Ahad, 6 April 2014

Penerjun Bebas Nyaris Maut Dirempuh Meteor – Video Anders Helstrup


meteor

SEORANG penerjun bebas bukan sahaja berjaya merakam detik luar biasa tentang pergerakan meteor jatuh ke bumi tetapi dia juga bernasib baik kerana tidak terbunuh akibat dihentam batu tersebut.

Video pergerakan meteor dari jarak dekat yang pertama di dunia itu dirakam oleh Anders Helstrup secara tidak sengaja ketika melakukan terjunan bebas.

Ahli geologi Hans Amundsen berkata, video yang telah dikeluarkan melalui saluran berita Norway itu merupakan rakaman pertama di dunia mengenai meteor yang sedang jatuh ke bumi.
“Ia bukan benda lain lagi. Bentuknya mirip meteor, pada satu bahagian ia seperti telah pecah dan sebelah lagi bulat dan masih elok,” katanya.
Helstrup merakam video tersebut ketika membuat terjunan bebas bersama Kelab Payung Terjun Oslo berdekatan Lapangan Terbang Østre Æra di Norway.
meteorit
Gambar Huffpost Anders Helstrup Norway Meteorit
Semasa Helstrup membuat terjunan dari pesawat, meteor tersebut dikesan lalu dengan jarak beberapa kaki disebelahnya dengan kelajuan 300 batu sejam.
“Saya perasaan ada sesuatu selepas terjun dari pesawat, tetapi saya tidak tahu apakah ia,” kata Helstrup.
Amundsen yang merupakan kakitangan NASA memberitahu, pihaknya percaya batu tersebut adalah sebahagian daripada meteor besar yang telah pecah ketika jatuh ke bumi. Mstar / Huffpost

Gambar Anak Malaysia Berjuang Di Syria


Ustaz Lotfi Ariffin 1

Mohd Lofti Ariffin
Ustaz Lotfi Ariffin [gambar bawah] Mujahidin Kedah Berperang Di Syria. Rakan Mohd Lotfi iaitu Akel Zainal telahpun menurunkan tanda tangan didahinya bila sedikit serpihan bom singgah di dahinya. Beliau dikatakan adalah bekas drummer band UKays.
syria malaysia
Former Malaysian rock band drummer for the band ‘Ukays’ now fighting with Jabhat al-Nusra in Syria. Pic VEOOZ
akel zainal
Gambar atas: Beliau Pernah menjadi Drummer rock 90 Ukays ,Malaysia.
Dikenali sebagai ali kini berada di Syria bersama (ustaz) Mohd Lotfi Ariffin BERJIHAD menentang Rejim Hizbullah(Syi’ah) dan Bashar al Assad. Sumber
Tersentap sebentar melihat gambar Ustaz Lotfi Ariffin yang dikongsikan oleh rakan di FB. Menurut sahabat itu Ustaz Lofti berasal dari Baling, Kedah.Ustaz Lotfi Ariffin
Ustaz Lofti kini berperang di pihak mujahiddin untuk menumpaskan kerajaan Syria pimpinan Bashar Al Assad.
Yang merisaukan hati ini adalah nasib beliau setelah pulang ke tanah air kelak. Beliau akan didakwa kerana menyertai kumpulan pemberontak di Syria.
Malaysia tidak mengiktiraf perjuangan mujahiddin di Syria sebaliknya menyokong kerajaan Bashar Al Assad.
Sedangkan pemuda-pemuda Malaysia yang berjuang menentang Russia di Afghanistan dahulupun mereka dakwa hingga dicop sebagai ahli kumpulan pengganas (Al Qaeda)
Antara yang menerima hukuman penjara kerana berperang di Ajghanistan ialah anak kepada Tuan Guru Nik Aziz sendiri.
Ustaz Lotfi Ariffin 2
Ini adalah petikan kata-kata beliau yang dikutip dari FB beliau
Hari ini bersiar di bumi Syam dari Idlib ke Aleppo terus ke Atma sempadan Turkey dan terus pulang semula ke Idlib sampai ke markaz maghrib dan insyaAllah esok pagi akan ke bandar Murik kerana Bassyar sedaya upaya akan merampas semula bandar sepi itu .Bandar itu merupakan pintu masuk ke bandar Khan Syaikhun sebuah bandar yang sedang di kepung oleh mujahidin insyaAllah kalau sekiranya Murik dapat di pertahan maka Khan Syaikhun akan di kuasai sepenuhnya oleh mujahidin .setiap hari mujahidin dari berbagai kumpulan bergilir mempertahankan bandar Murik dan di pehak musuh pula berkali cuba untuk mendekati bandar itu dan terkadang mereka boleh masuk sehingga 1/3 bandar dengan kereta kebal dan kereta perisai dan di bantu dengan jet pejuang juga heli berlegar diudara alhamdulillah akhirnya mereka terpaksa berundur dan kelmarin mereka diserang sehingga mereka terpaksa berundur 3 km ke belakang. Sumber 
Ustaz Lotfi Ariffin 3

Jumaat, 4 April 2014

Kompleks Silveritage Jadi Pusat Pelancongan, Komersil

Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) telah merancang untuk menaik taraf dan melaksanakan penjenamaan semula Kompleks Silveritage Galleria di Medan Gopeng.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohd Zahir Abdul Khalid berkata, kompleks itu akan dijadikan pusat pelancongan dan komersil kerana lokasinya yang strategik, terletak di pintu masuk utama ke Bandaraya Ipoh.
Berucap menggulung perbahasan titah ucapan perasmian Pemangku Raja pada Sidang DUN hari ini, beliau memberitahu, antara komponen utama yang akan dibangunkan di kompleks itu ialah lot komersial untuk syarikat teras (anchor), ruang komersial untuk demonstrasi kraftangan, pusat rekresasi keluarga dan galeri seni.
Beliau menjelaskan, penyediaan konsep bangunan telah hampir disiapkan dan seterusnya akan dinilai secara teknikal untuk kelulusan.
Menurut Zahir, projek menaik taraf kompleks tersebut dianggarkan menelan belanja sebanyak RM20 juta dan akan mengambil masa selama setahun untuk disiapkan.

Karpal Singh mengaku bakal merengkok di penjara.




KUALA LUMPUR, 4 APRIL : Tindakan Karpal menghina dan menghamburkan kata-kata hasutan terhadap Sultan Perak sekitar tahun 2009 telah menerima padah apabila dijatuhkan hukuman denda RM4000 dan juga kemungkinan di penjara.

Kemungkinan Karpal dipenjarakan susulan kes ini semakin bertiup kencang apabila beliau sendiri dalam satu kenyataan semalam memberitahu bahawa ada pihak sedang berusaha supaya beliau dijatuhkan hukuman penjara oleh pihak makhamah.

"Mereka mahu saya dipenjarakan", ujar Karpal ketika diminta mengulas tentang desas desus bahawa beliau akan dipenjarakan.

Menurut Karpal, pihak pendakwaraya telah memfailkan rayuan balas kepada pihak makhamah agar hukuman ke atas beliau dimaksimumkan dan beliau turut mengesahkan telah menerima salinan rayuan balas yang dikemukakan oleh pihak pendakwaraya.

"Ya, mereka berhak untuk memfailkan rayuan balas", ujar Karpal ringkas. Dalam kenyataan sebelum ini, Karpal pernah menyuarakan kesediaannya untuk dipenjarakan tetapi beliau tetap mendakwa bahawa kenyataan beliau mengenai Sultan tidak salah dan tidak harus dipersoalkan.

“Saya cuma kata Sultan Perak boleh disaman. Pada 1993, satu mahkamah khas ditubuhkan untuk Sultan dan Raja. Jadi, apa masalahnya (dengan kenyataan itu)? Walaupun saya pasti apa saya katakan itu tidak punya asas langsung untuk dakwaan".

“Anda mesti bersedia untuk menghadapi akibat(penjara). Saya adalah Ahli Parlimen, dipilih rakyat, menjadi tugas saya untuk bersuara bagi pihak mereka,” tambah beliau lagi.

Ketika proses rayuan sebelum ini, peguam Gobind Singh memohon agar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak menjatuhkan hukuman penjara ke atas Karpal kerana kesihatan serta kedudukannya sebagai ahli Parlimen.

Gobind Singh berkata, jika beliau dijatuhkan hukuman penjara dan denda melebih RM2,000, Karpal akan kehilangan haknya sebagai ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Khamis, 3 April 2014

Telur Rebus Air Kencing Kanak-Kanak Lelaki



Dunia ini sememangnya memiliki pelbagai budaya aneh dan tradisi pelik yang kadangkalanya layak dianggap sebagai satu amalan yang meloyakan anak tekak kita.

Di Dongyang, sebuah kawasan yang terletak di provinsi Zhejiang di China, terdapat sejenis resepi tradisi masyarakat tempatan yang diberi nama ‘telur anak teruna’ (Virgin Boy Egg).
Menurut laman ibtimes.com, resepi ‘telur anak teruna’ itu diperbuat dari telur ayam yang direbus di dalam periuk besar dengan menggunakan air kencing budak lelaki!

Sebuah baldi besar disediakan di tandas-tandas yang digunakan oleh kanak-kanak lelaki dan para peniaga ‘telur anak teruna’ akan mengumpul air kencing tersebut untuk dijadikan ramuan resepi itu pada setiap hari.

“Ia sangat bagus untuk kesihatan, kami makan (telur anak teruna) setiap hari dan seluruh keluarga di Dongyang menggemarinya,” kata penjual telur tersebut, Ge Yaohua, 51.
Masyarakat Dongyang mendakwa bahawa antara khasiat ‘telur anak teruna’ itu ialah ia mampu menguatkan tubuh dan menghilangkan rasa sengal-sengal badan pada sesiapa yang menikmatinya resepi ‘istimewa’ itu.

“Dengan makan telur ini setiap hari, kami tidak akan sakit pinggang, kaki atau sendi. Ia juga mampu memberikan tenaga tambahan untuk kami bekerja,” kata Li Yangzhen pula yang kemudiannya membeli 20 biji ‘telur anak teruna’ dari Ge.

Sesetengah pakar perubatan tradisional masyarakat Cina bagaimanapun agak khuatir dengan tradisi yang berasaskan urin dan dimasak secara terbuka di gerai-gerai telur tersebut.

Begitu juga dengan sesetengah masyarakat di Dongyang yang sangsi dengan makanan tradisi masyarakat di situ dan enggan meneruskan budaya itu dengan keluarga masing-masing.

“Saya tidak percaya pada khasiat telur itu, jadi saya tak makan telur itu,” kata Wang Junxing, 38. 




Penculikan di Sabah: Pembangkang kata rosakkan imej, Najib kata sabotaj hubungan Malaysia-China


Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempertikaikan pihak berkuasa apabila berlakunya penculikan di Semporna, Sabah malam tadi, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin penculikan itu sengaja dilakukan bertujuan untuk mensabotaj hubungan antara Malaysia dengan China yang sudah luka ekoran kehilangan MH370.
Melalui laman Twitternya, Bernama melaporkan, "kerajaan tidak menolak kemungkinan penculikan di Semporna dibuat oleh sesetengah pihak untuk mengerohkan hubungan antara Malaysia dengan China - PM Najib".
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) berkata, adalah satu yang mengejutkan apabila kumpulan bersenjata itu berjaya menculik mangsanya di sebuah resort di Sabah.
Bagi Lim, kejadian ini sudah pasti merosakkan imej negara.
Sementara itu, sumber polis berkata, kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dipercayai bertanggungjawab dalam insiden penculikan dua wanita di sebuah resort di Semporna dan pihak berkuasa Filipina dan Malaysia ketika ini sedang memburu mereka.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, siasatan awal mendapati insiden penculikan semalam dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf.
"Abu Sayyaf aktif dikawasan tersebut sejak 15 tahun lalu dan terlibat dalam banyak penculikan," kata pegawai senior polis yang dirahsiakan identiti.
"Dalam kebanyakan kes, mangsa selalunya dibebaskan selepas wang tebusan dibayar. Kes semalam mungkin sama."
Beliau mendedahkan dalam insiden sebelum ini, warga Taiwan, Chang An Wei, 58, yang diculik Abu Sayyaf dibebaskan sebaik wang tebusan dibayar.
"Kumpulan ini tahu selok-belok perairan Filipina dan mahir dalam jalan air sekitar kawasan ini," katanya.
Dalam pada itu, The Star melaporkan pihak berkuasa Malaysia sedang mengawal ketat sempadan perairan merentasi selatan Filipina bagi menjejak penceroboh semalam.
Menurut laporan, mangsa terbaru penculikan ini adalah dikenali sebagai Gao Hua Yun, 29, dari Shanghai, China. Seorang lagi adalah pekerja Filipina, Marcy Dayawan @ Mimi. Mereka dibawa lari dari Singamata Reef Resort.
Kejadian terbaru ini selepas insiden seumpama berlaku tahun lalu: dua kes membabitkan nelayan di atas bot mereka pada April dan pada November pula, pelancong Taiwan diculik dari Pulau Pom-Pom.
November lalu, Li Min Hsu, 57, dari Taiwan terbunuh apabila kumpulan bersenjata merempuh sebuah resort di Pulau Pom-Pom.
Mereka turut menangkap Chang dan membawanya lari dari pulau itu dengan bot.
Chang kemudian dibebaskan oleh pihak berkuasa Filipina Disember lalu dengan berita angin menyatakan selepas sejumlah pampasan dibayar.
Kejadian malam tadi bakal meletakkan Zon Keselamatan Timur Laut Sabah (Esscom) dalam perhatian. Ia meliputi kawasan seluas 1,400 km di pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.
Ia diwujudkan Mac tahun lalu oleh Najib selepas pencerobohan Lahad Datu oleh militan Sulu sebulan sebelum itu.
Tujuannya adalah untuk memperteguhkan keselamatan maritim di bahagian timur laut Sabah dan mengelakkan ancaman pengganas di perairan Sabah. – 3 April, 2014

DUA DICULIK SEKUMPULAN LELAKI DI SEBUAH RESORT DI SEMPORNA

Tujuh lelaki telah menyerbu sebuah resort di Semporna sebelum menculik dua individu - seorang pekerja warga Filipina dan seorang pelancong dari China yang berada disitu.

Sumber polis memberitahu kejadian berlaku pada jam 10.30 malam semalam apabila suspek yang bersenjatakan senapang M14 tiba ke resort atas air itu dengan menggunakan bot.

Tiga dari suspek tersebut – seorang daripadanya mengenakan topeng muka telah naik ke resort tersebut manakala empat yang lain menanti di dalam bot.

Suspek mengarahkan seorang pekerja di situ yang sedang menonton TV di sebuah bilik supaya diam dan tidak melakukan apa-apa namun disebabkan ketakutan, pekerja tersebut telah bertindak terjun ke dalam laut demi mengelakkan diri dari diapa-apakan oleh penjenayah tersebut.

Mereka kemudian telah membawa lari seorang pekerja resort yang lainnya dan seorang pelacong yang bercuti di resort tersebut.

Mangsa yang dilarikan dipercayai dikenali sebagai Marcy Dayawan, 40, pekerja resort tersebut dari Filipina manakala seorang lagi dikenali sebagai Gao Hua Yuan, 29, seorang pelacong warganegara China.

Gao telah mendaftar masuk ke resort tersebut pada semalam dan dijangka berada di situ sehingga Sabtu ini.

Suspek dipercayai berbangsa Sulu kerana dikesan berdasarkan loghat percakapannya dan kesemua suspek melarikan diri kearah Pulau Gaya dan mereka juga dikatakan fasih berbahasa Melayu.

Ketika kejadian, 61 pelancong menginap di resort tersebut dan 47 pekerja sedang bertugas di resort tersebut.

Jarak antara resort tersebut dengan Pekan Semporna adalah 2.2 batu nautika.

Sejurus selepas kejadian itu satu laporan polis telah dibuat pada jam 12.58 dan gerakan bersepadu pelbagai agensi dari Kawasan Kawalan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dibantu oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah dikerahkan untuk mengesan suspek.

Pengarah Kawasan Kawalan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian dan siasatan kini sedang dijalankan.