fasih.

'Enakku therinjavungga theriyaathavungga ellorukkum ennudaiya Deepavali Vaalthukal' (Selamat Hari Deepavali kepada semua orang yang mengenali saya dan yang tidak kenal pun).

Rata-ratanya semua rakyat Malaysia daripada pemimpin tertinggi, ahli politik, ahli akademik, peniaga, pelajar, orang kampung serta pekerja asing menyifatkan klip video itu sangat bermakna dan signifikan dengan mesej padat, selain melabelkan beliau sebagai 'Rakyat Malaysia Tulen'.

P Elango, 45, pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) yang tidak dapat menyambut Deepavali tahun ini berikutan kematian ayahnya berkata, klip dwibahasa, Melayu dan Tamil dengan terjemahan bahasa Inggeris itu menyentuh hati beliau.

"Biasa kalau Deepavali, iklan Petronas yang menjadi tarikan utama dengan penampilan konsep baharu. Tahun ini, klip ini pula begitu popular dengan mesejnya. Walaupun Pak Cik Jamil orang ladang, tetapi mesejnya cukup bagus," katanya.

Elango yang sempat berkongsi klip video tersebut dengan saudara mara dan rakan-rakannya yang kini melanjutkan pelajaran dan bekerja di luar negara berkata, mereka kagum dengan Jamil sambil akur hubungan antara kaum pada masa dulu dan kini berbeza.

Mengimbas kembali bagaimana klip itu dihasilkan, Jamil berkata sekumpulan kru India tempatan yang membuat penggambaran di Batu 2, Ladang Kerling, kira-kira tujuh kilometer dari Kuala Kubu Baru tahun lalu (2013) merakamkan perbualan itu secara santai.

"Mereka tengok saya pandai dalam bahasa Tamil, mereka minta saya bercakap. Orang estet apa boleh cakap besar? Cakap saja apa yang ada dalam hati. Betul jugakan orang dulu dan sekarang lain. Tapi tak sangka ia boleh popular macam ini," katanya.

Anak kelahiran Jalan Bukit Kuda, bandar diraja Klang itu mengambil alih perniagaan kedai makanan dan runcit di Ladang Kerling itu, kira-kira 53 tahun lalu, daripada abang iparnya ketika beliau berusia 23 tahun.

"Sebelum itu, saya bekerja sebagai tukang masak di rumah pengurus ladang Sungai Chua, F W Harrison. Masa itu saya baru berumur 15 tahun, jadi isteri beliau yang mengajar saya cara memasak.

"Mereka juga ajak saya ikut ke Australia kerja di rumah mereka. Tetapi isteri dan anak-anak saya kata jangan. Mereka takut mungkin saya kahwin kali kedua pulak," katanya sambil ketawa besar, berkongsi pengalamannya.

Hasil perkongsian hidup dengan Stiah Kutty, 72, wanita keturunan Malabar, India, pasangan itu dikurniakan tujuh anak (tiga lelaki dan empat perempuan), 25 cucu dan dua cicit, yang kesemuanya boleh bertutur pelbagai bahasa.

"Rojak... bahasa Melayu, Tamil, Malayalam, Inggeris...sikit-sikit bahasa Cina, semua boleh. Sejak kecil lagi, saya pandai cakap bahasa Tamil. Sebab itu bila jatuh cinta dengan Stiah masa saya umur 20 tahun, kedua-dua keluarga pun tak ada halangan untuk dikahwinkan," katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai 'anneh' (abang) dan 'kadaikaru'(pekedai) menetap di Ladang Kerling lebih 50 tahun lalu berkata dalam keadaan serba kekurangan, masyarakat pelbagai kaum ketika itu tetap menikmati kehidupan aman dan baik seperti mana yang diimpikan pemimpin negara.

Malangnya, pembangunan pesat negara telah 'menelan' nilai-nilai mulia seperti sikap bertolak ansur, hormat menghormati, tolong menolong, kunjung-mengunjungi rumah terbuka perayaan mahupun memahami perasaan dan sensitiviti sesuatu kaum, kata beliau dengan nada kesal.

"Dulu lebih 200 keluarga ada di ladang ini...India, Melayu, Cina semua ada. Kita macam abang adik, satu keluarga. Tak ada kacau, gaduh, tak ada masalah. Kalau Hari Raya, kita buat kuih untuk semua orang...sebab semua kita kenal.

"Kalau Deepavali, rumah saya penuh dengan kuih-muih daripada kawan-kawan India. Begitu juga kena pergi kesemua rumah. Kalau terlepas satu, kawan India itu marah pulak. Itu sambutan dulu..."

"Sekarang negara maju, tapi semangat kekitaan-kekeluargaan itu tak ada. Saya tak tahulah, ia dapat dihidupkan semula atau tidak. Kalau disuburkan semula, bagus untuk semua," katanya sambil menyatakan sebilangan kecil kawan-kawan lama dari ladang itu masih menghubungi beliau dan mengunjungi kedainya apabila melalui kawasan itu.

Beliau merupakan penggemar lagu klasik Tamil dan cerita filem Tamil berlatarbelakangkan keluarga, selain filem-filem klasik Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Menurutnya, beliau pernah melawat beberapa negara antaranya Australia, Jerman, England, Arab Saudi, Singapura dan India, namun baginya tidak ada negara yang unik dan aman seperti Malaysia dengan kepelbagaian agama, budaya, bahasa dan perayaan yang dikongsi bersama semua orang.

Sementara itu, bekas anak kelahiran ladang itu, Ketua Pemuda MIC Selangor V Mugilan berkata, Jamil banyak menolong masyarakat ladang itu, termasuk beliau sendiri sehingga menjejak kaki ke Universiti Malaya.

"Sewaktu di sekolah rendah dan menengah, setiap hari saya pergi ke kedai Pak Cik Jamil untuk baca akhbar Tamil dan Utusan Melayu secara percuma, sebab tak mampu beli akhbar. Beliau menggalakkan saya baca akhbar dan mahu melihat anak-anak ladang maju.

"Lagipun Pak Cik (Jamil) kenal sangat dengan ayah saya, beliau juga sentiasa menasihatkan saya agar belajar bersungguh-sungguh dan menyedari pengorbanan ibunya terutamanya selepas ayahnya meninggal dunia," katanya sambil melahirkan rasa gembira dengan tersebar luasnya 'Klip Pak Cik Jamil' dalam media sosial.

Pekerja ladang Kerling, Tamil Selvam pula menyifatkan Jamil yang telah menunaikan haji tujuh tahun lalu sebagai orang yang mudah mesra, pandai berjenaka dan suka menolong orang lain.

"Walaupun harga makanan naik di semua tempat, Pak Cik Jamil hanya kenakan 80 sen bagi teh tarik dan 70 sen bagi roti canai. Kita orang lama ada lebih kurang 10 keluarga sahaja. Kita 'respect' dia (Jamil)," katanya.

Isterinya Stiah berkata, walaupun anak-anaknya mengajak mereka tinggal bersama di bandar namun bagi beliau dan suaminya, Ladang Kerling tetap istimewa dan akan menyambut Deepavali tahun ini juga bersama penduduk ladang ini.

Selasa, 14 Oktober 2014

Wajah Lelaki Yang Paling Ditakuti Oleh Anwar Ibrahim

Inilah Wajah Lelaki Yang Paling Ditakuti Oleh Anwar Ibrahim




Dalam memilih hakim untuk rayuan kes liwatnya, DS Anwar Ibrahim mahukan "Rakyat Hakim Negara".

Bermakna, Anwar ragu terhadap pengendalian kes oleh profesional dalam sistem kehakiman.

Akan tetapi, apabila pasukan pendakwaan menamakan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bukan dari penjawat awam sebagai ketua pasukan pendakwaan, Anwar menjadi kelam kabut.

Kalau Anwar mahukan "Rakyat Hakim Negara", apa salahnya Peguam Negara menamakan peguam swasta dilantik sebagai pendakwa bagi pihak rakyat?

Hari ini, Anwar gagal untuk kali ketiga untuk menyingkir 'pendakwa bagi pihak rakyat', Shafee Abdullah, melalui permohonannya di Mahkamah Rayuan.

Panel yang dianggotai 5 hakim sebulat suara memutuskan, Shafee layak untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan rayuan Anwar pada 28 Oktober depan.

Selepas gagal dalam 3 percubaan untuk menyingkirkannya, Shafee kekal sebagai lelaki yang ditakuti oleh Anwar.

