Rabu, 1 Oktober 2014

Seorang ketua kampung terbunuh manakala penolongnya cedera setelah ditemba


Seorang Mati, Tujuh Cedera Dalam Kejadian Keganasan Di Yala Dan Pattani





PATTANI 1 Okt -  Seorang ketua kampung terbunuh manakala penolongnya cedera setelah ditembak dengan raifal oleh orang tidak dikenali ketika mereka sedang menaiki sebuah trak pikap di Daerah Muang hari ini.

Ketua Polis Daerah Muang Pattani Tuandir Juthanontb berkata ketua kampung yang maut itu Manasir Matroh, 40, dan penolongnya yang cedera Matsukree Salama, 28.

Kedua-dua mangsa dari kampung Klong Maning.

Katanya pada kejadian pukul 1.30 tengah hari di Jalan A18 Kampung Ban Dee, Mukim Berahom itu, trak pikap yang dinaiki kedua-dua mangsa diekori sebuah kenderaan dan sebaik menghampiri trak berkenaan, beberapa das tembakan dilepaskan ke arah mangsa.

Beliau berkata polis menemui lebih 20 kelongsong peluru AK 47 di tempat kejadian.

Terdahulu, di Wilayah Yala, enam anggota tentera cedera dalam kejadian letupan bom di Kampung Paeceng, Mukim Purong, Daerah Krong Pinang pada jam 7.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Krong Pinang Pol. Col. Wasan Puang-noi berkata bom buatan sendiri seberat 3kg itu dipasang di dalam kotak besi dan ditanam dalam kebun getah.

Ia diletupkan menggunakan telefon bimbit ketika lapan anggota tentera itu sedang meronda dalam kawasan kebun getah tersebut.

Tiada ulasan: