Jumaat, 24 April 2015

BEGITU SENANG DAN MUDAHNYA PM MALAYSIA DIHINA DAN DIAIBKAN!!!

BEGITU SENANG DAN MUDAHNYA PM MALAYSIA DIHINA DAN DIAIBKAN!!!

KALAU KAT SINGAPURA PEREMPUAN PUKIMAK 
NI DAH TENTU KENA DAKWA KAT MAHKAMAH!!!

                   INILAH WAJAH BETINA CELAKA TU!!


Ini lah wajah connie yang menghina PM . 

Laporan polis sudah dibuat.
 
Tunggu untuk diburu dan dicekup!!!

Huhuhuhu!!!


Sabtu, 18 April 2015

Kisah Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja


Ps: jadikan sebagai pengajaran kepada semua manuasia yang bakal bergelar suami isteri kelak, main puas2 sebelum kahwin, lepas kahwin jangan main lagi.
Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya bekerja juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun, wajahnya secantik ibunya dan hidungnya matanya dan pipinya mirip saya. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.Semuanya terjadi pada dua tahun lepas selepas hari raya haji. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa.
Dah lebih 10 tahun kami bersama takkan saya tak dapat kesan perubahan sikapnya. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba nak mintak dan nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Dalam fikiransaya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.
Kalau dulu, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak ceritakan belum habis lagi, tapi kini,setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya. Itu baru soal sosial, belum lagi soal atas katil. Kalau dalam sebulan tu, dalam 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam buat dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.
Sampailah satu hari, mungkin tuhan kabulkan setiap doa saya dalamsolat supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi macam ini. Isteri saya pergi mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci didalam bilik. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi mesej diterima. Terus saya buka laci dan capai handphonenya dan buka peti mesejnya.
Tiada nama yang terpapar,cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yangtertera ke dalam organizer. Kemudian saya baca isi mesejnya.Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya. Ianya berbunyi begini. “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.
Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.Anak saya bertanya kenapa saya membawa view cam ketika saya menghantarnya ke sekolah. Saya terpaksa berbohong kepadanya dengan mengatakan bahawa saya perlukannya untuk merakam aktiviti syarikat.Pada waktu petang, waktu yang dinantikan telah tiba. Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di sekitar hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan.
Saya tidak boleh gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan.Sebelum itu, saya telefon rumah saya untuk pastikan anak saya selamat pulang dari sekolah, orang gaji saya memberitahu anak saya sedang membuat kerja sekolah. Sejuk hati saya mendengar berita itu. Tetapi hati saya bergelora kembali apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.
Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong di hdapan saya sendiri. Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya.
Mereka kemudiannya masuk dan saya nampak mereka memilih meja makan yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.
Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya.Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam.Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang. Saya akhirnya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup dan menyelinap ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk saya merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu setelah saya meletakkan kereta di tempat yang sesuai. Suasana di tempat itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya cuba zoom view cam tetapi tidak nampak apa-apa kerana gelap. Kemudian saya hidupkan fungsi tangkapan gambar dalam gelap yang mana saya dapat lihat setiap sesuatu walaupun dalam keadaan yang amat gelap melalui view cam saya. Saya amat terkejut bila mendapati mereka sedang berasmara.
Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Apa yang saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama. Saya terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan. Hati saya hancur lulur pada ketika itu. Saya sedar, syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu disitu juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Saya sampai di rumah selepas memulangkan kembali kereta rakan saya dan memandu kereta saya pulang. Saya lihat kereta isteri saya masih lagi tidak ada di garaj. Bermakna dia belum balik lagi. Saya masuk rumah, mandi dan solat.
Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya. Kedengaran bunyi kereta isteri saya tiba di garaj. Saya lantas keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur.
Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya bergetus sendirian, perempuan laknat. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya menyembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya tidak ada yang tidak kena. Semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan tahi yang diberakkan di tengah jalan tadi.
Dan pada malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya.
Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.Pada keesokkannya, hari sabtu. Saya dan isteri tidak bekerja. Saya ambil kesempatan itu untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara sembunyi – sembunyi. Saya lakukannya di dalam kereta agar tidak diketahui oleh sesiapa. Kemudian, pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia sudi jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.
Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Tetapi dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga. Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan.Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar.
Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung. Bukan main gembira anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak saya. Seorang anak kecil yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa dengan saya. Kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.
Saya menjadi teramat sebak. Seorang anak kecil menjadi terlalu perihatin dengan papanya. Mengalir air mata saya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk kebiliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya. Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.
Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk dari apa yang saya alami sekarang. Saya suruh anak saya masuk ke bilik mak usunya bermain komputer bersama mak usunya. Kemudian bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka.
Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Begitu berat saya hendak meluahkan. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya sudah ada yang lain dan telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.
Mengucap panjang mertua saya. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan bermesra dengan orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya sehinggalah saya sudah tidak dapat bersabar terus saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.
Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Rakaman kecurangan anak mereka bermain di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak.
Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.Pada ketika itu, saya tidak sedar anak saya dan adik ipar saya keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan mereka melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya memberi lelaki itu memegang buah dadanya.
Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya. Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja diamenarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun.
Seminggu selepas kejadian itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya.Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.
Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya dan dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain.
Mungkin itulah balasan Allah kepadanya. Sehinggalah pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini semakin kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang dicintai dan diberahikan itu.
Tapi hati saya sudah tertutup rapat untuk menerimanya lagi. Saya lihat suami barunya agak tampan tetapi umurnya masih muda jika nak dibandingkan dengan isteri saya. Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan.
Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

Selasa, 14 April 2015

Orang asing gembira kita duka Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/46888

Tak berapa lama dulu, seorang eksekutif dan seorang wartawan wanita dari Sepanyol jumpa Kunta Kinte untuk sembang berkenaan Malaysia. Mereka dalam usia 30-an dan baru sahaja kena tukar ke negara kita. Negara mereka negara maju tapi keadaan ekonomi teruk. Pengangguran sampai 23 peratus. Lebih 50 peratus penduduk umur bawah 25 tak ada kerja. Mana-mana negara pun yang ramai orang muda dan lulusan universiti tak ada kerja adalah negara yang gagal majukan ekonomi secara lestari. Balik kepada cerita dua wanita muda Sepanyol tadi, mereka bagi tahu Kunta Kinte mereka rasa sangat bertuah dihantar ke Malaysia. Sebelum datang ke negara kita, mereka bekerja di sebuah negara Arab. "Pada mulanya kami bimbang juga kerana kami baca bahawa Malaysia adalah negara Islam. Kami bayangkan Malaysia macam negara-negara Arab. Tapi bila kami tiba di Malaysia ia berlainan sekali daripada anggapan kami. Malaysia adalah syurga." Kemudian Kunta Kinte sembang pula dengan pendatang asing yang kerja di kedai kopi kegemaran Kunta Kinte. Mereka pun kata Malaysia macam syurga. Maklumlah mereka datang dari negara macam Indonesia, India dan Nepal yang jauh lebih mundur daripada kita. Pakaian seragam majikan bagi. Makan percuma. Apa yang Kunta Kinte makan, itulah yang mereka makan. Hostel disediakan di atas kedai. Jadi tak payah susah-susah keluar duit beli pakaian kerja, makanan, sewa rumah dan bayar tambang. Betullah Malaysia syurga bagi mereka. Pendek kata, orang asing yang merantau ke negara kita - tak kira pekerja profesional atau buruh, dari negara maju atau mundur - hidup lebih senang di negara kita daripada di negara mereka sendiri. Nasib tak sebaik orang asing Kunta Kinte seronoklah dengar mereka puji negara kita. Tapi, bila Kunta Kinte tengok nasib sesetengah orang kita sendiri, Kunta Kinte sedih dan susah hati. Ramai rakyat kita nasib mereka tak sebaik orang asing. Bulan lepas Kunta Kinte baca berita atas talian yang petik Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, kata ada keluarga pembantu pejabat dan pembantu am perkhidmatan awam yang duduk bersesak-sesak dalam rumah satu bilik. Kunta Kinte langsung tak hairan. Gaya hidup macam mana lagi mereka mampu bila gaji mereka lebih sikit RM1,000 sebulan sahaja. Mereka ini adalah dalam gred paling rendah hierarki Jabatan Perkhidmatan Awam, iaitu gred ke-11 (G11). Dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gaji asas mereka antara RM805 dan RM820. Lepas tambah elaun kos sara hidup (COLA) RM300 dan elaun perumahan RM180, pendapatan kasar hanya antara RM1,285 dan RM1,300 sebulan. Azih kata, dengan pendapatan macam itu mereka hanya mampu sewa bilik di tempat sara kos tinggi macam Kuala Lumpur, Johor Bahru, Shah Alam dan Klang. Sewa bilik sahaja antara RM600 dan RM800 sebulan. Keadaan ini sangatlah menyedihkan sebab bilangan pekerja dalam gred ini ramai - antara 250,000 dan 300,000. Daripada bilangan itu, ramai yang bekerja secara kontrak dan tak ada pencen. Itu tak kira lagi pekerja gaji rendah sektor swasta yang lebih ramai. Jadi Kunte Kinte sokong permintaan CUEPACS agar kuota rumah kos rendah diwujudkan untuk kakitangan awam dan pelaksanaannya tak diserah bulat-bulat kepada sektor swasta. Lagi elok dimasukkan juga pekerja bergaji rendah dalam sektor swasta. Perumahan untuk rakyat Maaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata Kunta Kinte tak hairan dengan keadaan ini sebab Kunta Kinte dah tengok sejak sebelum 13 Mei 1969 lagi. Dasar kita mengenai perumahan untuk rakyat biasa sejuk, panas dan terketar-ketar. Tak tekal. Masa Kunta Kinte hijrah ke Kuala Lumpur sebulan lepas 13 Mei, boleh kata majoriti orang Melayu dan India yang berhijrah dari kampung dan ladang duduk di rumah haram atau sewa bilik atas kedai Cina. Masa itu pangsapuri tak ada lagi sampailah flet Jalan Pekeliling (sekarang Jalan Tun Abdul Razak) didirikan. Masa itu, orang Melayu berduyun-duyun merantau ke bandar pasal hidup susah akibat harga getah jatuh teruk. Mereka inilah yang buka kawasan perumahan setinggan di pinggir bandar, di tepi sungai dan di lereng bukit. Selepas 13 Mei, hasil daripada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru banyak rumah murah dibina, termasuk di atas tapak rumah setinggan yang musnah terbakar masa pergaduhan. Bagaimanapun, nampaknya sejak akhir-akhir ini pembinaan rumah kos rendah dan sederhana tak lagi jadi keutamaan kerana dasar pasaran terbuka. Pemaju hartanah awam dan swasta tak lagi dikenakan syarat bina rumah kos rendah dan sederhana. Mereka berlawan bina rumah mewah yang ramai rakyat jelata tak mampu nak beli. Tiga atau empat dekad lalu pemaju dikenakan syarat bina rumah bercampur untuk semua kelas pembeli dengan menggunakan kaedah 'cross subsidy,' iaitu pembeli rumah mewah membiayai pembinaan rumah kos rendah. Legasi kaedah ini masih boleh kita tengok di Subang Jaya di mana ada banglo, rumah berkembar, rumah teres, kondominium dan pangsapuri sebelah menyebelah. Jadi Kunta Kinte sokong sangatlah usaha kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik di kawasan bandar sama ada secara sendiri atau melalui usaha sama. Kita janganlah jadi macam kata pepatah 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.' Rakyat jelata kita hidup susah tapi pendatang hidup macam di syurga. Kunta Kinte tak tahu sama ada dasar 'house-owning democracy' (demokrasi pemilikan rumah) yang dilaung-laungkan tak berapa lama dulu masih jadi matlamat kerajaan. Wallahuaklam.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/46888

Ahad, 12 April 2015

BN Akan Letak Calon Bersih Di Permatang Pauh - Muhyiddin

 Barisan Nasional (BN) akan mengambil kira semua faktor terutama rekod bersih dan diterima rakyat setempat dalam menentukan calon pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Pengerusi BN itu berkata secara tidak rasmi pimpinan UMNO bahagian telah menyerahkan beberapa nama untuk diturunkan sebagai calon dan ia akan diputuskan pucuk pimpinan parti dalam masa terdekat.

"Kami ambil kira semua faktor ... yang penting penerimaan pengundi Permatang Pauh, ada rekod yang baik, tidak terlibat dengan apa-apa skandal dan mempunyai latar belakang kelulusan yang agak tinggi serta rapat dengan rakyat setempat.

"Sebaik mungkin mereka adalah dalam kalangan anak setempat yang ada rekod yang baik," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemimpin UMNO dan BN negeri di sini hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Timbalan Perdana Menteri berkata UMNO Bahagian Permatang Pauh dan UMNO negeri juga telah menyatakan komitmen untuk memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang diputuskan pucuk pimpinan.

Muhyiddin yang merupakan pengarah PRK Parlimen Permatang Pauh dan PRK Parlimen Rompin di Pahang, berkata beliau akan dibantu oleh Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Permatang Pauh dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Rompin.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilantik sebagai penyelaras BN bagi kedua-dua pilihan raya kecil itu, katanya.

Beliau berkata walaupun dikatakan sebagai 'underdog' di Permatang Pauh, BN komited untuk menang pada pilihan raya kecil itu demi bagi meneruskan usaha membantu nasib rakyat di kawasan itu yang sekian lama diabaikan.

"Kami akan mengatur strategi yang rapi untuk pilihan raya kecil ini. Kami tahu kami adalah underdog di kawasan yang dikatakan sebagai kubu kuat PKR, namun begitu tak ada satu yang mustahil ... cita-cita BN adalah untuk menang," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengenal pasti isu-isu setempat dan nasional yang timbul dan jentera BN telah bersedia untuk memberi penjelasan.

"Mereka yang ada dalam kalangan BN termasuk 'friends of BN' telah menyatakan sokongan dalam mengatur gerak kerja untuk pilihan raya kecil ini," kata Timbalan Perdana Menteri.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan selepas kerusi itu diisytihar kosong setelah penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon oleh keluarga ketua pembangkang itu atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian 7 Mei.

Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis setelah terlibat dengan nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon pada 22 April dan hari pengundian 5 Mei.




Sabtu, 4 April 2015

Mahfuz berjaya bodohkan Mahathir di hari tua beliau.. Kesiannn.


Sebagai seorang negarawan yang dihormati oleh kebanyakan rakyat Malaysia, dua tiga hari kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa Tun Mahathir semakin hilang fokus dan termakan dakyah pembangkang.

Tun Mahathir mengaku bahawa beliau masih belum nyanyuk, tetapi ia tak bermakna beliau masih relevan. Nyanyuk didalam pemahaman melayu ialah penyakit lupa yang dihadapi oleh kebanyakan orang-orang tua yang berumur 70 ke atas. Apatah lagi bagi seorang tua yang berumur hampir 90 tahun seperti The Great Tun Mahathir.

Dan siapa yang membuat kenyataan bahawa melayu mudah lupa? Bukankah Tun Mahathir sendiri mengakui bahawa bangsa melayu kerap lupa dan ianya tak terkecuali dengan diri beliau sendiri walaupun dianggap antara negarawan terulung melayu.

Tun Mahathir juga bangsa melayu.., kecualilah jika Tun Mahathir mahu menafikan bahawa beliau berlainan bangsa dan klausa "melayu mudah lupa" itu terkecuali dari dirinya. 

Baru-baru ini Tun Mahathir menyerang kepimpinan negara lagi. Jika sebelum ini kenyataan Tun Mahathir dianggap bijak serta kritis yang lahir dari pandangan peribadi beliau yang kononnya amat konsisten mahu memperbaiki negara, kali ini Tun M di lihat hilang fokus apabila beliau hanya mengulangi persepsi longkang yang dicanang oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

Dalam satu perenggan didalam serangan terhadap Najib didalam blognya, Tun Mahathir di lihat terpengaruh dengan Mahfuz Omar kononnya Sirul Azhar merupakan pengawal peribadi Najib dan juga diarahkan untuk membunuh Altantuya. 

Kenapa Tun Mahathir merelakan pemikiran serta kenyataannya 'jatuh' sama taraf dengan Mahfuz Omar yang dikenali sebagai pelawak nombor satu didalam PAS? Ini membuktikan bahawa Tun Mahathir bukannya nyanyuk, tetapi beliau sudah tak relevan kerana hilang fokus.

Jika Tun Mahathir marahkan Najib diatas sebab-sebab tertentu sekalipun, janganlah rosakkan diri serta pemikiran ahli-ahli Umno Baru dengan dakyah serta pembohongan bertaraf longkang dari sumber pembangkang. Jika Tun Mahathir betul-betul sayangkan parti seperti yang didakwanya.., janganlah berperangai seperti budak-budak baru mahu belajar politik.

Tun Mahathir memang belum nyanyuk.., tetapi bapa kepada Mukhriz itu sedang didalam proses "menopause" didalam pertimbangan serta penilaian senario politik negara yang jauh berbeza dari zaman pemerintahannya.

Tun Mahathir mungkin masih belum nyanyuk, tetapi tidakkah Tun Mahathir tahu bahawa Sirul dan juga Azilah mempunyai 9 tahun untuk menjelaskan sendiri semasa perbicaraan didalam Mahkamah tentang kononnya ada arahan dari pihak atasan seperti yang didakwa oleh Tun M.

Jika Tun Mahathir masih belum nyanyuk, Tun M mesti ingat bahawa Sirul hanya memberitahu mahkamah bahawa beliau mendapat arahan dari Azilah selaku pihak Atasannya sebagai seorang anggota Unit Tindakan Khas. Azilah pula mengaku melakukan tindakan sendiri walaupun ada cubaan untuk mengaitkan Razak Baginda didalam kes pembunuhan tersebut.

Tiada bukti yang menunjukkan bahawa Razak Baginda mengarahkan Altantuya dibunuh. Dan tiada bukti yang menunjukkan bahawa Najib Razak terlibat. Malah, entah darimana Tun Mahathir dapat cerita bahawa Sirul merupakan pengawal peribadi Najib.. Yang mengaitkan Sirul dengan Najib hanyalah Mahfuz.. 

Saksi-saksi telah dipanggil dalam perbiacaraan tersebut dan Sirul serta Azilah sendiri telah diberi peluang untuk membela diri mereka. Ia dilakukan dengan bebas serta telus tanpa sebarang paksaan. Kenapa waktu itu Sirul atau Azilah tak bercakap langsung tentang arahan dari pihak atasan yang Tun Mahathir seolah-olah mahu mengaitkan dengan Najib?

Adakah The Great Tun Mahathir kini diusia tuanya telah menjadi setaraf dengan pemikiran Mahfuz the clown??

Dan jika benarlah Tun Mahathir seorang manusia berprinsip serta hanya berkata yang benar, kemukakanlah bukti Sirul mendapat arahan dari pihak-pihak tertentu serta bukti bahawa Sirul merupakan pengawal peribadi Najib Razak. Buat lah laporan Polis dan juga kemukakan bukti tersebut di mahkamah.

Jika Tun Mahathir masih belum nyanyuk, tentunya Tun masih percaya bahawa semua tuduhan perlu bukti, bukan hanya boleh dilemparkan tak tentu hala didalam blog dengan harapan untuk melingkupkan negara hanya kerana demi kepuasan sendiri. 

Khamis, 2 April 2015

Admin whatssap groups

Saya bukan pakar ekonomi .Sekolah pun tak tinggi mana.Tapi saya tahu beza ,baik dengan tidak,fitnah dengan tidak.Org mcm saya bukan bodoh Nak bodohkan sy,samalah mcm nak bodohkan rakyat semua.
Saya pelik bin ajaib dgn perangai sesetengah org kita.
Semua kerajaan buat tak betul.Ni pasal GST.
Sy tak faham kenapa ada pihak yg buat kecoh.Sampai ada yg buat demontrasi .Ada yg guna media sosial hentam kerajaan.
Banyak yg tak reti apa-apa pasal GST,tapi buat bising tak tentu hala.
Saya rasa ada dalang yg cucuk rakyat Saja nak putar belit fakta.Yang tak betul,dibesar-besarkan .Ada sesetengah rakyat kita,telan bulat-bulat dakyah golongan ini.
Saya sedih ada org kita saudara kita mcm tak fikir panjang.Ikut saja apa yg pendakyah ni cakap.Mcm lembu dicucuk hidung.Tak buka fikiran dan tutup mata hati.
Mereka lupa,dalang-dalang ni sebetulnya menangguk di air keruh.
Ada sebab GST ni di buat.Bukan ikut suka aja.Lagipun dah beratus negara laksanakan GST.Daripada negara maju sampai negara mundur.Tak ada masalah pun.Tak ada riuh rendah.GST bawa kebaikan pada negara.
Hal ini dah terbukti di negara-negara yg laksanakan GST.Banyak baik daripada buruknya.
Jadi bila ada org buat kempen anti GST,Sy rasa pelik sikit. Mungkin mereka tak tahu bahawa GST ni bukan benda baru.dah lama dibuat negara lain.Mereka lupa kebaikan GST.Kalau tak baik,dah tentu banyak kerajaan tak buat atau tarik balik GST yg dah dilaksanakan.
Nampaknya,tak ada sebuah kerajaan yg dah buat GST tarik balik pelaksanaannya.Tu maksudnya,GST tak ber masalah pada rakyat.Rakyat negara berkenaan nampak faedah GST utk mereka.
Hari ini GST bermula.
Saya harap semua terima dgn baik.Saya tahu ada yg takut kalau GST menyebabkan naiknya harga barang.Dasar baharu mmg menyebabkan org risau dan gelisah.Tapi kerajaan dah bagi jaminan,GST tak membebankan rakyat.
Kita tak perlu khuatir.
Kalau dulu ada banyak jenis Cukai Jualan dan Perkhidmatan,skrg ada satu saja,kini cukai itu hanya 6 peratus.
Saya nak ingatkan mereka yg lawan GST,kerajaan prihatin masalah rakyat.Sebab itu banyak pengecualian diberikan pada barangan dan perkhidmatan.Kata PM kita,tak pernah ada negara melaksanakan GST yg berikan begitu banyak pengecualian seperti kita.Apa nak lagi..?
Kerajaan boleh kenakan GST utk semua barang dan perkhidmatan.Tapi apa gunanya GST klu rakyat dibebankan.Oleh sebab itu dikecualikan banyak barangan dan perkhidmatan daripada dikenakan cukai ini.Patutnya kita rasa lega dgn jaminan ini.
Saya harap kita semua sokong GST.Memang tak ada sistem cukai yg sempurna dlm dunia.GST yg dilancarkan hari ini tentu ada kurangnya daripada segi pelaksanaan.Tapi saya percaya akan diperbaiki.Saya percaya manfaatnya pada kita juga.

Kejahilan tentang sistem cukai boleh dikatakan meluas di kalangan orang Melayu

04 April 2015
Malang sekali sekiranya rakyat terkeliru atau dikelirukan atau tidak diberitahu tentang perkara paling asas dalam membentuk pentadbiran kerajaan dan pelaksanaan keadilan, iaitu sistem cukai. Jarang sekali disedarkan bahawa rakyat seluruhnya ialah pembayar cukai sama ada cukai langsung mahupun tidak langsung. Malang lagi, ada wakil rakyat yang tidak peka dengan cukai, walaupun dia lulusan universiti!
Kejahilan tentang sistem cukai boleh dikatakan meluas di kalangan orang Melayu kerana mereka menganggap cukai lebih melibatkan urusan antara peniaga dan kerajaan sahaja. Malahan peniaga runcit Melayu kebanyakannya tidak ambil kira soal cukai ini.
Memandangkan orang Melayu tidak ramai terlibat dengan perniagaan maka kepekaan mereka tentang tujuan, sistem dan buruk baik pelaksanaan cukai begitu rendah sekali.
Kebanyakan orang Melayu hanya menganggap cukai yang dipungut kerajaan hanyalah cukai tanah; cukai pendapatan; cukai yang mereka bayar kepada kastam di Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur ketika balik daripada membeli belah di seberang sempadan; cukai jalan bagi yang ada kenderaan bermotor dan lesen memandu; lesen tv dan dua tiga perkara yang lain. Ini semua dikatakan cukai langsung yang dipungut ketika mereka berurusan dengan pegawai kerajaan. Disebabkan cukai-cukai langsung ini tidak begitu berat, mereka kurang mempersoalkannya.
Bagaimana dengan cukai tak langsung yang mereka bayar setiap hari tanpa disedari? Mereka tidak pernah ambil kira berapa cukai yang sedia ada pada tepung gandum, gula, minyak masak atau petrol, rokok, pakaian dan semua benda lain yang mereka beli setiap hari walaupun yang berharga lima sen. Perbualan mereka di telefon dicukai; begitu juga tambang bas. Apakah mereka tidak turut tolong membayarkan cukai pendapatan para tauke melalui harga barang yang mereka beli daripada tauke itu? Seterusnya, dapatkah mereka mengaitkan inflasi dengan cukai?
Apabila mereka tidak ambil kira (tidak sedar?) semua cukai yang mereka bayar setiap kali membeli atau menggunakan perkhidmatan (iaitu cukai-cukai tidak langsung), mereka juga tidak peka bagaimana kerajaan mencukai atau membelanjakan cukai.
Kerajaan tidak dapat berdiri tanpa cukai. Semua rakyat ialah pengguna dan semua pengguna dicukai. Kedudukan kerajaan hanyalah sebagai pemegang amanah yang menggunakan cukai untuk memberi kemudahan, menjamin keselesaan dan menjaga keselamatan umum.
Dalam masyarakat feudal, rakyat takut bertanya tujuan apa kerajaan mencukai. Terbentuknya kerajaan moden, lebih-lebih lagi bersistemkan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, cukai menjadi perkara pokok yang dibahaskan di dalam semua mesyuarat pentadbiran dan sidang dewan perwakilan rakyat. Semua sidang ini terangkum di dalam agenda belanjawan, membabitkan persoalan bagaimana kerajaan boleh dapat wang (cukai) dan bagaimana hendak dibelanjakan. Tujuan asasi segala mesyuarat dan sidang itu adalah (sepatutnya) mempastikan pungutan hasil (cukai) oleh kerajaan dipulangkan semula kepada rakyat secara agihan yang adil dan saksama.
Orang Melayu tidak peka dengan soal cukai kerana masih ada lagi sikap hamba dan kekerdilan feudal yang tertanam di jiwa mereka. Parti pemerintah pula tidak berminat menyedarkan rakyat tentang hakikat cukai.
Setelah 58 tahun merdeka dan mengamalkan demokrasi berparlimen, ramai rakyat Melayu, khususnya, tidak tahu kedudukan mereka sebagai pembayar cukai, siapa yang berkuasa menentukan cukai dan siapa kutip cukai. Masanya sudah tiba bagi seluruh rakyat didedahkan dengan persoalan cukai. Rakyat yang buta huruf dan miskin pun wajar mengetahuinya. Mereka juga bayar cukai sekurang-kurangnya ketika makan dan minum.
Kejahilan rakyat tentang cukai menyebabkan politik wang berleluasa. Lebih malang lagi, parti politik yang berkuasa tidak begitu berminat meningkatkan kesedaran tentang cukai. Akibatnya, rakyat tidak begitu mempersoal, misalnya, dari mana wang yang digunakan sesetengah pemimpin untuk menyogok rakyat ketika pilihan raya.

Rabu, 1 April 2015

Inilah Pedang PALING TAJAM Di Dunia... Anda Akan MERASA BANGGA Apabila Mengetahui Pemiliknya !!!

Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat adalah pedang yang dimiliki oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, pembuka Kota Palestine. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.

Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur


Pedang ini diperbuat besi baja "damascus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat.


Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini. 


Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod "Damascus" yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.

Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.


Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12
Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. 


Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "Damascus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.


Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.


Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.