Ahad, 2 November 2014

Prebet Adam dan adiknya mangsa kekejaman dan kezaliman Sultan Johor



Baiklah, untuk penulisan kali ini, saya akan mengupas tentang prebet adam. Saya pasti, ramai rakan di luar sana langsung tidak tahu menahu tentang tuan empunya nama ini. Namun, inidividu inilah yang sebenarnya mendatangkan impak yang mendalam terhadap sejarah Malaysia terutama dalam soal keselamatan dalam negeri dan imuniti raja-raja.

Anda kenal kerabat diraja Johor? Tahukah anda, sultan johor adalah satu-satunya sultan yang tidak menggunakan baju melayu sebagai baju rasmi mereka ketika memerintah sebagai agong. Mereka sememangnya lebih mencontahi barat dari segi etika dan cara pemakaian. Tidak ada salahnya, hanya ingin menerangkankan sahaja. Namun ketahuilah bahawa kerabat diraja johor adalah yang paling warak dan alim dalam kebanyakan sultan di Malaysia. Malah, sultan johor dengan mudahnya dapat mengetahui sebarang bacaan yang salah sekiranya baginda dalam majlis bacaan quran. Baik, itu semua adalah kelebihannya.


Prebet adam merupakan seorang askar melayu pada masa tersebut. Amukan prebet adam sebenarnya berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik prebet adam merupakan seorang ‘caddy’ kepada sultan johor pada ketika itu. Saya kurang pasti siapa sultan Johor pada waktu tersebut namun adik prebet adam merupakan ‘caddy’ diraja. Anda tahu apa itu ‘caddy’? Untuk pengetahuan anda ‘caddy’ adalah penolong kepada pemain golf, individu yang bertanggungjawab mengangkat segala kayu-kayu golf si pemain.


Pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang bermain golf, adik prebet adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya kepada ‘caddy’ tersebut. Ketahuilah bahawa, kayu golf tersebut amat keras dan sememangnya boleh menjadi senjata sekiranya disalah gunakan. ‘caddy’ tersebut mati ditempat kejadian.

Disebabkan pada ketika itu raja-raja melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakanundang-undang. Setelah sampai ke pengetahuan prebet adam, maka apa lagi, mengamuklah si adam tersebut. Sekiranya ini berlaku kepada anda, apakah agaknya yang mampu anda lakukan untuk menarik perhatian semua? Anda tertindas dek undang-undang yang telah disalah guna dan yang paling malang, anda adalah mangsa penyalahgunaan undang-undang tersebut.

Pada malam 18 oktober 1987, prebet adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya. Prebet adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Pada mulanya, prebet adam telah pergi menembak di sebuah stsyen minyak esso disitu yang terletak berhadapan dengan Maybank. Nasib baik tidak meletup. Kemudian dia lari pergi menembak ala-rambo membuta tuli dan telah terkena sorang cina di hadapan Hankyu dan soeorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket. Yang peliknya, orang Malaysia sedikit pun tidak lari menyelamatkan diri mahupun meniarap ketika ditembak malah pergi mengikut mengejar prebet adam dari belakang sampai ke Kampung Baru. Jika di Amerika Syarikat, tentunya semua sudah menjerit, maklumlah, merekapenakut sebenarnya, haha~

Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chowkit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan dimerata bangunan disitu bagi mengesanprebet adam namun gagal. Cerdik juga prebet adam kerana dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran prebet adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelanh dikepung polis pun, prebet adam tetap enggan menyerahkan diri.

Akhirnya, kehadiran bos prebet adam yang berpangkat kolonel atau jeneral telah berjaya memujuk prebet adam dan kemudian dia pun ditahan. Bagi mengelakkan prebet adam bersuara dan mententeramkan situasi negara pada ketika itu, prebet adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.

Selepas daripada kejadian inilah Mahathir telah melakukan rombakan pada institusi diraja dimana sultan dan raja tidak lagi kebal. Namun, ianya mengambil masa yang agak lama kerana pembatalan kuasa imuniti raja-raja hanya berlaku pada 17Mei 1994, pada krisis kedua perlembagaan.
Sumber:http://jemaribebas.blogspot.com/2009/07/prebet-adam.html 
Sekian sahaja, sebarang komen amat dialu-alukan......

Sabtu, 1 November 2014

Mabul & Sipadan Umpama Syurga Sang Penyu




PULAU Sipadan dan Mabul cukup terkenal sebagai lokasi percutian popular di Sabah. Disebalik kecantikan pantai dan keindahan dasar lautnya yang merupakan syurga kepada penyelam, pasti ramai yang tidak mengetahui kedua-dua pulau ini turut dijadikan lokasi penetasan penyu.
 

