Jumaat, 4 April 2014

Kompleks Silveritage Jadi Pusat Pelancongan, Komersil

Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) telah merancang untuk menaik taraf dan melaksanakan penjenamaan semula Kompleks Silveritage Galleria di Medan Gopeng.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohd Zahir Abdul Khalid berkata, kompleks itu akan dijadikan pusat pelancongan dan komersil kerana lokasinya yang strategik, terletak di pintu masuk utama ke Bandaraya Ipoh.
Berucap menggulung perbahasan titah ucapan perasmian Pemangku Raja pada Sidang DUN hari ini, beliau memberitahu, antara komponen utama yang akan dibangunkan di kompleks itu ialah lot komersial untuk syarikat teras (anchor), ruang komersial untuk demonstrasi kraftangan, pusat rekresasi keluarga dan galeri seni.
Beliau menjelaskan, penyediaan konsep bangunan telah hampir disiapkan dan seterusnya akan dinilai secara teknikal untuk kelulusan.
Menurut Zahir, projek menaik taraf kompleks tersebut dianggarkan menelan belanja sebanyak RM20 juta dan akan mengambil masa selama setahun untuk disiapkan.

Tiada ulasan: