GELARAN KETURUNAN MARTABAT WARISAN
KETURUNAN RAJA-RAJA YANG MEMERINTAH
1. Raja = Perak, Riau, Siak dan Selangor
2. Tunku = Johor, Negeri Sembilan dan Kedah
3. Tengku / Engku / Ungku = Johor, Kelantan, Pahang dan Terengganu
4. Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda = Brunei
KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW
1. Syed / Sayyid
2. Syarifah / Siti
KETURUNAN YANG BERASAL DARI LUAR MALAYSIA
1. Teuku, Teungku = Acheh
2. Raden = Jawa
3. Sutan, Sidi = Minangkabau
4. Daeng = Bugis
1. Raja = Perak, Riau, Siak dan Selangor
2. Tunku = Johor, Negeri Sembilan dan Kedah
3. Tengku / Engku / Ungku = Johor, Kelantan, Pahang dan Terengganu
4. Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda = Brunei
KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW
1. Syed / Sayyid
2. Syarifah / Siti
KETURUNAN YANG BERASAL DARI LUAR MALAYSIA
1. Teuku, Teungku = Acheh
2. Raden = Jawa
3. Sutan, Sidi = Minangkabau
4. Daeng = Bugis
Sebagai Contoh :-
Perak :
Seorang Syarifah berkahwin dengan orang kebanyakan maka anak yang bakal lahir akan mengunakan gelaran Meor ataupun Mior. Adapun perbezaan ejaan di antara Meor dan Mior berlainan namun hakikat sebenar maksudnya sama yakni Meor.
Seorang Puteri Raja Perak yang berkahwin dengan orang kebanyakkan maka anak yang bakal lain akan mengunakan gelaran Puteri bagi perempuan dan Putera bagi lelaki ataupun Megat yakni bagi lelaki
( Jatuh dibawah maksud Kerabat bukan Waris Negeri).
*** Maka apabila Puteri berkahwin dengan orang kebanyakkan maka secara sendirinya tiada lagi gelaran yang bakal terbit. Sebagai contoh setelah di rujuk kepada YM Raja Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa (Sejarawan, Budayawan Adat Istiadat Seri Saguntang ) dan YAM Raja Shahruzzaman ibni Almarhum Sultan Idris Shah seseorang Puteri dari Puak Megat Terawis apabila berkahwin dengan orang biasa maka anak di berikan gelaran TUN..! ianya TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU kerana Martabat Tun lebih tinggi dari Megat dan gelaran Tun merupakan martabat di bawah Gelaran Raja sebagaimana yang telah di kurniakan gelaran tersebut kepada Bendahara, secara tidak langsung adat itu telah tersasar.
Kelantan :
Seorang Tengku yakni wanita barang mengawini lelaki kebanyakkan maka anak yang bakal lain akan mengunakan gelaran Nik.
Selangor :
Seorang Waris Negeri yakni Perempuan berkahwin dengan orang kebanyakkan maka anak yang akan lahir mengunakan gelaran Wan dan seandainya anak yang di perolehi perempuan dan selepas dewasa berkahwin dengan orang biasa maka tiadalah gelaran yang akan bakal di gunakan kepada anaknya kelak.
Hakikat sebenar Martabat Gelaran Keturunan mempunyai taraf dan tidak semuanya sama... Asal Gelaran Keturunan yang paling tinggi adalah SAYYID yakni Keturunan Rasulullah SAW dan seseorang yang berdarah Sayyid sebagai tanda hormat harus di panggil dengan panggilan Tuan Sayyid namun gelaran Keturunan yang Raja yang turun dari Nabi Sulaiman yakni Raja Sulaiman akan mengunakan panggilan Yang Mulia.
GELARAN KETURUNAN
|
CATATAN
|
Sayyid, Syed
|
Keturunan Nabi Muhammad SAW
|
Raja
|
Keturunan Nabi Sulaiman AS
|
Tun
|
Seseorang bendahara yang di angkat menjadi Sultan dan setelah menjadi Sultan anak yang lahir selepas itu mengunakan TUNKU
|
Tunku
| |
Tengku
|
Panggilan timbang-timbangan bagi Anak-anak Raja. ianya tetap sama hanya ejaan sahaja yang berlainan.
|
Engku
| |
Ungku
|
Kebarangkali banyak orang di luar tidak dapat menerima dan memahami mengapa beih Raja-Raja mempunyai PUSAKA yakni Kadam sebagai contoh TABAL JIN di Negeri Perak, Untuk Makluman Tabal Jin bukan bererti Manusia menabalkan Jin tapi ianya merujuk kepada Jin Memperakui Raja itu Benih dari Nabi Sulaiman AS.
Pada masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin adalah dibawah kekuasaan pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman. Kisah ini adalah diantara kisah-kisah yang terjadi semasa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman. Oleh kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia, binatang dan jin ingin berbakti kepada baginda.
“Dan sebahagian daripada jin ada yang bekerja di hadapannya (dalam kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang antara mereka daripada perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. Jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih.” (Surah sabar, ayat 13).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan