Ahad, 28 September 2014

Saya Cuma Tukar Agama,Tidak Tukar Bangsa” - Sophea Ng


Jawapan Sempoi ..“Saya Cuma Tukar Agama,Tidak Tukar Bangsa” - Sophea Ng, 佩琼



Saya Cuma Tukar Agama,Tidak Tukar Bangsa” - Sophea Ng, 佩琼。


Alhamdulillah.. bertambah seorang lagi saudara seagama kita.Admin tabik dan hormat pada beliau.baca apa yg dia tulis tentang nama cina pada IC tapi agama islam.

Assalammualaykum to my dearest readers

Ok today.. my blog is regarding my name.
last month I went to collect my identity card from JPN. Alhamdulillah , it was done after such a long process.
Then..suddenly I recall an incident that happened when I was attending a talk regarding Shalat. This talk was registered by my boss from my working place ( All Praise to Allah, my boss sayang me so much and she reserved this ceramah agama seat for me )


So I was searching my name on the attendance sheet…… and I found this :
Sophea Ng bt Abdullah
Hmm…. Since when my father become Abdullah?
Then I took my pen and draw a line on the name, and I wrote my name beside it — Ng Pooi Kheng.
And then there was a pretty lady ( the person incharged of the attendance ) looked at me with a very unusual eye sight and asked :
“ ni ke nama betul?”
“ya Cik , ni nama saya.” I answered.
“eh.. betul ke ?” she asked again.
“ ya Cik.” I answered again , with a big wide smile *wink* ,


xxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxx
Hmmm….. lots people still dunno that it is not compulsory to change the name after someone embrace Islam.
I was once asked by someone :
XX :“ tahniah dah masuk Islam.. nama baru ?”
ME : “oh… saya takde nama baru.”
XX : “yang orang lain dok panggil Sophea tu?”
ME : “ooh tu nama panggilan. Dalam IC tak tukar.”
XX : “ekk apasal pulak? Kena lah tambah bt Abdullah kat belakang.”
ME : “yea boleh kalau nak tambah BT ABDULLAH.. tapi kalau x tambah pun takpe. Tak wajib.”
XX : “ ehhh kenalah tambah. Ng Pooi Kheng tu nama orang cina. Dah masuk Islam kena tukar nama , baru lar orang lain tau dah tukar agama.”
ME : “ Saya tukar agama , tapi saya tak tukar bangsa.”

Don’t worry , I answered it in a very nice way and smile of course… *ngeeee*


xxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ng is my surname — 黄 (huang2)
Pooi Kheng is my name — 佩琼 (pei4 qiong2)
My name roughly means — fine , nice, good things and happiness.
For me…it might not be an Islamic name. but my name was given by my parents. It is just like the first gift they gave me when I was born. I appreciate my name so much.
And again.. embraced Islam doesn’t mean I turn myself into a Malay or Arabian. Not to be racist, but I am sure all of us are proud of our own blood. Same goes to me. I was a Chinese, and the only thing changed is… I am now a Chinese Muslim ( Allah is the Greatest)
Islam is a peaceful religion, that teach and guide us towards the right pathway.
The beauty of Islam should be seen through our attitude , personality , our life , our heart and our soul…. Not through our name.


But anyway…. You can still call me anyway u like.. depends on how close we are
Ng , Angie , Sophea , Sophy , ah kheng , pooi kheng, kheng kheng….et c. hehehe if we are close enough , no matter how u called me , I will sure recognize you
that’s all I want to share.

Chinese is my root ; Islam is my way of life.
forgive me if my sentences offended anyone. Allah knows the Best.

Lots of love
Wa’laykumussalam
Regards,
Sophea Ng, 佩琼。
Kisah Sedih Seorang Suami Yang Hanya Bergaji RM3000 Sebulan - 30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan?" Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..
setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..
Keesokannya, pagi Sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dengan modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..
Sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila ke depan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata, "bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hingget"
...Suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak.
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik ke rumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar lalu minta singgah di kedai makan untuk makan malam...Sang ayah kesiankan dengan rengekan anak, singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dengan membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.
Keesokannya hari Ahad...isteri suruh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnya pula beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...
Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..
suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dengan sinis "kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...kalau ajak balik kampung saya jer abang kata takde duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abang ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami. Nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yang sebenar nanti disalahkan balik.
Senyum & simpati saya pada isteri dan suami sama2 bekerja. Namun kerja rumah dia yg buat dari memasak, membasuh, menyediakan makan pakai, mengurus anak2. Suami tolong sikit2 sahaja. Akhirnya dia jadi penat dan letih. Sampai tak boleh sentiasa muka manis depan suami. Sampai dia biasa tinggi2kan suara pada suami...letih..penat..tension...
Suami kena faham agama & faham apa yg Nabi ajar.
Isteri kena faham agama & faham apa yg Nabi ajar.
Bukan ikut budaya Melayu.. isteri buat kerja bagai nak rak, suami duduk relax. Atau isteri buat banyak sgt kerja, suami tolong sikit2... Lepas tu masam muka pada suami yg hakikatnya Nabi dah cakap org yg masam muka pada suami ini, Allah melaknat dia sampai dia berbaik dgn suaminya kembali...
Sebab tu perempuan yg baik ialah perempuan yg bila suaminya memandang dia, suami dia akan rasa senang & bahagia.
Terasa rjin pulak jari nak menaip. Bukan apa sebab tak ada kerja nak buat. Kadang-kadang menulis boleh release sedikit stress dalam jiwa dan menulis boleh buat seseorang gembira. Tajuk kali ni agak complicated sebab melibatkan wanita. Kenapa complicated? Sebab wanita memang complicated hehe. Zaman sekarang ni memang susah nak jumpa perempuan atau isteri atau lebih spesifik ibu duduk di rumah jadi surirumah. Mungkin dia minat bekerja ataupun nak bantu suami dalam menguruskan pendapatan isi rumah.
Bila perempuan bekerja maka dia ada duit bila ada duit ada sikit kuasa. Bila ada sikit kuasa ada sikit ego. Dalam rumah tangga duit adalah satu faktor yang buat rumah tangga berjalan seperti biasa. Jangan tipulah cakap takde duit rumah tangga tak goyang. Bila isteri ada duit sendiri maka dia akan cuba buat keputusan sendiri sebab dia dah ada sedikit kuasa. Ni saya cakap bukan pada semua wanita mungkin segelintir. So bila suami buat salah sikit maka dia dah lupa dia tu seorang isteri yang patut taat. Ni belum masuk lagilah yang gaji lebih besar dari suami. Memang suami tu dia tak berapa nak heran. Selagi dia nak maki dia suka-suka maki. Kadang-kadang ada je yang nak tentukan apa yang suami boleh buat dan tak boleh buat (queen control). Sepatutnya suami yang bagi arahan ye dak? So kat situ isteri dah boleh jatuh nusyuz sebab ingkar.
Ni antara sebab kenapa Rasulullah galakkan perempuan duduk di rumah. Bukan tak bagi perempuan pergi keluar bekerja tapi sebagai peringatan pada kita yang belum pernah kena. Mungkin tak semua wanita akan jadi nusyuz dan mungkin ada kesan-kesan lain yang kita tak nampak contohnya terlupa tanggungjawab untuk sediakan makan pakai suami ataupun kurangnya sikap hormat si isteri pada suami. Semua tu penting sebab Syurga seorang isteri ada pada suaminya selagi suaminya menjaga dia dengan elok. Alhamdulillah isteri saya bagus even tak sempurna tapi dia best!

Rabu, 6 Ogos 2014

KISAH DI SEBALIK AWEK MUDA PANJAT BANGUNAN UNTUK GAZA & MH17



KISAH DI SEBALIK AWEK MUDA PANJAT BANGUNAN UNTUK GAZA & MH17 | Beberapa keping gambar seorang gadis lengkap berpakaian Muslimah dan bertudung di atas sebuah pencakar langit dengan memegang mesej keamanan di Gaza berjaya mencuri perhatian ramai untuk tempoh 24 jam yang lalu dan ramai yang bertanyakan sama ada ianya benar diambil dari sudut bangunan tinggi atau sekadar helah suntingan Photoshop.

Jurugambar Keow Wee Loong menceritakan pengalaman beliau memanjat sebuah bangunan yang enggan didedahkan lokasinya di Kuala Lumpur bersama seorang gadis bernama Fatin Ilani.



Keow Wee Loong mendedahkan yang beliau terkejut dengan keputusan gadis itu untuk bersama memanjat kerana berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini, kebanyakan mereka yang mengikuti beliau sangat takutkan ketinggian namun ianya berbeza dengan Fatin Ilani.

Fatin Ilani yang turut dutemubual berkata beliau bersetuju untuk menyertai aktiviti ini hanya kerana Keow Wee Loong yang juga merupakan jurugambar rasmi untuk ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan tidak akan sesekali bersetuju jika diajak orang lain.

“Saya pun tidak percaya yang saya mampu untuk memanjat sampai ke puncak,” ujarnya yang turut memberitahu ‘pendakian’ mengambil masa 45 minit dan dilakukan dalam persalinan kebaya penuh.

Fatin Ilani berkata tindakan beliau itu adalah sebagai respons kepada perhimpunan Save The Children Of Gaza yang dianjurkan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu yang mana beliau melihat ramai anak muda turun hanya untuk mengambil gambar bersama selebriti sebelum terus meninggalkan lokasi.

Kami puji keberanian gadis ini untuk memanjat pencakar langit demi menyampaikan mesej positif kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia. Wajar dicontohi dan bukan hanya berani melaungkan pendirian di laman sosial tanpa tindakan.

Jumaat, 1 Ogos 2014

Dr Mahathir masih sokong sekatan Internet walaupun blog disekat di Facebook

Dr Mahathir Mohamad tidak peduli betapa sucinya hak kebebasan dan berasa sudah tiba masanya kerajaan Malaysia menapis Internet. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Ogos, 2014.Walaupun rangkaian blog Tun Dr Mahathir Mohamad disekat di laman sosial Facebook, beliau masih mengulangi gesaan agar Putrajaya mengenakan sekatan Internet kerana kesan negatifnya mampu menggugat kestabilan moral awam.

Bekas perdana menteri itu berkata,  Internet memainkan peranan penting mencemarkan moraliti awam dan sebarang bentuk kebebasan akan mengundang risiko salah guna terutamanya melibatkan "hal-hal moral"."Saya tak peduli betapa sucinya hak kebebasan tetapi saya rasa sudah tiba masanya bagi kerajaan Malaysia menapis Internet," katanya dalam tulisan diblognya www.chedet.cc hari ini.
Beliau yang juga bekas presiden Umno itu berkata, semasa menjadi perdana menteri pada mulanya berasa tidak perlu mengenakan sekatan Internet, tetapi apabila membayangkan kesannya kepada masyarakat awam menyebabkannya hari ini berubah fikiran."Internet berperanan besar dalam menggugat moraliti awam. 

Anak-anak kita tidak selamat daripada unsur lucah daripada media cetak dan elektronik."Hari ini setiap kanak-kanak boleh mengakses kepada bahan pornografi. Mereka tidak lagi selamat daripada gangguan seksual."Begitu juga terhadap anak muda lelaki dan perempuan apabila Internet membangkitkan perasaan yang kita kekang sebelum ini,"katanya.

Dr Mahathir semasa memimpin negara bersetuju Malaysia tidak perlu menyekat Internet kerana sebahagian daripada syarat yang dikenakan pelabur luar dan syarikat teknologi besar untuk membantu negara membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dilancarkan pada pertengahan 1990-an.Blog chedet.cc pada minggu lalu disekat daripada diakses masuk ke dalam akaun Facebook miliknya selepas beliau menyiarkan artikel 'The Jews' yang menyentuh isu Yahudi dan peperangan di Gaza antara Palestin-Israel.

Menurut Dr Mahathir, beliau sudah menukar "server" dan "platform" sebanyak tiga kali tetapi cubaan menyekat blognya masih ada, belum termasuk spam dan virus yang menyerang blog.Beliau berkata, terpulang kepada kerajaan melaksanakan sekatan kerana pengendali dan pemilik server juga memainkan peranan sama apabila mereka kadang kala diarahkan mengikut telunjuk politik."Tidak ada kebebasan dalam media alternatif. 

Kerajaan dan pemilik server dan rangkaian lain boleh menyekat media," katanya.Beliau berkata, tindakan itu jauh lebih murah dan mudah media elektronik dan akhbar yang berkhidmat di bawah lesen kerajaan."Saya rasa tiba masanya kita berhenti berccakap tentang kebebasan media. Mengakulah bahawa sebarang bentuk akhbar cetak perlu ditapis."Dr Mahathir berkata, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebelum ini sering melaungkan perjuangan hak mereka tetapi masyarakat memaksa mereka menyembunyikan kecenderungan luar tabii."Sekarang LGBT diterima dan masyarakat normal juga terpengaruh dengan amalam mereka yang dilahirkan serba kekurangan."Paling teruk terdapat agama yang melanggar perintah larangan terhadap seks songsang semata-mata mahu dilihat tidak ketinggalan zaman," katanya.

Dr Mahathir berkata, sumbang mahram, seks kanak-kanak, seks luar tabii dengan haiwan, parti liar, dan bermacam lagi amalan yang masih lagi dianggap salah pada masa ini tidak mustahil akan menjadi sebahagian perjuangan ekspresi terhadap kebebasan dan kesamarataan.

"Semua ini bermula daripada Internet," katanya. – 1 Ogos, 2014.

Rabu, 9 Julai 2014

EKSKLUSIF !!! KISAH BENAR SEJARAH KONGSI GELAP MELAYU DIDEDAHKAN !!!




Ramai yang menganggap bahawa kongsi gelap atau pertubuhan rahsia dikalangan orang Melayu hanya bermula apabila orang-orang Melayu menyertai kongsi gelap Cina yang sedia ada selepas Merdeka.Namun begitu ada catatan sejarah yang menunjukkan bahawa orang-orang Melayu telah mempunyai pertubuhan rahsia sendiri sejak dari tahun 1850-an.Penglibatan orang-orang Melayu di dalam pertubuhan rahsia telah dicatatkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang (1851-1856) J.D. Vaughn.Melalui risikan beliau,ia menunjukkan bahawa kebanyakkan daripada ahli-ahli pertubuhan rahsia ini adalah mereka yang berpengaruh di dalam komuniti kampung orang-orang Melayu.Ini termasuk Imam-imam Masjid,guru-guru agama,pekerja kerajaan dan juga ketua-ketua kampung.Pertubuhan Rahsia Melayu amat berkait rapat dengan pertubuhan rahsia orang Cina pada satu ketika dimana mereka akan menjalankan perniagaan sebagai rakan kongsi bersama-sama.Ini menunjukkan bahawa kekuatan orang Melayu pada ketika itu tidak dipandang enteng oleh ketua-ketua kongsi Cina kerana mereka begitu berminat untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan rahsia Melayu.Terdapat teori yang mengatakan pertubuhan kongsi gelap Melayu adalah berasal dari kongsi gelap Cina,namun teori ini tidak dapat dipastikan dengan jelas. 

Namun sekalipun ianya berasal dari kongsi Cina,kuasa yang dipegang oleh orang Melayu pada ketika itu sememangnya digeruni oleh semua.Pada era 1850-an hanya dua pertubuhan rahsia Melayu yang dikenali dan amat popular dikalangan penguatkuasa British,iaitu Kumpulan Bendera Merah dan Kumpulan Bendera Putih.Kedua-dua kumpulan ini menjadikan masjid dan surau sebagai tempat perjumpaan dan perbincangan mereka.Perkara ini amat ditakuti oleh Kerajaan British kerana ianya bakal menguatkan lagi orang Melayu untuk menentang mereka.Walhal pada dasarnya pertubuhan rahsia Melayu ini adalah berteraskan dari sudut ekonomi dan survival orang Melayu di Pulau Pinang. Pertubuhan rahsia orang Melayu bukan sahaja ada di Pulau Pinang,malah terdapat juga pertubuhan-pertubuhan yang tidak berdaftar yang wujud di negeri-negeri seperti Kedah,Johor,Pahang,Perak dan Melaka. Namun begitu kebanyakkan pertubuhan-pertubuhan ini adalah berasaskan sekolah-sekolah persilatan. Silat merupakan medium utama penyatuan bangsa Melayu pada ketika itu kerana ianya diperlukan untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.

Di sinilah berkembangnya semangat perpaduan di kalangan orang Melayu kerana pada ketika itu penguatkuasaan undang-undang yang diperolehi dari penjajah British adalah tidak memadai dan selalunya berat sebelah.Setelah beratus tahun pertubuhan rahsia Melayu ditubuhkan, kita tidak tahu samada ianya masih lagi wujud hingga kini atau tidak.Ini kerana apa yang kita dapat lihat sekarang adalah pertubuhan baru yang tidak dapat dipastikan keasliannya.Mungkin ianya ada kaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dahulu atau mungkin juga tidak.Sejak dari tahun 1957 apa yang kita sering dengar adalah ramai anak-anak Melayu yang bertuankan kongsi-kongsi Cina pula.Perkara ini amat memalukan kerana anak-anak Melayu yang menyertai kongsi gelap Cina dianggap tidak lebih dari “kuli” atau “khadam” yang menjalankan tugas-tugas kotor untuk “boss”mereka.Selebihnya adalah kumpulan-kumpulan Melayu yang berlagak seperti samseng walhal mereka tidak langsung mempunyai apa-apa kekuatan dari sudut ekonomi mahupun kekuatan anggota sepertimana yang pernah dikecapi oleh kumpulan Bendera Merah dan Bendera Putih pada tahun 1850-an dahulu.

Apa yang pasti,dengan tekanan yang diterima oleh orang Melayu Semenanjung pada ketika ini, tidak mustahil kumpulan-kumpulan seperti Bendera Merah atau Putih ini akan muncul semula. Orang Melayu semakin hari semakin ditindas oleh bangsa lain.Keupayaan untuk berniaga pun dihadkan oleh sesetengah penguasa negeri.Mungkin sudah tiba masanya untuk orang Melayu bangkit dan menghadapi masalah ini dengan berani.Apa yang penting ialah maruah dan kesinambungan legasi orang Melayu wajib dipertahankan, walau dengan apa jua keadaan sekalipun.