Khamis, 2 Februari 2017

PENGHORMATAN KITA PADA WAKTU DI HUJUNG USIA LEGENDA PERFILEMAN MELAYU
PADA penghujung kariernya, P. Ramlee telah dijemput ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk 'Konsert 3 Ramlee' yang menggabungkan beliau, A. Ramlee dan L. Ramlie. Bila tiba gilirannya menyanyi, penonton beramai-ramai telah 'boo' beliau yang ketika itu baru hendak membuat persembahan di pentas utama.
Pada tahun 1968, syarikat rakaman EMI yang banyak mengaut keuntungan daripada nyanyiannya bertindak MENAMATKAN kontraknya. Muka P. Ramlee merah padam apabila Mr. Devan (EMI) memberitahu beliau yang lagunya orang dah tak boleh terima dan suaranya dah tidak digemari. P. Ramlee selepas itu bersumpah tidak akan lagi bekerjasama dengan syarikat tersebut yang selama ini membuat kekayaan dari lagu-lagunya.
Pengeluar filem Shaw Brothers yang kaya-raya hasil karya Allahyarham juga telah mengeluarkan satu surat yang KONTRAK P. RAMLEE TAK AKAN DISAMBUNG LAGI.
Tahun 1972-1973 adalah tahun yang paling sedih buat P. Ramlee kerana dia langsung takda sumber pendapatan, tiada show, tiada tawaran mengarah/ berlakon filem etc sehingga beliau dan isteri Saloma terpaksa mengambil upah dengan menyanyi di kenduri kahwin dan jadi hakim pertandingan nyanyian. Bila P. Ramlee nak buat filem warna ketika itu, semua bank menolak permohonannya untuk meminjam wang.
Malah RTM juga tidak menawarkan sebarang peluang untuk dia buat show/ menyanyi...bila arwah pergi ke sana untuk menemani isteri Saloma buat program, P. Ramlee hanya duduk di kantin sahaja. Dalam kunjungan terakhirnya ke Singapura untuk Pesta Filem Asia Pasifik, P. Ramlee yang ketika itu dicalonkan untuk filem Laksamana Do Re Mi, telah masuk ke dewan. Tiada siapa pun delegasi dari Malaysia yang pelawa beliau untuk duduk sekali dengan mereka...akhirnya dia cari sendiri kerusi dan duduk dengan delegasi Singapura, di belakang Aziz Sattar.
" Yam, orang dah tak peduli saya, karier saya pun orang dah tak suka...saya dah tua. Cita-cita saya nak jadikan filem Melayu lebih maju telah gagal, saya kecewa," katanya pada iparnya, Maryam. P. Ramlee mengalami masalah kewangan yang sangat teruk sampai hanya makan nasi dengan telur...
Sebelum subuh 29 Mei 1973, P. Ramlee diserang sakit jantung di rumahnya dalam usia 44 tahun dan meninggal dunia...Al-Fatihah.
(petikan dari P. Ramlee | History Channel Documentary)










Foto Yunus Mansor.























Foto Yunus Mansor.









Foto Yunus Mansor.













Jumaat, 25 November 2016

Buatmu kecintaan hatiku,
Ingin didakap engkau beribu batu,
Mahu digenggan tanganmu tidak kesampaian,
Hanya doa aku panjatkan kepada Dia,
Moga-moga berkurangnya sakitmu di sana.

Sakit dan mati?
Itulah sebaik-baik peringatan,
Diam dan tak bergerak,
Berhenti dan tak bernafas,
Kehidupan dunia pergi menjauh,
Kampung akhirat menyapa diri.

Saat organ lelah beroperasi dan berhenti,
Darah tidak mengalir, membeku,
Tertinggal tubuh yang terbujur kaku,
Ketika helaan nafas tak terdengar,
Mata menutup rapat terpejam,
Itulah yang bakal aku dan kamu akan rasai.

Sebuah renungan kematian,
Entah Syurga atau Neraka menjadi pilihan,
Bergantung kepada amalan yang digapai,
Berusaha untuk tak takut mati,
Dalam menyongsong hari yang pasti terjadi,
Tenang-tenang sahaja diri,
Mohonlah kepada Dia kekal abadi,
Sebuah kekuatan agar mati tak menjadi momok berarti.😊❤️

-mior-
Deburan ombak di pantai mendekati pasir terhampar,
Angin berhempus sepoi-sepoi bahasa,
Dedaunan melambai mesra,
Seolah-olah menggamit aku untuk mendekati.

Kaki kubawa menelusuri pantai biru,
Langit ku pandang penuh syahdu,
Membuktikan kekuasaan-Mu,
Walau tak bertongkat tetap utuh tanpa menghempap tubuhku.

Wahai pantai,
Ditemani angin sejuk ini,
Kedamaian mengusik hati,
Aku ingin terbang tinggi,
Menikmati karya alam semesta-Mu penuh erti,
Pilih seketika untuk mati,
Agar bisa aku membuka mata untuk berdiri.😊❤️

-mior-

Ahad, 6 November 2016




Di persisiran pantai di kejauhan hiruk piruk manusia,bersama keindahan malam,
Deruan suara angin yg melambai,
Menenangkan hati kali ini,
aku duduk di atas batu sambil melihat kocakkan ombak yg datang dan pergi,
Tiupan Angin mencium wajahku,
trase hangat dan dingin...
Dari arah belakang satu suara menegur ku
Aku berpaling,
subhanallah!!!!!!!
"Sungguh indah ciptaanMu,,sebaris senyuman ikhlas dihadiahkan pada ku,
aku terpegun,
terkaku,,
tiba2 wajah itu kian mengecil dan pergi bersama tiupan angin,
khayalanku mula meronta untuk pergi,
Tetapi nafsuku mengikat diriku ini,
Di Pulau ilusi aku hidup bersendiri lagi,
Namun  bayangan si dia setia muncul menemani tatkala gundah dan sepi,
Kemunculannya memberi aku kekuatan untuk teruskan kehidupan..
sanubariku mulai meronta mencari ketenangan..
Lantas otakku berfikir,apakah yang aku cari???Tatkala terumbang ambing di lautan,datang bantuan menongkatku.,
Ketika aku asyik dlm dunia ilusi ku,terdengar akan aku satu laungan yang merdu,.
Sukma ku bergetar,
meminta untuk mencari arah bunyi itu.,
Saat langkah pertama dimulakan,
wajah bayangan datang menghalang,.
Fikiranku terganggu,
aku disambar perasaan terkesima,.aku mulai berpinar.,
Namun aku mencari secebis kekuatan untuk mendekati laungan itu,,.Gelap!!!!
duniaku seakan gelita,.Aku sudah tidak mampu berdiri,
rebah dan lemah terkulai di gigi pntai...
Dan aku mulai...............................


Apakah yg terjadi,,???

aku merepek lg ilusi dalam diri,ampun🙈😁


QASTAN ZARIAN NAMA ASAL KERAJAAN PURBA PERAK

ASAL USUL PERAK PURBA





Menurut Sejarah Melayu sebelum munculnya nama Negeri Perak terdapat suatu kuasa besar yang dinamakan sebagai Kerajaan Gangga Negara (atau Qastan Zarian) yang terletak di satu kawasan yang dipanggil Daerah Dinding sekarang. Dikhabarkan kekuasaann kerajaan ini hingga meliputi Daerah Kinta, Perak Tengah dan Daerah Kuala Kangsar. Mengikut buku Sejarah Perak Dahulu Dan Sekarang, Kerajaan Gangga Negara diasaskan oleh Raja Ganjil Sarjuna daripada Kedah sebelum kurun ke-2, tetapi ada juga cerita yang menyebutkan bahawa kerajaan tua itu diwujudkan oleh Raja Khmer iaitu sebuah empayar yang meliputi Negara Kemboja sekarang. Kedua-dua versi ini adalah boleh diterima kerana kerajaan Kedah Tua adalah warisan dari Kerajaan Khmer. Kerajaan Gangga Negara dinyatakan berpusat di Beruas dan telah wujud sebelum abad ke-8 Masehi.
Namun ada riwayat mengatakan Gangga Negara adalah sebuah kerajaan di bawah pengaruh Funan. Jika benar, keujudan Gangga Negara adalah lebih awal lagi kerana Empayar Khmer ujud selepas keruntuhan Empayar Funan.
Dalam tahun 890 seorang anak Raja keturunan dinasti Sailendra Jawa bernama Bolaputra telah menyerang dan mengalahkan Kerajaan Gangga Negara. Pada masa itu, kerajaan Gangga adalah sangat makmur dan rakyatnya menggunakan emas sebagai perhiasan. Perdagangan dijalankan di Sungai Dinding. Penduduk sangat ramai, dikhabarkan, jika seekor kucing melintasi bumbung rumah, ia akan mengambil masa yang cukup lama untuk mencecah tanah. Tetapi setelah berkahwin dengan puteri Raja Gangga Negara, Raja Bolaputra pun berundur.
Pada kurun ke-11, Kerajaan Gangga Negara sekali lagi diserang tetapi pada kali ini oleh Raja Chola Rajendran I (Rajendran Chola Deva I dan Raja Suran) dan menyebabkan kemansuhan Kerajaan Gangga Negara. Raja Suran pula mungkin juga keturunan Raja Suran yang keturunannya telah membentuk kerajaan di Sailendra di Palembang dan Jawa dan akhirnya membentuk kerajaan Minangkabau dan Melaka. Kemudian itu wujudlah dua buah kerajaan iaitu Kerajaan Beruas dan Kerajaan Manjung. Kerajaan Beruas ini berpusat di Kampung Kota dan kerajaan ini sentiasa bersengketa dengan Kerajaan Manjung sehingga selalu berperang. Kerajaan Beruas dikatakan ditubuhkan oleh kerabat dari Sumatera Utara. Ini mungkin berkaitan tentang pengusaan Selat Pangkor, iaitu satu tempat yang amat baik untuk kapal perdagangan berlabuh. Akhirnya, Kerajaan Beruas telah meminta bantuan daripada Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka untuk mengadili kes ini. Sultan Melaka pun menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjung dan telah mengalahkan Kerajaan Manjung dengan mudahnya.
Menurut satu cerita yang menarik sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A’fifullah Shah ( Sultan Perak 33 ) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK, Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin ( Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban). Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka. Namun ketika itu, Negeri Melaka yang sebenar telah terjajah dengan Portugis. Sultan Melaka ketika itu bersemayam di Negeri Kampar, Pulau sumatera. Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka. Ketiga-tiga pemimpin dari tiga daerah ini telah meminta seorang raja dari Melaka. Akhirnya Raja Ahmad, anak sulung Sultan Mahmud diangkat menjadi Sultan Perak yang pertama.
Pada zaman 1870an, Negeri Perak telah menerima Residen Inggeris melalui Perjanjian Pangkor. Sehubungan itu, Kerajaan Perak telah menyerahkan Daerah Dinding ini termasuk Pulau Pangkor kepada Inggeris. Istiadat menandatangani perjanjian penyerahan semula jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak telah diadakan pada 16 Februari 1935 bertempat di hadapan Rest House Lumut. Bersempena dengan peristiwa itu, Jajahan Dinding telah ditukar namanya kepada Iskandar District dan Tanah Merah ( Lumut ) ditukar namanya kepada Port Iskandar. Sultan Perak juga telah berkenan melantik Raja Shahriman bin Raja Abdul Hamid sebagai Orang Besar Jajahan. Bagi memperingati peristiwa ini Masjid Al-Adli telah dibina melambangkan kesyukuran di atas penyerahan Dinding kepada Kerajaan Perak. Kini jajahan ini lebih dikenali sebagai Manjung.
Daerah Manjung merupakan sebuah unit pentadbiran yang merangkumi mukim Beruas dan Setiawan. Manjung yang dahulunya pernah menjadi jajahan takluk Beruas apabila pernah ditewaskan oleh Beruas dalam satu pertempuran, kini memasukkan Beruas sebagai salah satu
Untuk mengingati kembali kegemilangan kerajaan purba, jajahan yang dahulunya dikenali juga dengan panggilan Dinding ditukar namanya menjadi Daerah Manjung pada 1 Januari 1982 yang mana ia merupakan satu unit pentadbiran yang juga merangkumi mukim Beruas dan Sitiawan.
Manjung yang dahulunya menjadi jajahan takluk Beruas apabila apabila ia dikalahkan oleh Beruas dalam satu pertempuran dengan bantuan bala tentera dari Melaka, kini memasukkan pula Beruas dibawah daerah pentadbirannya. Sehingga tahun 1935 jajahan itu tidak dianggap sebagai sebahagian daripada negeri Perak. Lantaran itu pembangunan di situ berjalan agak lembab meskipun ia mempunyai banyak potensi yang boleh di majukan, khususnya dari segi perdagangan antarabangsa. Hanya selepas tahun 1935, barulah usaha untuk memajukan jajahan Dinding dipergiatkan tetapi tidak untuk menjadikan Lumut sebagi pelabuhan. Ini disebabkan terikat dengan perjanjian sulit antara kerajaan negeri-negeri selat dengan kerajaan Perak di mana dipersetujui yang kerajaan Perak tidak akan berbuat demikian, jika tidak jajahan Dinding tidak akan dikembalikan kepada Perak. Jajahan dinding dan Bandar Lumut sebagai pusat pentadbirannya mengambil masa yang agak panjang untuk membangun. Hampir enam dekad lamanya baru ada usaha-usaha untuk mengembalikan kegemilangannya.
Tokoh terlibat Nahkoda Mohamad Taib adalah orang yang bertanggungjawab dalam pembangunan awal Daerah Manjung yang dahulunya dikenali dengan nama Daerah Dinding. Sejarah bermula di Kuala Sepit di sekitar 1857. Beliau juga dikenali dengan nama Tok Noda telah mendapat perkenan dari Sultan Muazzam Shah untuk membangunkan Daerah Dinding setelah ramai yang gagal sebelum ini kerana serangan ganas pihak lanun. Dengan semangat dan iltizam yang tinggi beliau telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Laluan laut yang selamat telah menggalakkan para pedagang untuk ke Kuala Sepit dan bermulalah kemajuan dan kemakmuran Daerah ini.


Sabtu, 10 Oktober 2015

Anakku

Anakku yang kusayang
Keraslah menangis
Cinta bunda disini
Annakku yang kucinta
Senyum indah matamu
Buah mata cintaku

Tidurlah anakku
Mimpi yang indah
Lahirmu titipan yang Kuasa
Makna dari cinta yang dewasa
Anugerah

Tidurlah anakku dipelukanku
Sayang ini disepanjang umurmu
Doa di setiap langkah kakimu
Ohh buah hatiku

Air matamu lentera terang di gelapku
Tawamu rasa syukurku

Air matamu lentera terang di gelapku
Tawamu rasa syukurku
Rasa syukurku

Tidurlah anakku
Mimpi yang indah
Lahirmu titipan yang Kuasa
Makna dari cinta yang dewasa
Anugerah

Tidurlah anakku dipelukanku
Sayang ini disepanjang umurmu
Doa di setiap langkah kakimu
Ohh buah hatiku

Anakku 

Ahad, 4 Oktober 2015

Benarkah Kasih Sayang Yang Kuat dan kukuh Mampu Membuat Seseorang Akan Berubah Selepas Berkahwin?

Before you say yes, get him angry.
See him scared. See him wanting, see him sick. Stress change a person. Discover his addictions. See if he puts you in front of them.
You can’t change people, baby girl.
If the are made one way, it doesn’t just wear off. If you hate how he acts when he’s out of it now, you’re going to hate it much worse eight years down the road.
You might love him to bits but it doesn’t change that some people just don’t fit.”

Cinta, kasih sayang yang kuat dan kukuh mampu mengubah si dia untuk jadi seseorang yang lebih baik.
Sejauh mana kebenarannya?
Aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Dah lama kami bersama. Aku kena bersabar dengan semua sikap dia. Satu hari nanti mungkin dia akan berubah.

Mungkin?
Bermakna perkara itu belum pasti.
Belum pasti dia akan berubah menjadi lebih baik.
Mungkin  akan berubah dan mungkin juga tidak akan berubah langsung. Masih sama seperti sedia kala.

Kita sering kali tersilap perhitungan.

Sejak dari dulu lagi kita terlalu percaya cinta dan kasih sayang pada si dia akan mampu merubah segalanya. Hebat sangatkah cinta dan kasih sayang kita itu?
Lupakah kita juga hanya seorang hamba?
Hati terlalu lembut terutamanya perempuan.
Dilukakan berkali-kali tapi masih bertahan. Setiap saat dan ketika setiasa ada pengharapan agar sikap dan perangai si dia akan berubah.

Duduk sebentar.
Ambil masa.
Tenangkan fikiran dan berfikir secara waras. Guna akal dan minda. Jangan libatkan hati dan perasaan.
Letak sebentar ke tepi semua perasaan sayang dan cinta buat si dia.
Pejamkan mata dan mula berfikir.
Fikirkan untuk diri sendiri buat kali ini sebab tanpa sedar kita dah lama abaikan perasaan diri sendiri.
Selama ini, saat dia bersama kita, dia hanya memandang remeh soal solat.
Ada yang solat sekali sehari, ada yang hanya solat di hari Jumaat dan ada juga yang langsung tidak menunaikan solat.
Kita tahu perkara itu. Bukannya satu rahsia.
Kita atas dasar perasaan sayang dan cinta, atas dasar inginkan dia menjadi imam kepada kita satu hari nanti tanpa henti memberikan nasihat agar dia berubah.
Namun segalanya masih kekal sama.
Terdetik di hati untuk terus bersabar. Terlalu yakin dia akan berubah satu masa nanti.
Ya, manusia boleh berubah. Tak dinafikan.
  • Tapi kebarangkaliannya hanya berapa?
  • Kamu yakin dia akan berubah selepas berkahwin dengan kamu?
  • Kamu yakin kasih sayang dan cinta kamu benar-benar mampu merubah dia?

Jika ibu bapanya sendiri tak mampu untuk mengubah dia, tinggi benarkah martabat dan kedudukan kita dalam hatinya hingga kita rasa dia akan berubah demi kita?

Andai benar dia sayangkan kita dengan ikhlas, sudah sekian lama dia akan cuba untuk mengubah diri dia sendiri untuk jadi lebih baik.
Bagaimana nak jadi pemimpin keluarga andai diri sendiri masih terkontang-kanting tiada pegangan hidup?
Bercinta cukup handal. Mulut manis berbicara. Ayat semanis gula.
Tapi bila diminta membaca kalam Allah, tergagap-gapap hilang bicara. Disuruh azan, berpeluh satu badan gementar kerana tidak mampu.
Untuk menjadi imam solat memang jauh sekali. Ilmu agama cetek. Kosong.
Tanya diri, benarkan  ini yang kita mahukan sebagai seorang suami, seorang ketua keluarga yang mengabaikan kewajipan dia pada Allah?
Bayangkah adakah kita mahu menaiki kapal yang mana pengemudinya langsung tidak tahu apa-apa?
Selamatkah kita di sepanjang perjalanan itu?
Nak bahagia, cari orang yang solat. Kalau dia tak boleh jaga solat, jangan harap dia boleh jaga cinta awak. Cari orang yang jaga solat. Kalau dia tak boleh jaga solat, jangan harap dia boleh jaga janji dan tanggungjawab dia. Unknown

Duduk dan fikirkan lagi. Demi diri sendiri.

Dia panas baran. Bila dia marah, bila dia tercabar, seringkali dia menjerit. Meninggikan suara.
Tanpa segan silu menghamburkan kata-kata kesat. Tanpa sedikit pun rasa bersalah terdetik di hati.
Dan yang lebih teruk lagi apabila dia seorang yang jenis naik tangan. Belum ada apa-apa ikatan tapi sudah berani menyakitkan tubuh badan kita.
Ditampar, diterajang ibarat kita tiada perasaan. Ibarat objek untuk dia melepaskan amarah.
Memang benar, dia katakan kita adalah kesayangannya. Cinta hati.
Tapi setiap kali dia tidak mampu mengawal perasaannya, kita adalah tempat dia hamburkan dan lepaskan segala perasaan itu.
Kita menangis. Terluka. Sakit hati. Sedih.
Tapi sebaik sahaja dia memohon maaf, memujuk rayu dengan janji manis, tanpa berfikir panjang kita maafkan dia. Hanya atas dasar sayang dan cinta di hati.
Tapi segalanya terus berulang.
Tanya hati benarkah dia yang kita mahukan untuk menjadi pelindung kepada kita?
Jangan tertipu dengan permainan syaitan. Jangan terpedaya dengan cinta dan kasih sayang kita pada dia.
Jika masih belum ada apa-apa ikatan yang sah dia sudah begitu berani untuk menyakitkan kita, dapat bayangkan apa akan berlaku selepas kta sah menjadi isteri?
Sanggupkah kita berhadapan dengan amarah dan sumpah seranahnya setiap hari? Sanggupkah kita menjadi objek untuk disepak terajang sepanjang hayat?
Saat bercinta, segalanya sanggup. Semuanya diiyakan. Dipukul, dimarah, dimaki, dihina segalanya sanggup ditelan mentah-mentah hanya kerana cinta dan sayang.
Tapi sampai bila? Belum tentu dia akan berubah. Jadi, kenapa begitu berani pertaruhkan kebahagiaan diri sendiri?
 Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu maka, jauhilah dia. – Kata luqman Al-Hakim kepada anaknya.

Buatlah pilihan yang terbaik sebelum terlambat.

Selagi masih ada masa yang tersisa.
Jangan pertaruhkan hidup dan kebahgiaan hanya kerana kasih sayang dan cinta pada seseorang yang belum pasti.
Jangan hambakan diri pada cinta.
Life go on.
Whether you choose to move on and take a chance in the unknown.
Or stay behind, locked in the past, thinking of what could’ve been.

Macam mana kita nak tahu dia jodoh yang baik?

“ Litaskunu ilaiha.“
Bila kita lihat dirinya, kita rasa tenang (:
Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa.  Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Ya, membuat pertimbangan dalam memilih pasangan hidup sememangnya sukar. Tidak semua orang sempurna.
Namun kadang-kala ketidaksempurnaan itulah yang sentiasa membuatkan kita sengsara pada suatu hari nanti, jika kita tersalah pilih.

Mengapa Susahnya Nak Menjaga Hati Ini Dari Terluka Dan Sangkaan Orang?

Alhamdulillah Allah bagi kita hati dari situ kita ada perasaan.
Dan mujur lah Allah ciptakan manusia tu dengan  satu hatinya. Sebab apa dengan satu hati ni pun kita dah tak terjaga, jadi macam mana kalau kita punya banyak hati.
– Nak jaga ia dari bersangka-sangka dengan orang, nak jaga dari terluka.
Dengan satu hati ni pun dah banyak kali terluka, banyak sangat dah bersangka sangka  dengan orang. Satu hati yang dikurniakan kalau kita pelihara dia elok elok Allah indahnya.
Tapi Allah tu baik. Maha baik.
Walaupun hati ini banyak sangat buat dosa, Dia tetap hadirkan sekelumit rasa getaran itu tanda hati masih hidup, masih ada iman.
Walaupun pun hamba Allah ni berdosa sekalipun bila Allah bagi getaran pada hatinya, Allah bagi ujian buat hambaNya, Nak suruhnya kita ni kembali padaNya, kembali ingat padaNya.

Saya tahu ramai yang pernah kecewa dengan dunia.

Dah kata dunia ini macam makanan yang manis, tapi bila kita ambil dalam kuantiti yang banyak ia bahaya pada kesihatan kita tapi itulah yang sedap. Itulah yang kita nak kan?
Dalam artikel ni saya nak bawakan satu bahagian saja pasal hati.
Something yang dekat dengan anak remaja, belia kita. Macam Allah uji hati anak remaja dengan satu term yang sangat indah, Cinta.
Berapa ramai yang kecewa sebab cinta, berapa ramai yang terpedaya kerana cinta?
Sebenarnya indah hikmah yang Allah selitkan dalam proses membawa hati itu kepadaNya.
Ya, mungkin jalan ini ada jalan yang kamu perlu lalui dalam proses menjadi seorang hamba yang lebih baik.
Saya terbaca satu post di instagram:
Aku bukan tak sabar, hanya tak ingin menanti.
Kerana berani memutuskan adalah juga kesabaran. Kerana terkadang penantian membuka pintu-pintu syaitan.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.
-Salim A. Fillah

Kadang–kadang bukan kita kecewa  dengan manusia, kita yang mengecewakan hati kita sendiri.

Ya kita memilih untuk membiarkan hati itu patah dengan tindakan kita.
Ingatlah takkan bersatu dua cinta, cinta pada Allah dalam masa yang sama cinta pada maksiat.
Kemudian kita yang harus memilih, dan ternyata hati memilih untuk terluka.
Luka yang terjadi itulah hikmah.
Hikmah yang diri sendiri akan nampak sepanjang proses penyembuhan. Hikmah yang diri akan nampak saat hati kita betul betul redha.
Ketahuilah ia bukan satu proses yang mudah kerana perlunya mujahadah. Tapi percayalah, segalanya mudah apa bila Allah memudahkannya.
Satu yang perlu tahu dalam proses penyerahan hati, penyembuhan hati kepada Allah itu ujian-ujian Allah selalu mengiringi.
Sedarlah bahawa didikan sabar sedang dipraktiklan oleh Allah kepada kamu.
Sahabat saya berkata
“Allah hantar kamu untuk bantu yang lain”
Itu takdir Allah, kita yang pernah sakit dulu, akan bantu orang lain hasil dari rasa sakit yang pernah kita lalui.
Saya pandang sahabat saya, mendengar cerita, harapan, tekad nya bawa saya jauh ke ketika saya berada ditempat dia sekarang, saya selalu cakap, memang tak mudah hanya tekad dan doa saja. Jangan pernah takut.

Hati yang sedang sakit perlu dirawat segara, moga tidak melarat.

“Sakit hati” ni bukan dengki tapi sakit hati ini ialah dimana,  kita mula lemah dalam langkah menuju tuhan.
Rawatlah dengan bicara denganNya, rawatlah dengan membaca kalamNya.
Mari hayati kata kata Saidatina Hajar, ibunda Nabi Ismail a.s. Ringkas dan padat yang mampu memotivasikan kita serta memberi semangat baru dalam jiwa jiwa kita.
“Allah tidak akan mensia-siakan kita”

– Tinta yang menulis ini masih berjuang dengan ujian Allah. Mohon doa nya.
Artikel ini perkongsian ke inbox emel kami daripada Norliyana ZulkifliSemoga memberi manfaat kepada semua. Jazakallah =)

Ahad, 17 Mei 2015

SEJARAH MUZIK ROCK MALAYSIA

Rock Mula Tercetus::

Sweet Charity-lah yang mula mencetuskan fenomena muzik rock di Malaysia walaupun ianya ditubuhkan di Singapura...Sweet Charity ditubuhkan pada tahun 1974 dan dianggotai oleh Ramli Sarip (Vokal), Rosli Mohalim (Gitar), Wan Ahmad (Gitar), Syed Hassan (Bass), Rahman Sarbani (Dram), Masrom & Ahmad Jaafar (Kibor). Mereka juga yg meletakkan muzik rock di landasan yg sebenar sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple Singapura! Lagu2 seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yg begitu mendalam terhadap industri rock yg baru wujud ketika itu.

Pada tahun 1981, M.Nasir dan kumpulan Kembara telah merekodkan album Kembara dan lagu Hati Emas telah menjadi hits. M Nasir terus menjadi pencipta kepada beberapa genre lain selain rock sehinggalah ke hari ini.

1983 - 1993,
Di era inilah tercetusnya revolusi rock atau dipanggil era emas muzik rock di Malaysia. Daripada penubuhan kumpulan Search pada tahun 1981 sebagai pelopor muzik rock yang agak keras, maka muncullah beratus2 kumpulan rock di seluruh pelosok Malaysia.Diibaratkan hampir setiap hari pasti ada satu kumpulan rock yang akan menjual album di pasaran. Dari segi lirik lagu pula, lagu yang menjadi hits sudah tentu berkisarkan pada cinta, tetapi, rata², mereka juga banyak melahirkan bait² lirik tentang pergolakan yang berlaku di dunia serta perjuangan mereka dalam bidang seni. Cukup menarik jika didengari. Di zaman ini juga lahir beberapa pertandingan sehingga ke peringkat kebangsaan untuk penggemar muzik rock, khusus untuk kumpulan² ini menunjukkan kehebatan serta bakat masing².

Antaranya ialah Search,Wings, Lefhanded, BPR, May, Rusty Blade,Sofea, Crossfire,D'Riyadh, Junction, Desire dan banyak lagi. Pertandingan Juara Lagu juga banyak dipelopori oleh muzik rock pada akhir 80-an.

Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan Juara Rock 1983. Dalam pertandingan ini, ia telah dimenangi oleh D'Febians dan The Lefthanded. Berikutan dengan sambutan hangat oleh golongan pemuda, pada tahun berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan Juara Rock 1984. Dalam pertandingan Juara Rock 1984, The Burnmarks menduduki tempat pertama, Hurricane tempat kedua, dan kumpulan Gersang ditempat ketiga.

Setelah gagasan "Battle Of The Bands" & "Juara Juara Rock" berjaya di persada muzik.
Wujud beberapa buah lagi gagasan lain antaranya gagasan "CLASH OF THE BANDS" yang melahirkan kumpulan seperti "KRAX", "VARNA", "STEELFINGERS", "ILMIAH", "HANDY BLACK", "HELTER SKELTER" dll. Gagasan "WAR ROCK" melahirkan "MEDICINE", "PRATAYUDA", "KEJORA", "SPRING'S" dll manakala Gagasan "HIKAYAT ROCK" pula melahirkan "D`RIYATH", "STEELERS", "TROOPERS", "SAXO" dll. Gagasan "ROCK GALACTICA" juga melahirkan beberapa buah kumpulan yang hebat seperti "LIPAN BARA","BLACKROSE" dan lain-lain.

Gagasan yang paling dihormati iaitu yang paling lama iaitu gagasan "JUARA JUARA ROCK" yang melahirkan banyak band2 yang membawa lagu2 berat. "BATTLE OF THE BANDS" juga banyak melahirkan band2 ternama seperti "BLOODSHED", "ELLA & THE BOYS", "SYJ", "RAHIM MAAROF & WHITESTEEL" dan lain-lain. Tidak dilupakan juga "PESTA HIBURAN KINGSWAY" yang memperkenalkan kumpulan2 hebat seperti "BUMIPUTERA ROCKERS", "HANDY BLACK","FRU" dan lain-lain....

Antara kumpulan2 lama:

Search
-ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Baharu & dianggotai oleh Yazit (Dram), Hillary Ang (Gitar), Memek (Bass) & Zainal (Vokal). Album mereka yg pertama ialah Cinta Buatan Malaysia yg telah diterbitkan pada tahun 1985. Ketika ini, tempat Zainal telah digantikan oleh Amy sebagai penyanyi, Nasir menggantikan Memek sebagai pemain bass & kemasukan Din sebagai pemain gitar kedua.

Ella & The Boys
-juga ditubuhkan pada tahun 1981 & terdiri daripada Ella (Vokal), Lord (Gitar), Ayie (Bass) & Mie (Dram). Nama 'Ella' telah diletakkan bersama 'The Boys' bagi memberi penghormatan terhadap diva rock pertama ketika itu. Shima juga pernah menyertai kumpulan The Boys dan menggunakan nama band sebagai Shima & The Boys.

Lefthanded
-Diasaskan oleh man kidal sendiri dan pada asalnya Rahim Maarof yg menjadi penyanyi utama sehinggalah kemasukan Nash & melahirkan album pertama Lefthanded iaitu Keadilan. Ketika ini Lefthanded terdiri dari Nash (Vokal), Man Kidal (Gitar), Samad (Gitar), Yan (Bass) & Man Dayak (Dram).

Rusty Blade
-ditubuhkan di Singapura & telah melahirkan album pertama yg bertajuk 786 Ikrar Perwira pada tahun 1981. Dianggotai oleh Yantzen (Vokal), Khalid Mubin (Gitar), Md Noor (Gitar), Izad (bass) & Izan (Dram). Keunikan muzik rock yang mereka bawa telah membuatkan Rusty Blade dilabel sebagai Iron Maiden Singapura!

Masa
Nama asal : Scarecrow.

Album kedua, Doktrin Metos, memuatkan lagu hit berjudul Patahnya Sayap Malam.
Lagu ini telah membawa Masa Scarecrow ke peringkat akhir pertandingan Muzik - Muzik
1991 di PWTC Kuala Lumpur.

Di puncak populariti mereka, ahli band terdiri dari Zul ( vokal utama ), Mazwan ( gitar ),
Lan ( gitar - ahli asal ), Madi ( bass - ahli asal ) dan Shaiful ( drums ).
Setelah Perdana Muzikal Industri Sdn Bhd bergulung tikar pada tahun 1993, ahli band
mengambil keputusan untuk mengundurkan diri buat seketika dari arena muzik tanahair.

Burnmarks
Anggota - Jef (Vokal), Joe (gitar), Amy (Drum), Aub (Bass). Lepas tu berpecah maka Joe tubuhkan Jasad Liar. Group nie pula adalah gabungan pemuzik Burnmarks, Naja dan Teras juga iaitu Acey (Vokalis), Joe (gitar), Zanal (Bass) dan Emy (Drum).

Pernah menjadi Juara Rock Johor 1984 dengan menggunakan nama The Burnmarks.
Burnmarks adalah antara senior rock group di Malaysia

Inspirasi
Ditubuhkan pada tahun 1989.
Asal - Singapura.
Lagu hits - Terkuburlah Sebuah Impian

Anggota - Djanggo (vokalis), Rafi (Drummer), Fin dan Rim (gitar utama) dan Bai (bassis).

Bloodshed
Diasaskan pada tahun 1985, Banyak menyertai pertandingan BATTLE OF THE BANDS pada tahun 1986 .. Album pertama berjudul "Illusi Sebuah Mimpi" lahir pada tahun 1987 Album ke-2 iaitu yang lebih hebat muncul pada tahun 1988 bertajuk "SAMARKAND" .. Album itu yang terdapat lagu hit mereka iaitu Srikandi Cintaku .. 
Tahun 1990 bloodshed menukar nama kepada BLACKSHED dan muncul bersama album terakhir mereka bertajuk "VILLA MISTERI" bersama vokalis baru mereka yang suara hampir seakan sama dengan Rasdan .. BLACKSHED hit dengan lagu "Menggengam Bara" .. Setelah lahirnya album itu ahli BLOODSHED atau BLACKSHED meninggalkan kumpulan itu dan sibuk dengan kerjaya mereka .. Tiada lagi BLOODSHED dan tiada lagi BLACKSHED

Teja
Kumpulan ini wujud setelah vokalis Metafora berundur (nama lupa), tempatnya digantikan olih Zul Teja, kumpulan ni cuma ada sebuah album sahaja bertajuk LAUNGAN SUCI (1992) .. Album ini menampilkan lagu hit mereka bertajuk "Jelingan Manja" "Kau Yang Tak Mengerti" & "Kenangan Di Taman Cinta" yang ada dimuatkan dalam filem Memory (1992)

Handy Black
Berawal Clash Of The Bands, bakat mereka dicungkil. Lagu yang dirakamkan untuk kompilasi Clash Of The Bands 1 (1987) adalah Ketenangan, Line-up mereka saat itu adalah MAHMUD (vokalis) Rosli Jantan (gitaris) BADD (bass) dan AMY Kamikaze (dram), Album sulung Handy Black bertajuk GEMPAK keluar pada tahun 1989 menampilkan lagu hit "Jenazah Cinta", Vokalis Handy Black saat itu adalah ISA RAHMAN. Lagu2 Handy Black masa itu tak sempat dibuat kompilasi sampai sekarang
(Rasanya syarikat rakaman sekarang patut merujuk lagu2 macam ini).

SYJ
Terdapat 3 SYJ ketika itu. SYJ (Sofea), SYJ 87 (Ariwatan) & SYJ 91. Ketiga-tiganya diambil sempena nama pengurus mereka SYED YUSUF JAMALULAIL. Penampilan mereka lebih ke arah glam rock yang sedang menular di Malaysia ketika itu. 
SYJ (Sofea) menukar nama kepada Sofea pada tahun 1987 setelah pengurus SYED YUSUF JAMALULAIL memutuskan supaya tidak mahu lagi mengurus band yang banyak mencetuskan kontroversi. Setelah itu Syed Yusuf Jamalulail mengasaskan sebuah lagi band yang juga memakai nama beliau yaitu SYJ (Ariwatan) atau lebih dikenali SYJ 87, mereka menukar nama kepada Ariwatan pada tahun 1988.Tahun 1993 Rawita (Bassis Bloodshed/Blackshed) & Opie (Gitaris Bloodshed/Blackshed) menganggotai Fotograf sebagai sessionist. Lagu Luka seribu Rindu adalah hasil petekan gitar opie dan bass rawita

Minah Rockers (Edisi Lengkap)
Ella (The Boys), Shima (The Boys), Wohnen, Ixora, dll. Masa dulu ramai lagi artis rock macam Sheeda (ex-Desire) yang kini dah tukar haluan nyanyi dangdut, Emma (ex-Revolusi), Teratai ada Norlela Manaf, Murni (Les Mayor - Clash of the Bands 3) dan artis rock solo macam Idda, Yuziee, Puteri Hamsiah (penyanyi jemputan bersama Hydra - Ilusi Fenomena Cinta didalam album Pancakara Dicakrawala) serta band wanita, Puteri.

Nama Baru & Lama
Ababil (History), Meditasi (Metal Wizards), Ekamatra (Diamond Head), Farmosa (Serigala), XPDC (Tragedy), Masa (Scarecrow), Inspirasi (Blue Steel), Jitu (Gejala), Etika (Wasiat), Fancy (Roses), Inspirasi (Botol), D'Zai (Desire), Satira (Mixed Blood), Unique (Scud), Ad-Hoc (Shelma).


Antara band2 yg pernah mewarnai industri rock sekitar tahun 80'an sepertiWings, May, SYJ, BPR, Gersang, Gamma, Dinamik, Febians, Crossfire, Bloodshed, Blackrose, Olan, Masa, Mega, Medicine, Desire, Illusi, Iklim, Menara, Laksamana, Ekamatra, Melissa, Lela, Wichitra, Junction, CRK, Meditasi, Cinema, Lipan Bara, Lagenda, Terrarossa, Sensasi, UG14, Analisa, Metallian, Putra, Slash, Zabarjad, Utopia, Teras, Etika, Erat, Gravity, Skala, Figures, Bahtera, Garuda, Pratayuda, FRU, Ariwatan, Kejora, Projek, Wizard, Gerimis, Villosa, Urgent, Jitu, Gerimis, Mutiara, Sejati, Burnmarks, Scandals, Axthara, Aroma, Warisan, Kafilah, G.E.T, Aryan, Zodiak, Izzaka, Perdana, Sahara, ODC, Suria, Destinasi, Hatty, Fantasia, D' Riyadh, Strangers, Finalist, Sera, Teja, Vagrant, Helter Skelter, Unwanted, Rockers dan banyak lagi!



Ahad, 10 Mei 2015

Ibu, Kasih Sayangmu Tak Tergantikan"

Walau tak secantik bidadari
Walau tak sehalus kain sutra
Kau adalah segalanya bagiku
Walau kau tak sempurna di mata orang lain
Namun bagiku kau begitu sempurna
Kau adalah bidadari pelindungku
Tak kenal lelah kau menjaga dan membesarkanku
Tak kenal berhenti kau selalu mendoakanku
Ibu,kau adalah cahaya dan malaikat dalam hidupku
Terima kasih Ibu...
Kasih sayangmu tak tergantikan oleh apapun

kepada mereka yang masih mempunyai ibu.

Tidak ada sutera yang begitu lembut seperti belaian seorang ibu,
Tidak ada tempat yang paling nyaman selain pangkuan seorang ibu,
Tak ada bunga yang lebih cantik selain senyummu,
Tak ada jalan yang begitu berbunga-bunga seperti yang dicetak dengan langkah kakimu.
Kau adalah alasan kenapa aku ada.
Keajaiban dalam hidup, adalah terlahir dari rahimmu.
Seorang wanita yang telah memberi kami cinta dan pengorbanan.
Selamat Hari Ibu!

Sabtu, 9 Mei 2015

Bintang Di Pundakku


Berjalan mengukir sejarah
Meniti sang waktu dalam lingkar masa
Jauh sebelum kita bertemu
Takdir telah menggariskan kita hidup dalam satu waktu
Persahabatan ini adalah gelang kehidupan
Yang mengikat tangan kita dengan kasih dan sayang
yang kan menjadi senyum saat kita bersedih
Yang akan menjadi keyakinan saat kita ragu
Persahabatan ini adalah genggaman tangan kita
Takan terjatuh saat kita bersama
Takan tersesat saat kita beriringan melangkah
Takan takut saat kita saling menguatkan
Wahai sahabat,
Engkaulah bintang di pundakku
Seperti malaikat yang mencatat amalku
engkaulah yang mencatatkan kebahagiaan di buku kehidupanku 

Sahabat Sejati


Sahabat sejati adalah ia yang mengerti pada kesedihanmu
Namun ia pun tahu bagaimana menghiburmu
Sahabat sejati adalah dia yang memehami ketakutanmu
Namun ia pun tahu bagaimana cara menjadikanmu berani
Sahabat sejati adalah ia yang tahu keraguanmu
Namun ia pun tahu bagaimana mengajarimu keyakinan
Sahabat sejati adalah ia yang sadar akan kekuranganmu
Namun ia pun tahu bagaimana membangkitkan semgangatmu
Sahabat sejati menjadi bintang saat malam gelap
Menjadi jembatan untuk melangkah
Menjadi sayap untuk terbang
Menjadi senyuman saat kita bersedih
Terima kasih sahabat,
Engkaulah teman sejatiku
Menerpa angin menggantinya dengan pelangi
Mendung kian hilang
Karena hadirmu,

Dua tiga kapal belayar di samudera



Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
kerna..
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
oh oh..
Berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya setia…
Tiada bukit yang terlalu tinggi
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…