Rasanya elok juga kalau dilancar kempen 'Rakyat Pendakwa Anwar' dalam mendidik perangainya.

Ahad, 12 Oktober 2014


Yang Amat Berhormat Mohamed Azmin Ali. Menteri Besar Selangor


Yang Amat Berhormat Mohamed Azmin Ali. Menteri Besar Selangor


Sabtu, 11 Oktober 2014

Memurtadkan Melayu


Panggil apa sahaja – mereka khianat Melayu – tidak Islamik – menggadai maruah bangsa Melayu – mencemar agama Islam namun gerakan memurtadkan Melayu sudah mula berlaku.  
Istilah memurtadkan Melayu sememangnya belum konklusif tetapi kita mula terdengar anak muda Melayu sudah mula mengintip dan di intip oleh DAP, untuk menyertai DAP sebagai alternatif politik dan meninggalkan parti lain khususnya Parti Keadilan Rakyat Malaysia. Sungguh pun ini tidak dapat dikatakan sebagai satu gerakan memurtadkan Melayu yang menyeluruh – namun dalam kerangka politik – peralihan mula berlaku dari sudut kepartian – menyertai DAP yang selama ini di label sebagai parti Cina dengan egois Cina yang tinggi oleh orang Melayu. Wujud kini ahli PKR dan anak muda yang tidak berparti , sudah mula berjinak-jinak dengan DAP. Sungguhpun mungkin suara itu tidak didengari oleh kita – kerana kita terlalu amat jauh dari realiti politik – keadaan menjemput anak muda Melayu menyertai DAP sudah dimulakan.   
Media UMNO – penyokong UMNO dan ahli UMNO dalam media sosial khususnya media Face Book banyak menghentam mereka yang telah menyertai DAP sebagai pengkhianat bangsat, menjual bangsa dan agama apabila mereka menyertai DAP. Kata apa sahaja – tindakan kita memaki hamun – menuduh dan menghentam mereka yang menyertai DAP menjadikan mereka lebih popular dan di terima.
DAP dengan alasan mahu lebih ramai orang Melayu menyertai parti itu bagi  menunjukkan bahawa DAP adalah parti berbagai-bagai kaum, sudah mula  menarik perhatian anak muda baik yang tidak berparti mahu pun berparti khususnya dalam PKR. Usaha mereka turut untuk bertemu dengan anak muda Melayu – wanita dan gadis-gadis Melayu dalam usaha menarik perhatian mereka sudah mula wujud dan sudah menampakkan kejayaan.
Usaha ini semakin nampak berkesan setelah Dyana Sofya Mohd Daud diberi ruangan oleh DAP untuk bertanding di Teluk Intan baru-baru ini. Ini merupakan satu langkah strategi baik DAP untuk memperkenalkan gadis Melayu sebagai calon – anak muda sebagai calon dan meletakkan satu asas kukuh untuk rakyat melihat DAP dari sudut yang berbeza dan tidak lagi bertunjangkan fahaman komunis seperti selama ini di dakwa. Langkah ini sebenarnya memberi kemenangan politik jangka panjang bagi DAP biarpun tewas di Teluk Intan.
Penyebaran wadah politik DAP dijalankan dengan nada dan susunan yang merancang pergerakan mereka untuk meraih sokongan pada PRU seterusnya. Tindakan agresif DAP akhir-akhir ini adalah untuk meramaikan orang Melayu menyertai DAP dalam usaha mereka untuk terus menerajui politik tanah air. Orang Melayu mahu di usahakan oleh DAP untuk melihat DAP bukan sebagai satu parti berfahaman Komunis seperti satu masa lampau namun melihat DAP sebagai satu parti politik yang berpihak kepada rakyat dan tidak terikat pada ras.  Langkah pro aktif dan positif mereka sedikit sebanyak telah memulakan gerakan baru – mengambil Melayu menyertai mereka. Satu langkah politik yang melihat kepada masa depan politik mereka.
Kenapa dikatakan memurtadkan Melayu – adakah terminologi itu tepat dan benar? Adakah memurtadkan Melayu membawa Melayu keluar dari resam Melayu – budaya Melayu atau sedikit sebanyak liberalis dari apa yang sebenarnya menjadikan Melayu itu Melayu. Dalam konteks politik pula apa sebenar yang dikatakan memurtadkan Melayu. Adakah menyertai DAP dikatakan sebagai memurtadkan Melayu? Adakah gerakan ini akan akhirnya menghancurkan PKR dan UMNO sendiri – bila Melayu keluar dari kongkongan perjuangan Melayu? Adakah mungkin juga kaum lain seperti Cina juga akan menghakis perjuangan kaum Cina bila mana Melayu hilang makna perjuangan Melayu?  Adakah mungkin memurtadkan Melayu itu hanya berlaku sekitar isu politik – sokongan kepada parti Melayu oleh orang Melayu mula terhakis.
Apa pun persoalan yang timbul – satu penyataan harus diperjelaskan – adakah perjuangan Melayu oleh UMNO sesuatu yang sudah menjadi ortodoks dan tidak lagi di terima? Adakah parti Melayu semakin mengecil sehingga hari ini gerakan menyertai DAP semakin membesar dan berkembang di kalangan orang Melayu? Adakah ini tidak boleh di label sebagai memurtadkan orang Melayun ? Lebih khusus lagi adalah perjuangan Melayu – adakah perjuangan Melayu harus berkisar kepada penentangan terhadap kaum lain dan kaum lain juga perlu dipersoalkan – adakah penentang budaya dan agama satu langkah politik bijak mereka atau akhirnya negara ini terpisah dengan sekatan perkauman. Kita perlu sebenarnya jujur dan tidak menyapu konflik kaum di bawa tikar – ia akan kelihatan juga. Apa dia memurtadkan Melayu?
Anuar Mohd Nor
anuarmohdnr@gmail.com
5 jenis wanita menurut al-Quran

DALAM al-Quran, ALLAH SWT menceritakan pelbagai jenis kisah untuk kita teladani dan jadikan iktibar sebagai panduan dalam kehidupan sehari-hari. ALLAH tidak hanya mengisahkan perihal kisah kaum terdahulu, tetapi juga pelbagai bentuk akidah, ibadah, muamalat dan sebagainya.

ALLAH  ada menjelaskan mengenai jenis wanita dalam al-Quran. ALLAH kisahkan semua cerita ini untuk hamba-Nya, khususnya wanita bagi diaplikasikan dalam kehidupan yang sedang dijalani.

Ada antara yang bersifat positif dan ada yang bersifat negatif. Ada yang patut dicontohi, dan semestinya ada yang harus kita jauhi. Lima jenis wanita diceritakan dalam al-Quran buat panduan kita semua.


Wanita pejuang

Jenis pertama yang disebut dalam al-Quran adalah jenis pejuang. Wanita yang memiliki sifat pejuang ini mempunyai keperibadian yang kuat. Mereka berani menanggung risiko apa pun saat keimanannya diusik dan kehormatannya diperlekehkan. Siti Asiah binti Mazahin, isteri Firaun memiliki sifat pejuang ini.

ALLAH mengabdikan doa Siti Asiah dalam al-Quran: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga, dan selamatkanlah aku daripda Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim." (Surah at-Tahrim: 11)

Walaupun berada dalam cengkaman Firaun, Asiah mampu menjaga akidah dan harga dirinya sebagai seorang Muslimah. Asiah lebih memilih istana di syurga daripada istana dunia yang dijanjikan Firaun. ALLAH mengabdikan doanya dan menjadikannya tauladan bagi orang yang beriman.


Jaga dirinya

Jenis wanita yang kedua ialah wanita soleh yang menjaga kesucian dirinya. Kita dapat lihat sifat ini ada pada Maryam binti Imran. Hari-harinya diisi dengan ketaatan kepada ALLAH. Maryam sangat konsisten menjaga kesucian dirinya.

 ALLAH berfirman yang bermaksud: "Bagaimana mungkin aku mempunyai anak lelaki, padahal tidak pernah ada lelaki yang menyentuhku dan aku bukan seorang penzina!" (Surah Maryam: 20)

Disebabkan keutamaan inilah, ALLAH mengabdikan namanya sebagai salah satu surah dalam al-Quran dengan Surah Maryam, surah ke-19.

ALLAH memelihara Maryam bukan kerana kecantikannya, tetapi kerana kesuciannya dalam menjadi hamba yang soleh.


Pembawa kayu bakar

Jenis yang ketiga, dimiliki oleh Hindun, isteri Abu Lahab. Mereka yang mempunyai sifat seperti Hindun ini suka menghasut, menyebar fitnah dan menjaja cerita. Di dalam al-Quran, Hindun disebut sebagai “pembawa kayu bakar” atau dengan kata lain penyebar fitnah. Bersama suaminya, Hindun tidak putus menentang dakwah Rasulullah SAW, menyebar fitnah dan melakukan kezaliman. Bicara yang sedikit menjadi besar apabila Hindun bersuara.

"Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama! Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergelora (neraka). Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah). Di lehernya ada tali daripada sabut yang dipintal.” (Surah Al-Masad: 1-5)


Wanita penggoda

Jenis wanita yang keempat ialah jenis wanita yang menggoda. Ini dibuktikan Zulaikha saat menggoda Nabi Yusuf AS. Perbuatan Zulaikha ini diceritakan dalam al-Quran: "Dan perempuan yang dia (Yusuf) tinggal di rumahnya menggoda dirinya. Dan dia menutup pintu-pintu, lalu berkata, "Marilah dekat kepadaku.".

Yusuf berkata: "Aku berlindung kepada ALLAH, sesungguhnya, tuanku telah melayaniku dengan baik.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya." (Surah Yusuf: 23)

Sifat atau jenis wanita yang terakhir ialah wanita pengkhianat dan ingkar kepada suaminya. ALLAH memuji wanita yang tidak taat kepada suaminya yang zalim, seperti yang dilakukan oleh Asiah, isteri Firaun.

Namun, dalam masa yang sama ALLAH tidak menyukai wanita yang mengkhianati suaminya yang soleh. Isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth mempunyai sifat kelima ini. Saat suaminya memperjuangkan kebenaran, mereka menjadi pengkhianat dakwah.

ALLAH SWT berfirman: "... perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth, mereka berdua berada di bawah jagaan dua hamba yang soleh daripada hamba-hamba Kami, dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing, maka kedua-dua suami mereka tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka daripada (azab) ALLAH dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (neraka)."  (Surah At-Tahrim: 10)

Golongan wanita yang dikisahkan al-Quran ini hidup ribuan tahun lalu. Namun, karakter dan sifatnya tetap ada sehingga kini. Ada jenis yang kukuh keimanannya dalam berjuang. Ada wanita solehah yang tetap beribadah dan tetap menjaga kesucian diri. Ada pula yang suka menghasut, menggoda dan menjadi pengkhianat. Semuanya terserah kepada kita untuk memilih yang mana.

 ALLAH berfirman: "Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang memberi penjelasan, dan contoh-contoh kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu dan sebagai pengajaran bagi orang-orang yang bertakwa." (Surah An-Nur: 34)

Semoga dengan membaca kisah ini, kita tidak terjerumus pada lingkar dosa yang akan memenuhi neraka. Insya-ALLAH.




Isnin, 6 Oktober 2014

Sebelum melelapkan mata,aku selalu memandang siling sambil berangan-angan.

Aku selalu merenung masa depan dan juga kematian



Kadang-kadang pada waktu malam,sebelum melelapkan mata,aku selalu memandang siling sambil berangan-angan.Seperti remaja yang perasan dirinya kanak-kanak manja.Hmmm.Kadang-kadang aku fikir masa depan,kadang kadang aku fikirkan kematian.. Duduk termenung aku memandang jauh berfikir akan manusia berfikir akan masa depan berfikir akan dosa dan pahala.Tiada apa yang istimewanya. Hanya insan biasa yang mempunyai kelebihan dan kekurangan sama seperti anda semua. 

Tidak salah mahu kaya Allah mahu kita berusaha.Namun jika hanya kaya wang namun amalan miskin atau tiada apakah semua harta itu boleh menemani kita di sana.Ketika sebujur badan kaku dilepaskan di liang lahad adakah malaikat akan bertanya berapa banyakkah wang kamu? berapa buahkah kereta kamu? atau dimanakah harta kamu disimpan? Tentu tidak.
Aku hanya mampu berdoa menadah tangan agar mereka mendapat hidayah agar mereka dapat merasa apa yang aku rasa agar Allah membuka hati mereka untuk melihat dan di ketika itu aku pasti barulah mereka sedar dan faham apa yang aku maksudkan dengan sayangkan Tuhan Itu dahulukan...SALAMULLAH LOVE UOLS