Khamis, 22 Mei 2014

BENARKAH KAUM CINA KINI DI BENCI ?

Insiden kekacauan yang kini sedang berlaku di Vietnam telah memaksa kerajaan China menghantar beberapa buah kapalnya ke Vietnam bagi membawa keluar warganya dengan segera.

Malahan sehingga kini sudah ramai warga China yang sudah pun meninggalkan negara Vietnam melalui penerbangan komersial.

Mengapa kekacauan seperti ini berlaku ? 

Barangkali tak ramai yang sedar bahawa punca kepada berlakunya insiden di Vietnam adalah di sebabkan ketidakpuasan hati rakyatnya berikutan tindakan China membina pelantar minyak di kawasan pengeluaran bahan mentah berkenaan di perairan Laut China Selatan yang menjadi rebutan.

Satu tindakan yang tidak seharusnya berlaku tetapi terjadi di sebabkan beberapa perkara.

Sikap yang di tunjukkan oleh kerajaan China tanpa mengambil kira perasaan rakyat serta kerajaan sesebuah negara di lihat merupakan penyumbang utama kepada berlakunya kejadian rusuhan anti-China di Vietnam.

Pokoknya kaum cina di mana-mana jua kini di lihat sudah tidak lagi punya rasa hormat terhadap kaum lain dan mereka menganggap kebenaran dan penerimaan rakyat sesebuah negara itu merupakan 'platform' untuk melakukan apa saja.

Ianya tidak berakhir di situ apabila sikap negara China sendiri yang di lihat mula sedikit angkuh apabila terlalu berkira khususnya dalam isu tuntutan di perairan Laut China Selatan sedangkan negara-negara lain yang turut menuntut memilih menggunakan jalan perbincangan.

Malahan kelebihan mempunyai kekuatan ketenteraan di jadikan sebagai alat untuk menakut-nakutkan negara lain.Namun percayalah negara lain juga punya hadnya dan perkara paling di bimbangi berlaku adalah PEPERANGAN !

Keadaan di lautan juga di laporkan panas apabila kedua-dua negara Vietnam dan China sudah pun menghantar kapal perang masing-masing.Keadaan tegang kini di laporkan berlaku sekitar kepulauan yang menjadi pertikaian. 

Sehingga kini rusuhan anti-China di Vietnam sudah mengorbankan seramai 21 orang.Dan tahukah anda bahawa nyawa warga cina paling ramai terkorban jika di bandingkan dengan warga Vietnam.

Berdasarkan sumber di wilayah Ha Thin sahaja 6 warga Vietnam dan 15 warga cina maut dalam pergaduhan ini.

Berdasarkan insiden di Vietnam ini , rakyat Malaysia harus segera belajar sesuatu.Bukan bermaksud mahu mengugut atau menakut-nakutkan mana-mana pihak tetapi sebagai rakyat kepada sebuah negara MERDEKA seperti Malaysia , kita harus punya semangat cintakan negara.

Malahan warga Malaysia yang berbilang kaum ini sebenarnya mempunyai ciri-ciri unik yang tidak di miliki oleh negara-negara lain.Selama Merdeka kita hidup dalam satu masyarakat Malaysia dengan pelbagai budaya dan agama.Kita tidak pernah terlepas daripada berusaha untuk mengeratkan hubungan dengan semua pihak atas nama Malaysia.

Sikap yang di tunjukkan selama ini menjadikan Malaysia penuh dengan warnanya sehinggakan menjadi antara negara yang di minati oleh kebanyakkan warga negara lain untuk datang dan merasai sendiri bagaimana makmur dan eratnya hubungan yang terjalin tanpa mengambil kira soal bangsa dan agama.

Amalan saling hormat-menghormati yang di semai sejak dulu menjadikan seluruh warga Malaysia umpama sebuah bahtera yang cukup segala sifatnya.Inilah kemakmuran yang pernah rakyat Malaysia capai sehingga Malaysia sampai ke tahap hari ini.

Namun kini orang cina tidak mahu sedar ! Setelah mengecapi kemanisan Malaysia mereka mula bongkak dan angkuh.Melalui DAP , bumi bertuah ini tidak lagi harus di kongsi , kuasa menjadi keutamaan mereka kononnya perjuangan hak sama rata yang menjadi pegangan mereka selama ini harus menggantikan dasar yang selama ini menjadi tongkat kepada jutaan rakyat Malaysia.

Mereka marah apabila terdapat kenyataan yang mengatakan bahawa orang cina di Malaysia adalah pendatang.Sedangkan hakikatnya itu adalah kebenarannya.

Mereka mula meminta-minta walaupun mereka tahu kerajaan sudah pun menyediakan yang terbaik untuk mereka.

Mereka mula menghasut kononnya kerajaan sedia ada korup dan penuh dengan penipuan demi penipuan.

Dan paling utama mereka mula MELAMPAU !

Mereka mula melampaui batas dengan tidak lagi menghormati kontrak sosial yang telah di meterai sejak dulu.Malah kekurangan bangsa Melayu yang termakan dakyah mereka kini di angkat sebagai wakil dalam politik.

Satu kejayaan barangkali kepada mereka , tetapi hakikatnya orang cina lupa bahawa orang Melayu juga mampu bangkit seperti mana warga Vietnam hari ini.Tekanan dan tindakan demi tindakan yang di lakukan oleh orang cina melalui DAP , sudah pasti akan membangkitkan tindak balas orang-orang Melayu satu hari nanti.

Bayangkan jika ini berlaku ?

Kepada orang cina di Malaysia , sedarlah dan jadikan peristiwa yang sedang berlaku di Vietnam sebagai pengajaran.Lihat sahaja insiden di Vietnam apabila ia berlaku , mereka yang hilang sabarnya tidak lagi membezakan orang cina dari negara mana sebaliknya semua orang cina di serang.

Apakah kita mahu melihat perkara yang sama berlaku di Malaysia ?

Tiada ulasan: