Ini Bukti PASMA Perancangan PKR dan Geng Anwar Dalam PAS
Saya pernah menulis perancangan PASMA ini dalam feacebook dan pada
awalnya orang tak percaya kerana saya sebut nama-nama mereka yang terbabit
adalah "orang kuat" PAS dan PKR. Katanya fitnah. Saya butirkan setiap
perancangan mereka kerana kawan saya adalah orang kuat dalam hal ini antara
perancang.
Mereka yang merancang PASMA ini mempunyai sumber kewangan yang
sangat kukuh. Jangan tanya saya dimana wang ini diperolehi?? Hanya saya boleh
sebut Selangor satu satu sumber wang yang baik kepada
mereka.
Mereka bersunguh-sungguh untuk jatuhkan kepimpinan Ulama PAS
termasuk Presidennya. Gerakan ini telah dilancarkan secara halus begitu lama
sehingga ramai yang sudah "termakan" dan sukar untuk golongan PAS yang benar
atau ulama nak baiki minda mereka ini yang memang merasakan kepimpinan ulama
sudah ketinggalan.
Mereka sudah merangka pelan sangat baik untuk Muktamar ke-61 dan
jangan hairan kepimpinan ulama dalam PAS akan tinggal sebagai kenangan
sahaja.
Sebab apa saya kata macam itu, sebab mereka ini guna apa cara
sekali pun untuk tujuan ini semada baik atau buruk persis seperti carakerja umno
(maaf saya sebut).
Sekarang PASMA dilancarkan di Besut dan gambar di atas adalah
menjawab tulisan saya yang lalu. PKR telah digerakkan untuk kawasan PAS kuat.
Saya perturunkan semula tulisan saya pada JUN 2014 lalu. Semasa
saya menulis perkara ini nama PASMA masih belum wujud. Orang pun tak nak baca.
Tapi semua perancangan yang saya tulis sedang dilakukan dengan peruntukkan besar
yang akan didedahkan kemudian.
...............
Saya diberitahu oleh seorang kawan bahawa ada pertemuan beberapa
pimpinan PKR dan pimpinan PAS yang pro kepada Anwar di KL. Pertemuan ini telah
merangka beberapa perkara strategi untuk memastikan beberapa perkara antara lain
ialah memastikan Pakatan Rakyat kekal sehingga PRU-14 dan juga memastikan
pengaruh Presiden PAS tidak kuat kepada akar umbi.
Pertemuan ini juga mencadangkan antara beberapa agenda yang
berbentuk jangka pendek dan jangka panjang sehingga Muktamar PAS ke-61 iaitu
2015.
Pada pendedahan kali kawan saya hanya memberi fokus kepada cadangan
menubuhkan satu persatuan yang dinamakan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia
(PASMA).
pertubuhan ini memberikan sasaran untuk menghalang PAS meninggalkan
PR dan membesarkan momokan PAS akan bekerjasama dengan UMNO bagi tujuan rakyat
bawahan yang pro Pakatan Rakyat akan merasai curiga kepada kumpulan atau groups
ulama dan mereka yang berkecenderungan untuk meninggalkan Pakatan
Rakyat.
Kawan saya menyebut antara yang akan
dilakukan:-
1. Siri pertemuan PASMA di seluruh negara.
2. Memberikan bantuan secara kewangan dan kemudahan kepada pengerak
PasMa
3. Melobi perwakilan yang akan ke Muktamar PAS ke-60 (jangka masa
pendek) dan ke-61 (jangka masa panjang)
4. mengerakkan blogger (blog) dan facebooker (facebook dan
whatsapp) untuk menyerang kumpulan konservatif dalam PAS (geng
ulama)
5. memastikan imej Presiden PAS jatuh dan menggalakan pengkritikan
secara terbuka di media sosial SERTA akhbar.
Saya juga diberikan nama-nama mereka yang mengadakan pertemuan
tersebut. Tapi buat masa ini saya simpan dan ingin melihat komen anda di
facebook.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan