Rabu, 21 Januari 2015

OSTAD-OSTAD TAK NGAJI EKONOMI - KETUM DAH ANGIN !!!

Dalam menguruskan ketidaktentuan ekonomi kini banyak pengubahsuaian terpaksa dilakukan demi menyelamatkan rakyat dan negara.

Apabila rakyat serta negara terselamat dan berjaya diselamatkan dari kemudaratan atau krisis yang lebih besar maka ia dikira sebagai sebuah jihad.

Mengenangkan negara kita kini menerima tempias ketidaktentuan ekonomi global kesan kejatuhan harga minyak maka pemerolehan negara pasti berkurangan. Ia telah mengganggu sedikit sebanyak perancangan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Tetapi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab akan sentiasa menjadikan usaha membantu rakyat itu sebagai ibadah.

Sebab itulah kerajaan perlu membuat pengubahsuaian semula Bajet 2015 bagi memastikan ekonomi negara mampu bertahan dan kesejahteraan negara tidak terjejas. ucapan-penuh-perutusan-khas-perdana  


Manakala bagi seseorang yang busuk hati akan terus menghasut rakyat supaya membenci pemerintah yang sentiasa membantu rakyat kerana dengki dan gelisah, sedangkan tiada pun jasa yang mereka dilakukan. 

Sebaliknya dengan sedikit amalan yang ditonjol, mereka begitu riak kononnya mereka saja yang buat sedangkan orang lain tak buat.

Apabila ditimpa sesuatu musibah maka banyak yang perlu kita muhasabah dan mujahadah, bersama-sama membenteras fitnah yang semakin menjadi-jadi.

Bertambah malang lagi apabila disebarkan oleh mereka yang bergelar ostad-ostad yang tak mengaji ekonomi.       

JAKIM jawab hujah GST haram

Seksyen Muamalat, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah tampil memberi penjelasan berikut;

1. Sistem percukaian adalah salah satu mekanisme untuk menjana kemakmuran ekonomidalam sesebuah negara. Oleh yang demikian, salah satu sumber negara yang telah diamalkan hampir seluruh negara di dunia hingga ke hari ini ialah melalui konsep percukaian. Percukaian dalam pelbagai bentuk yang dirasakan sesuai akan dikenakan kepada rakyat jelata demi kepentingan mereka.

2. Dalam Islam, sesebuah kerajaan mempunyai hak untuk mengadakan dasar percukaian dalam memungut hasil kepada negara, asalkan dasar tersebut digubal menepati prinsip yang adil dan tidak membebankan individu rakyat (sektor swasta). Hak ini diasaskan kepada hadis Nabi SAW:

3. Mengikut Marghinani, jika sumber pendapatan negara tidak mencukupi, negara perlu memungut cukai daripada rakyat untuk membiayai kepentingan umum (al-Marghinani: 1996). Begitu juga pandangan Imam Abu Yusuf yang menjelaskan bahawa kadar cukai negara boleh menaik atau menurun mengikut kemampuan rakyat (Abu Yusof:1979).

4. Jika disingkap tentang sejarah percukaian dalam Islam, ia telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW apabila cukai yang dikenali sebagai jizyah telah diperkenalkan pada ketika itu. Jizyah merupakan cukai kepala yang dikenakan kepada golongan bukan Islam yang menetap di bawah pemerintahan Islam (al-Mausuah al-Fiqhiyyah: 2001). Dengan cukai jizyah, merekaberhak mendapat perlindungan dan penjagaan terhadap segala aspek sama ada harta, keluarga, darah dan sebagainya.

5. Pada zaman Umar al-Khattab pula, beliau telah mewujudkan cukai tanah (kharaj)cukai perdagangan (ushur) dan lain-lain cukai telah dikembang serta diselaraskan agar dapat memberikan dana yang mencukupi bagi pembangunan negara. Dalam konteks cukai tanah (kharaj), ia dikenakan ke atas tanah-tanah yang dibuka oleh orang Islam secara peperangan. Cukai kharaj mula dilaksanakan dengan meluas apabila Khalifah Umar al-Khattab berdasarkan ijtihadnya dan beliau telah mengarahkan supaya tanah yang diperolehi daripada hasil peperangan tidak lagi dibahagikan kepada tentera yang berperang secara ghanimah. Sebaliknya tanah tersebut dijadikan wakaf bagi kepentingan orang-orang Islam dan bukan Islam. (Abu Yusuf: 1952)

6. Pada asalnya, cukai bukanlah suatu perkara yang dibebankan secara berterusan kepada rakyat dan bukan sesuatu yang fardhu iaitu sama seperti kefardhuan zakat yang tanggungjawabnya secara berterusan dan dikeluarkan dengan kadar yang tetap setiap tahun. Sebaliknya, ia ialah satu pungutan yang diperlukan, sesuai dengan kehendak dan keperluan negara semasa serta selari dengan konsep siyasah syari’yyah yang digariskan oleh Islam.

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

7. Cukai didefinisikan sebagai pungutan berbentuk wang oleh kerajaan terhadap individu dan organisasi yang berkaitan dengan negara untuk kegunaan negara secara langsung atau secara tidak langsung kepada pembayar cukai sebenar yang menerima beban cukai itu (Kamus Dewan: 2010).

8. Manakala cukai langsung ialah cukai yang dikenakan terhadap pembayar cukai secara langsung atau terus dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Contohnya ialah cukai pendapatan. Cukai tidak langsung ialah tanggungan beban cukai yang boleh dipindah oleh pembayar cukai kepada pihak ketiga atau penerima manfaat akhir terhadap barangan atau perkhidmatan itu. Contohnya cukai kastam, cukai jualan. (Wang Leng Whatt: 2013)

9. Terdapat pelbagai pandangan yang dikemukakan oleh ulama mengenai cukai antaranya:

a. Ibn Hazim

Ketika membahaskan tentang permasalahan cukai, beliau tidak menggunakan perkataan cukai (dharibah) tetapi menggunakan perkataan yang sama erti dengan cukai. Beliau telah menggunakan perkataan penetapan pemerintah dalam bentuk kewangan ke atas rakyatapabila berlaku sebab tertentu. (Ibn Hazim: 2003). Pandangan ini bersandarkan kepada dalil-dalil al-Quran, hadis dan pendapat sahabat.

b. Imam Haramain al-Juwaini

Penetapan pembayaran cukai mengikut Imam al-Haramain al-Juwaini adalah berdasarkan oleh ijmak ulama yang menyebut bahawa menjadi kewajipan pemerintah dalam mempertahankan daulah. Maka apabila baitulmal tidak mampu menampung perbelanjaan ketenteraan, maka pemerintah boleh mengenakan sistem pembayaran cukai ke atas mereka yang berkemampuan.

c. Imam al-Ghazali

Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya al-Mustasfa (al-Ghazali:1992), tidak harus dikenakan cukai ke atas rakyat jika sekiranya harta benda yang berada di tangan adalah mencukupi. Namun begitu, jika sekiranya unit ketenteraan Islam tidak memiliki wang yang cukup dan baitulmal tidak mampu menanggung perbelanjaan ketenteraan, maka harus kepada pemerintah mengenakan cukai kepada golongan yang kaya sekadar jumlah yang dapat menampung perbelanjaanketenteraan. Pemerintah Islam harus memberi tanah kerajaan kepada tentera sebagai ganti cukai.

Oleh itu, penetapan cukai ke atas golongan yang kaya adalah mudharat yang lebih ringan jika dibandingkan dengan tentera yang meninggalkan tugas ketenteraan kerana mencari keperluan hidup.

d. Ibn Taimiyyah

Dalam membincangkan tentang keharusan sistem pembayaran cukai, Ibnu Taimiyyah berdalilkan dengan qias aulawi di mana beliau berkata Jika sekiranya Allah mewajibkan ke atas para sahabat yang berjihad dengan harta dan jiwa raga mengeluarkan usyur dari hasil tanaman mereka, maka sepatutnya lebih diwajibkan ke atas golongan yang berkemampuan yang tidak keluar berjihad mengeluarkan kewangan untuk menampung perbelanjaan jihad (maslahah umum).

e. Al-Shatibi

Mengikut al-Shatibi (al-Shatibi: 2008), pengambilan cukai menjadi keharusan apabila pemerintah itu seorang yang adil dan membelanjakan harta tersebut pada jalan yang diharuskan syarak.

f. Ibn Khaldun

Mengikut Ibn Khaldun pula dalam karyanya al-Muqaddimah (Ibn Khaldun: 2010), beliau telah menggariskan dasar khusus dalam penggubalan percukaian sesebuah negara. Antara saranan yang dinyatakan beliau tentang dasar percukaian ialah:

Apabila taksiran cukai dan kewajipan membayar cukai ke atas rakyat adalah sedikit, mereka mempunyai kesungguhan dan semangat untuk mengusahakan sesuatu. Budaya keusahawanan menjadi berkembang dan meningkat, sebab pengenaan cukai yang rendah itu mendorong kepada suatu kepuasan hati. Apabila budaya keusahawanan meningkat, jumlah kewajipan terhadap orang perseorangan dan taksiran cukai akan berlipat ganda. Sebagai akibatnya, hasil pendapatan cukai yang merupakan jumlah keseluruhan daripada (taksiran terhadap orang perseorangan) akan meningkat.”

Daripada pandangan Ibn Khaldun ini, antara yang ditekankan dalam isu percukaian ialah pembentukan cukai terhadap rakyat hendaklah pada kadar yang rendah kerana ia akanmerangsang semangat keusahawanan dan jika jumlah cukai perlu ditingkatkan, maka ia hendaklah pada kadar yang minimum.

Selain itu, pemerintah juga perlu sentiasa berwaspada agar kemewahan yang mengakibatkan perbelanjaan negara meningkat perlu sentiasa dikawal.

g. Ulama Kontemporari

Bagi ulama kontemporari seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi, Sheikh Ali Muhyiddin Al-Qurrah Daghi, dan Syeikh Mahmud Syaltut, mereka berpendapat harus pengambilan cukai sebagai tambahan kepada zakat, sedekah, jizyah dan ushur bagi memastikan kerajaan dapat mengurus kemaslahatan ummah seperti membangunkan kebajikan rakyat, bayaran gaji pegawai-pegawai kerajaan dan penyediaan infrastuktur untuk kemudahan rakyat. (Yusuf al-Qaradawi: 2000) Ini berasaskan kaedah fekah yang masyhur.

Masih gatai mulut lagi nak kata GST haram?

Oh yaa kalau GST haram mengapakah 26 buah negara Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) telah melaksanakannya. Adakah alim-ulama dan pakar ekonomi syariah mereka tidak menasihati kerajaan mereka berkaitan GST???

Di Malaysia sehingga 20 Januari 2015, sebanyak 304,000 buah syarikat telah berdaftar dengan sistem GST yang akan menguatkuasakan cukai sebanyak 6% menggantikan sistem SST yang berkadar 16%.

Jika GST haram dan buruk untuk rakyat mengapa banyak syarikat korporat, industri kecil dan sederhana (IKS) dan industri besar serta ada kedai peruncitan terus berlumba-lumba mendaftar dalam sistem GST.

Malah jumlah yang berdaftar GST kini melebihi sasaran awal iaitu 120,000 buah syarikat!


Kerajaan juga telah membuka kembali pendaftaran GST bagi membolehkan pendaftaran terutamanya bagi syarikat-syarikat yang terjejas akibat bencana banjir. 

Bila harga minyak dunia jatuh pendapatan negara dari hasil minyak juga berkurangan. Maka percukaian GST yang akan menampung kekurangan itu. Hasilnya nanti akan disalurkan semula untuk pembangunan rakyat dan negara.

Wahai ostad-ostad apakah mengatasi kesulitan umat dan rakyat itu bukan sebahagian dari ajaran yang dituntut agama Islam?

Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi membantu rakyat pasca banjir ini. Mana nak dapat dana bantu rakyat kalau kantong negara kering?

Dana dari swasta, NGO dan asing pun belum tentu cukup menampung pembinaan semula kerosakan harta benda akibat musibah banjir itu.

Insya Allah jika ikut perancangan negara bakal perolehi RM23.18 bilion bagi tempoh sembilan bulan tahun 2015 ini menerusi GST berbanding hanya RM14.4 bilion jika masih kekal dengan SST.

Wahai ostad-ostad duit itulah nanti kerajaan akan memakmurkan negara dan memastikan rakyat tidak menjadi fakir kerana sabda Nabi s.a.w kefakiran dan kesusahan itu akan mudah menjerumuskan seseorang kepada kekufuran.

Mereka tak faham ekonomi tapi suka komen dan kritik ikut sedap mulut...useless !

Tiada ulasan: