Jumaat, 4 April 2014

Karpal Singh mengaku bakal merengkok di penjara.




KUALA LUMPUR, 4 APRIL : Tindakan Karpal menghina dan menghamburkan kata-kata hasutan terhadap Sultan Perak sekitar tahun 2009 telah menerima padah apabila dijatuhkan hukuman denda RM4000 dan juga kemungkinan di penjara.

Kemungkinan Karpal dipenjarakan susulan kes ini semakin bertiup kencang apabila beliau sendiri dalam satu kenyataan semalam memberitahu bahawa ada pihak sedang berusaha supaya beliau dijatuhkan hukuman penjara oleh pihak makhamah.

"Mereka mahu saya dipenjarakan", ujar Karpal ketika diminta mengulas tentang desas desus bahawa beliau akan dipenjarakan.

Menurut Karpal, pihak pendakwaraya telah memfailkan rayuan balas kepada pihak makhamah agar hukuman ke atas beliau dimaksimumkan dan beliau turut mengesahkan telah menerima salinan rayuan balas yang dikemukakan oleh pihak pendakwaraya.

"Ya, mereka berhak untuk memfailkan rayuan balas", ujar Karpal ringkas. Dalam kenyataan sebelum ini, Karpal pernah menyuarakan kesediaannya untuk dipenjarakan tetapi beliau tetap mendakwa bahawa kenyataan beliau mengenai Sultan tidak salah dan tidak harus dipersoalkan.

“Saya cuma kata Sultan Perak boleh disaman. Pada 1993, satu mahkamah khas ditubuhkan untuk Sultan dan Raja. Jadi, apa masalahnya (dengan kenyataan itu)? Walaupun saya pasti apa saya katakan itu tidak punya asas langsung untuk dakwaan".

“Anda mesti bersedia untuk menghadapi akibat(penjara). Saya adalah Ahli Parlimen, dipilih rakyat, menjadi tugas saya untuk bersuara bagi pihak mereka,” tambah beliau lagi.

Ketika proses rayuan sebelum ini, peguam Gobind Singh memohon agar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak menjatuhkan hukuman penjara ke atas Karpal kerana kesihatan serta kedudukannya sebagai ahli Parlimen.

Gobind Singh berkata, jika beliau dijatuhkan hukuman penjara dan denda melebih RM2,000, Karpal akan kehilangan haknya sebagai ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Tiada ulasan: