Rabu, 1 Oktober 2014

Seorang ketua kampung terbunuh manakala penolongnya cedera setelah ditemba


Seorang Mati, Tujuh Cedera Dalam Kejadian Keganasan Di Yala Dan Pattani





PATTANI 1 Okt -  Seorang ketua kampung terbunuh manakala penolongnya cedera setelah ditembak dengan raifal oleh orang tidak dikenali ketika mereka sedang menaiki sebuah trak pikap di Daerah Muang hari ini.

Ketua Polis Daerah Muang Pattani Tuandir Juthanontb berkata ketua kampung yang maut itu Manasir Matroh, 40, dan penolongnya yang cedera Matsukree Salama, 28.

Kedua-dua mangsa dari kampung Klong Maning.

Katanya pada kejadian pukul 1.30 tengah hari di Jalan A18 Kampung Ban Dee, Mukim Berahom itu, trak pikap yang dinaiki kedua-dua mangsa diekori sebuah kenderaan dan sebaik menghampiri trak berkenaan, beberapa das tembakan dilepaskan ke arah mangsa.

Beliau berkata polis menemui lebih 20 kelongsong peluru AK 47 di tempat kejadian.

Terdahulu, di Wilayah Yala, enam anggota tentera cedera dalam kejadian letupan bom di Kampung Paeceng, Mukim Purong, Daerah Krong Pinang pada jam 7.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Krong Pinang Pol. Col. Wasan Puang-noi berkata bom buatan sendiri seberat 3kg itu dipasang di dalam kotak besi dan ditanam dalam kebun getah.

Ia diletupkan menggunakan telefon bimbit ketika lapan anggota tentera itu sedang meronda dalam kawasan kebun getah tersebut.


Empat jam tidur atas pokok kelapa



SALIMIN berbaring di atas pelepah kelapa kerana merajuk dengan tindakan isterinya di Jalan Sinarut Lama, Ranau semalam.

RANAU - Gara-gara merajuk dengan isteri yang membebel kerana dia tidur di ruang tamu rumah, seorang warga emas membawa hati dengan memanjat pokok kelapa setinggi sembilan meter sebelum tertidur di atasnya selama empat jam dalam kejadian di Jalan Sinarut Lama dekat sini semalam.
Sebelum kejadian pukul 8 pagi itu, pesawah yang dikenali sebagai Salimin, 76, dikatakan merajuk dengan isteri yang memarahinya tidur di ruang tamu rumah.

Difahamkan, isterinya yang dikenali sebagai Ratini, 70, memarahi suaminya kerana ketika itu wanita itu sedang membersihkan rumah dan meminta suaminya berbaring di tempat lain.
Selepas bertengkar beberapa ketika, pesawah itu terus meninggalkan rumah manakala si isteri yang merupakan seorang suri rumah memerhatikan sahaja kelakuan suaminya.

Namun, ketika melihat suaminya menuju ke arah sepohon pokok kelapa yang tinggi berdekatan rumah dan dia mula memanjat pokok itu, si isteri cemas. Wanita itu lalu mengejar dan memujuk suaminya supaya tidak meneruskan hajatnya.

Salimin yang masih hangat hati tidak menghiraukan pujukan isterinya malah dia terus memanjat sehingga ke pelepah sebelum berbaring di celahnya.

LELAKI DITANGKAP SEDANG LAPAH LEMBU CURI

LELAKI DITANGKAP SEDANG LAPAH LEMBU CURI



Hari Raya Korban semakin dekat.. Permintaan terhadap daging lembu pun akan makin meningkat. Kalau nak tahu, masa ni lah otak si pencuri-pencuri mula berhubung untuk membuat duit mudah dengan mencuri lembu orang.



Antara pencuri itu adalah dua orang dalam gambar yang telah ditangkap oleh orang kampung ketika sedang melapah lembu yang dicuri di kawasan semak.

Pandai pulak diorang ni melapah lembu.. Tapi sayangnya skill tu di guna dengan cara tak elok macam ni.




Ini Bukti PASMA Perancangan PKR dan Geng Anwar Dalam PAS


Ini Bukti PASMA Perancangan PKR dan Geng Anwar Dalam PAS

Saya pernah menulis perancangan PASMA ini dalam feacebook dan pada awalnya orang tak percaya kerana saya sebut nama-nama mereka yang terbabit adalah "orang kuat" PAS dan PKR. Katanya fitnah. Saya butirkan setiap perancangan mereka kerana kawan saya adalah orang kuat dalam hal ini antara perancang.

Mereka yang merancang PASMA ini mempunyai sumber kewangan yang sangat kukuh. Jangan tanya saya dimana wang ini diperolehi?? Hanya saya boleh sebut Selangor satu satu sumber wang yang baik kepada mereka.

Mereka bersunguh-sungguh untuk jatuhkan kepimpinan Ulama PAS termasuk Presidennya. Gerakan ini telah dilancarkan secara halus begitu lama sehingga ramai yang sudah "termakan" dan sukar untuk golongan PAS yang benar atau ulama nak baiki minda mereka ini yang memang merasakan kepimpinan ulama sudah ketinggalan.

Mereka sudah merangka pelan sangat baik untuk Muktamar ke-61 dan jangan hairan kepimpinan ulama dalam PAS akan tinggal sebagai kenangan sahaja.

Sebab apa saya kata macam itu, sebab mereka ini guna apa cara sekali pun untuk tujuan ini semada baik atau buruk persis seperti carakerja umno (maaf saya sebut).

Sekarang PASMA dilancarkan di Besut dan gambar di atas adalah menjawab tulisan saya yang lalu. PKR telah digerakkan untuk kawasan PAS kuat.

Saya perturunkan semula tulisan saya pada JUN 2014 lalu. Semasa saya menulis perkara ini nama PASMA masih belum wujud. Orang pun tak nak baca. Tapi semua perancangan yang saya tulis sedang dilakukan dengan peruntukkan besar yang akan didedahkan kemudian.

...............

Saya diberitahu oleh seorang kawan bahawa ada pertemuan beberapa pimpinan PKR dan pimpinan PAS yang pro kepada Anwar di KL. Pertemuan ini telah merangka beberapa perkara strategi untuk memastikan beberapa perkara antara lain ialah memastikan Pakatan Rakyat kekal sehingga PRU-14 dan juga memastikan pengaruh Presiden PAS tidak kuat kepada akar umbi.

Pertemuan ini juga mencadangkan antara beberapa agenda yang berbentuk jangka pendek dan jangka panjang sehingga Muktamar PAS ke-61 iaitu 2015.


Pada pendedahan kali kawan saya hanya memberi fokus kepada cadangan menubuhkan satu persatuan yang dinamakan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA).

pertubuhan ini memberikan sasaran untuk menghalang PAS meninggalkan PR dan membesarkan momokan PAS akan bekerjasama dengan UMNO bagi tujuan rakyat bawahan yang pro Pakatan Rakyat akan merasai curiga kepada kumpulan atau groups ulama dan mereka yang berkecenderungan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat.

Kawan saya menyebut antara yang akan dilakukan:-

1. Siri pertemuan PASMA di seluruh negara.
2. Memberikan bantuan secara kewangan dan kemudahan kepada pengerak PasMa
3. Melobi perwakilan yang akan ke Muktamar PAS ke-60 (jangka masa pendek) dan ke-61 (jangka masa panjang)
4. mengerakkan blogger (blog) dan facebooker (facebook dan whatsapp) untuk menyerang kumpulan konservatif dalam PAS (geng ulama)
5. memastikan imej Presiden PAS jatuh dan menggalakan pengkritikan secara terbuka di media sosial SERTA akhbar.

Saya juga diberikan nama-nama mereka yang mengadakan pertemuan tersebut. Tapi buat masa ini saya simpan dan ingin melihat komen anda di facebook. 

Selasa, 30 September 2014

3 Rekod Dunia Yang Dipegang Oleh Bahtera Nabi Nuh a.s



13 Rekod Dunia Yang Dipegang Oleh Bahtera Nabi Nuh a.s

13 Rekod Dunia Yang Dipegang Oleh Bahtera Nabi Nuh a.s | Berikut ialah sedikit info mengenai Nabi Nuh a.s dan Bahtera yang dibina olehnya. Dalam kisah-kisah para anbia yang selalu kita baca, Allah memerintahkan Nabi Nuh a.s untuk membuat bahtera. Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh a.s mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang di tanam selama 40 tahun. Melalui wahyu-Nya, Allah SWT membimbing Nabi Nuh membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan ribut taufan dan banjir besar. Bahtera yang dibina Nabi Nuh a.s juga dikatakan telah memegang beberapa rekod dunia, seperti berikut..

1. Nabi Nuh Merupakan Nahkoda Tertua Di Dunia (berusia 600 thn).

- Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi Nuh diutus kepada kaumnya ketika berumur 480 tahun. Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad. Dia mengharungi banjir ketika beliau berumur 600 tahun dan kemudian setelah banjir beliau hidup selama 350 tahun.

2. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Terbesar Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu.

- Ibnu Abbas menceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, dia menjawab dia meninggal pada usia muda kerana ketakutannya terhadap banjir. Ia berkata bahawa panjang kapal Nabi Nuh a.s adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan.

3. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia.

- Allah mengajar Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Bahtera Nabi Nuh a.s dianggap sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia.

4. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu.

- Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang beliau tanam selama 40 tahun.

5. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Bertingkat Pertama Di Dunia (3 tingkat).

- Panjang kapal Nabi Nuh adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan. Tingkat pertama diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan, tingkat kedua ditempatkan manusia dan tingkat ketiga untuk burung-burung.

6. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Belayar Yang Tertinggi Dari Dasar Laut.

- Menurut Al Qur’an, bahtera Nuh telah mendarat di Bukit Judi. Ada pendapat yang menunjukkan suatu gunung di wilayah Kurdi atau tepatnya dibahagian selatan Armenia, ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, bukit tersebut terletak di wilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang oleh orang-orang Arab disebut sebagai Jazirah Ibnu Umar (Tafsir al-Mishbah).

7. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Anti-Taufan Dan Banjir Pertama Di Dunia.

- Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir.

8. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Pertama Yang Berlayar Tanpa Kompas.

- Setelah bahtera itu disiapkan, Kitab Kejadian (buku pertama di dalam AlKitab dan Taurat) menggambarkan bahawa air menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.

9. Bahtera Nabi Nuh Dinakhodai Oleh Bukan Ahli Laut.

- Nabi Nuh adalah seorang nabi yang diceritakan dalam Taurat, Al-kitab, dan Al-Quran. Nabi Nuh a.s diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM. Dikatakan beliau tinggal di wilayah Selatan Iraq moden.

10. Bahtera Nabi Nuh Adalah Satu-Satunya Kapal Dengan Penumpang Paling Sedikit Pertama Di Dunia.

- Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pegunungan Ararat, ia kemudian membangunkan satu kota di daerah Ararat (Qarda) disebuah kawasan termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut sebagai Themanon (Kota delapan Puluh) kerana kota tersebut dibangunkan oleh orang yang beriman berjumlah 80 orang.

11. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengangkut Binatang Berpasangan Terbanyak Di Dunia.

- Nuh memiliki 4 anak laki-laki: Kan’an, Sem, Ham, dan Yafet. Menurut kitab Kejadian, pada waktu terjadinya air bah yang menutupi seluruh bumi; hanya beliau sekeluarga (isterinya, ketiga anaknya, dan ketiga menantunya) dan binatang-binatang yang ada di dalam bahtera Nuh yang selamat dari air bah tersebut.

12. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Satu-Satunya Kapal Yang Mendarat Di Gunung.

- Berdasarkan foto yang diambil dari gunung Ararat, menunjukkan sebuah perahu yang sangat besar dikatakan memiliki luas 7.546 kaki dengan panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki dan masih ada tiga tingkat lagi diatasnya.

13. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengharungi Banjir Paling Lama Di Dunia.

- Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air yang menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut. Nuh menunggu hingga bumi benar-benar kering sebelum membuka pintu bahtera.

p/s: Wallahualam.... 

AsSalamualaikum…

AsSalamualaikum…
Buat semua pengunjung blogs ini, saya ucapkan terima kasih yg tak terhingga sbb sentiasa menjenguk blogs ini walau ia hanya blogs yg sgt2 tidak sempurna… penuh kelemahan spt kelemahan saya sendiri..

Aku sudah menangis, meminta maaf



Orang Kaya Dan Orang Miskin

Jalan di situ berlopak-lopak besar, terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio Perak, sekejap Kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.
Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor. Kelihatan beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.
Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma di depan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.
Ada sebuah jeti buruk di situ. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini. Tolol!
Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.
“Nak apa?!”
Dia terketar terkejut, sedikit berundur.
“Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta..”
Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!
“Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!”
Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.
Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial!
Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!
“Sudah nak!!” Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.
“Kenapa ni? Gila?!”
“Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit,” dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.
Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah.
Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku meluat melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi berlagak seperti fakir. Mungkin..
Dengan rasa ragu, aku menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.
“Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?”
Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu per satu, perlahan-lahan dan terketar.
Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.
“Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula, nak.”
Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.
“Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati.”
Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.
Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.
Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.