Jadi, tidak salahlah jika kedua-dua pulau yang menjadi aset penting negara ini juga umpama syurga sang penyu untuk meneruskan kehidupan.
  
Pulau Sipadan mula berperanan sebagai tapak penetasan penyu sejak 1995 diikuti Pulau Mabul pada 2012. 
Kedua-dua pulau yang terletak di daerah Semporna ini boleh dikunjungi dengan menaiki bot.  Pulau Mabul dan Sipadan mempunyai pantai berpasir dan landai, sekali gus memudahkan penyu mendarat, mengorek pasir serta mengeram telur.

Kaedah menangkap penyu menggunakan tali.

Menurut Pensyarah Kanan Institut Penyelidikan Marin Borneo Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr P Pushpa, terdapat dua jenis penyu yang sering menetas di kedua-dua pulau ini,  iaitu penyu sisik dan hijau. 


"Faktor geografi di Pulau Mabul dan Pulau Sipadan sesuai untuk aktiviti penyu bertelur kerana kedua-dua pulau ini mempunyai kawasan pantai berpasir yang luas dan mampu menampung populasi penyu yang banyak pada satu-satu masa.

"Kawasan pantai yang agak landai ini memudahkan penyu untuk mendarat, mengorek pasir untuk bertelur, " katanya kepada mStar Online dalam temubual melalui kiriman e-mel baru-baru ini. 
Penyu hijau merupakan spesies yang sering bertelur di Pulau Mabul dan Sipadan. 


Beliau berkata, UMS dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) di bawah program Sciencefund (e-Science) turut menjalankan kajian dengan melekatkan penanda (tagging) kepada setiap penyu yang bertelur di kedua-dua pulau ini. 

Projek tersebut turut mendapat tajaan daripada Tabung Hidupan Liar Sedunia- Malaysia (WWF-Malaysia) serta Sabah Parks and Treasure Images Sdn Bhd.

"Kajian tersebut dijalankan selama dua tahun, bermula pada Mac 2010 hingga Februari 2012. Ia dijalankan untuk melihat kehidupan spesies penyu di Mabul dan Sipadan serta tempoh jangka hayat mereka..

"Pada 2013, satu lagi projek jangka panjang telah dilancarkan, projek ini bagi memantau spesies penyu di Pulau Mabul. Program tersebut diadakan dengan kerjasama Resort Mabul Uncle Chang.

"Program ini diadakan sebanyak dua kali, setahun. Program pertama dikenali sebagai 'Sambutan Hari Penyu Sedunia Mabul ' yang diadakan pada 23 Mei setiap tahun sementara program 'Sambutan Hari Penyu bagi Penyelam Borneo Mabul' merupakan anjuran Borneo Divers and Sea Sports (Sabah) Sdn Bhd diadakan pada November setiap tahun," katanya. 

Fahami agenda Kristian Evangelis



Baru-baru ini, seorang bekas menteri Melayu zaman TunDr Mahathir Mohamad jemput Kunta Kinte ke pejabat diasebab ada seorang rabbi nak jumpa dia. Rabbi adalah ketua agama Yahudi.Lebih kurang macam tok imam kita. Jadi kita pun jumpa dan bincang satu dua hal macam perdamaian di TimurTengah, rampasan tanah orang Palestin oleh peneroka Yahudi dan siapa dalangnya.
Kita juga bincang kemungkinan orang Islam dan Yahudi kerjasama wujudkan piawaian halal/kosher di negara- negara Eropah Timur di mana orang Islam dan Yahudi adalah minoriti. Bekas menteri itu kata, walaupun Presiden Barack Obama bukan kulit putih tapi dia pun tak berapa berminat dan tak berjaya bawa keamanan kepada Timur Tengah, khususnya antara Israel dengan negara-negara Arab.
Rabbi dari California, Amerika Syarikat itu kata, yang tentukan sama ada Israel dan Palestin berperang atau berdamai bukan orang Islam atau Yahudi. Juga bukan Israel atau negara-negra Islam. Yang tentukan perang dan damai di Timur Tengah adalah Amerika.
Rabbi itu kata lagi, di Amerika pula yang tentukan terhadap isu Arab-Israel dan Timur Tengah bukan presiden atau Kerajaan Amerika tetapi pelobi pelobi Kristian. Pelobi-pelobi Kristian, kata rabbi itu, jadi kuat dan ekstrem masa pemerintahan Presiden George W Bush. Bush rapat dengan kelompok Kristian yang dikenali sebagai Christian Right dan golongan yang dipanggil Neo-Conservatives atau Neo-Cons.
Apa yang ditakutkan
Christian Right atau disebut juga Religious Right sangat cergas dalam politik. Pendirian mereka terhadap isuisu berkait Islam, Arab dan Palestin sangat keras. Bersama-sama dengan golongan Neo-Cons, mereka sokong dan desak Kerajaan Amerika guna kuasa tentera dalam krisis antarabangsa, khususnya yang babitkan dunia Islam.
Orang kita umumnya percaya Yahudi sangat berpengaruh ke atas dasar- dasar Amerika. Itu betul. Tapi yang gerakkan dasar pro-Israel adalah golongan Christian Right dan Neo-Cons. Kalau ikut logik, susah bagi orang Yahudi nak wujud dan pertahan negara Israel yang terletak di tengah-tengah dunia Arab kerana bilangan mereka tak ramai.
Ikut anggaran daripada badan amal Amerika, Carnegie Endowment for International Peace, pada tahun ini ada 2.01 bilion orang Kristian dan 2.08 bilion Islam. Bilangan orang Yahudi dianggarkan 13.9 juta orang saja pada tahun 2013. Inilah yang golongan Christian Right dan Neo-Con sangat takut - bilangan orang Islam mengatasi orang Kristian dan makin ramai orang Islam tinggal di negara-negara bangsa Eropah.
Balik kepada sejarah
Untuk lebih jelas mengenai peranan Christian Right dan Neo-Cons dalam isu Yahudi dan Israel, kita kena balik kepada sejarah. Mula-mula sekali, kita kena faham, iaitu bukan orang Yahudi yang wujudkan Israel.
Sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua, orang Yahudi tak ada negara dan mereka bercempera di Eropah, Amerika Utara, Russia dan negaranegara Eropah Timur. Masa Perang Dunia Kedua mereka diseksa oleh Nazi Jerman. Masa itu, paling ramai orang Yahudi tinggal di Jerman. Yang sempat lari mereka cari perlindungan di United Kingdom (UK), Russia dan Amerika Utara. Lepas perang, dua kuasa besar Eropah - UK dan Perancis - bimbang orang Yahudi yang bercempera di negara mereka tuntut hak dan jadi lebih berpengaruh.
Salah satu cara atasi masalah itu ialah dengan hasut orang Yahudi berhijrah ke Palestin. Masa itu, UK dan Perancis kuasai sebahagian besar wilayah Arab yang dulunya milik Empayar Uthmaniyyah.
Hasil dasar dan tindakan British, Perancis serta Amerika itu lahirlah Israel sebagai negara Yahudi pada Mei 1948 walaupun ditentang keras oleh umat Islam. Asal usulnya bumi Israel adalah kawasan pelbagai kaum. Sehingga abad ketiga Masihi, majoriti penduduknya Yahudi. Selepas itu ia jadi wilayah Kristian. Daripada abad ketujuh sampailah pembentukan Israel, majoriti penduduknya Islam.
Hari ini, yang jamin kewujudan Israel adalah orang Kristian. Pada 14 Oktober lalu, seorang rabbi wanita Amerika bernama Jill Jacobs, menulis dalam surat khabar Washington Post mengatakan pembayar cukai Amerika adalah antara pihak yang bertanggungjawab membiayai pencerobohan Yahudi ke atas tanah dan harta milik orang Palestin di Tebing Barat.
Manakala penulis laman web Christian Science Monitor, Christa Case Bryant, pula dalam rencana 18 Disember 2012 berkata, gerakan Zionis semakin berpengaruh ke atas politik Amerika sejak 10 hingga 15 tahun dengan kerjasama Kristian Evangelis, khususnya dalam hal kepentingan Israel.
Konspirasi peringkat antarabangsa
Jadi dalam kita orang Islam bergaduh dan bertelagah sama sendiri, kita kena faham konspirasi yang sedang berlaku pada peringkat antarabangsa untuk terus laga-lagakan Islam dengan Yahudi hingga orang Islam terlupa atau terlepas pandang keadaan sebenar.
Cabaran terhadap umat Islam hari ini, termasuk di negara kita, adalah gerakan Kristian Evangelis, Neo-Cons dan golongan liberal. Mereka inilah yang menuntut pelbagai hak dan persamaan seperti penggunaan kalimah Allah, kebebasan seksual dan hak bersuara tanpa batasan.
Kalau orang Islam negara kita masih tak sedar dan bertelagah mengenai hal remeh macam sentuh anjing, jangan salahkan sesiapa kalau nasib mereka jadi macam nasib orang Palestin. Wallahuaklam.

Jumaat, 31 Oktober 2014

KANAK-KANAK PUN SUDAH PANDAI BERHUTANG

Boleh dikatakan hampir saban hari pelbagai berita dan kisah tragis mengenai 'kesan hutang' mengisi dada akhbar mahupun menjadi antara topik hangat paparan media elektronik.

Lebih mengejutkan lagi apabila Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2013 mendapati nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi paras 86.8 peratus.

Peratusan ini secara tidak langsung menjadikan Malaysia antara negara yang mempunyai kadar hutang isi rumah tertinggi di rantau Asia Pasifik bagi tahun itu!

Biar apapun di sebalik kenyataan itu, tidak dinafikan berhutang bukanlah menjadi satu kesalahan malahan tidak ada larangan pun untuk itu. Konteks kehidupan hari ini juga, adalah sesuatu yang mustahil bagi seseorang individu membayar barang tertentu secara tunai.

Bagaimanapun, yang menjadi masalah apabila ada antara mereka yang terlupa mengukur baju di badan sendiri sehingga berbelanja melebihi kemampuan, kata Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohamad Fazli Sabri.

Akibat tersalah percaturan, boleh dikatakan hampir separuh daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk membayar hutang sehingga ada yang akhirnya diisytihar muflis!

Akan tetapi, belumpun reda mencari jalan penyelesaian senario peningkatan hutang isi rumah, agak mengejutkan apabila hasil kajian Mohamad Fazli mendapati tabiat itu kini merebak dalam kalangan kanak-kanak!

Satu penemuan yang tidak pernah diduga sama sekali, katanya kepada Bernama.

MEMBIMBANGKAN

Agak menggusarkan, apabila kajian yang mengambil masa selama dua tahun itu mendapati 80 peratus kanak-kanak berusia bawah 12 tahun sudah terjebak dengan budaya memberi hutang dan berhutang!

Kajian itu dijalankan pada Ogos 2012 membabitkan 800 responden dalam kalangan pelajar tahun empat dan tahun lima meliputi lima buah negeri.

Dipilih mengikut zon, kajian itu melibatkan dua buah sekolah di setiap negeri iaitu Kedah, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah bertujuan mengkaji tahap literasi, kompetensi dan sosialisasi murid sekolah rendah mengenai kewangan.

"Penemuan 80 peratus itu, adalah sama ada mereka pernah meminjamkan wang kepada rakan ataupun meminjam wang daripada rakan. Agak mengejutkan kerana perkara ini sepatutnya tidak berlaku.

"Menjadi persoalan, bagaimana kanak-kanak ini sudah pandai berhutang? Saya rasa ini membimbangkan dan perlu diambil perhatian jitu", katanya.

SIMPANAN MENYEDIHKAN

Menegaskannya sebagai satu keadaan serius sekiranya tidak dibendung segera kerana akan mengakibatkan kanak-kanak ini membesar dan mengadaptasikan budaya hutang dalam kehidupan seharian.

Dan, ada kemungkinan besar menyumbang kepada peningkatan jumlah golongan diisytiharkan muflis, kata Mohamad Fazli.

Rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis bagi tempoh 2007 hingga tahun lepas berdasarkan kepada rekod Jabatan Insolvensi Malaysia ialah 122,169 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri baru-baru ini menyuarakan kebimbangannya berhubung peningkatan dalam bilangan belia yang diisytiharkan muflis, dengan 579 daripada 12,381 orang yang diisytiharkan muflis dalam enam bulan pertama 2014 terdiri daripada golongan belia.

"Ini baru sekolah rendah dan mereka kalau hendak meminjam sepatutnya timbul rasa malu. Tetapi mereka sudah tidak rasa apa-apa pun, jadi saya rasa ada sesuatu tidak kena di sini.

"Kita tidak mengatakan ia satu kesalahan, tetapi mereka masih muda. Sepatutnya, pada usia sebegitu mereka memperbanyakkan simpanan", katanya.

Biarpun kajian itu mendapati majoriti telah mempunyai akaun simpanan namun amalan menyimpan dalam kalangan responden adalah tidak begitu memuaskan. Ini kerana, hanya 11.7 peratus sahaja didedahkan dengan kebaikan menyimpan pada usia bawah tiga tahun.

Kebanyakannya, mula diberi pendedahan menyimpan pada usia lebih tujuh tahun selain tidak mempunyai tabiat simpanan yang tetap, jelas beliau.

BOROS BERBELANJA

Mengapa mereka berhutang? Apakah puncanya? Dan, apakah yang menarik perhatian mereka sehingga perlu berhutang? Mengulas persoalan ini, beliau berkata semuanya berpunca daripada sikap 'boros berbelanja'.

Tahap pengetahuan kewangan kanak-kanak yang rendah menyebabkan mereka tidak dapat membezakan antara mana keperluan dan kehendak.

Ini kerana, kajian itu mendapati lebih satu pertiga responden mengklasifikasi telefon bimbit sebagai satu daripada keperluan yang wajib mereka miliki.

Malahan, hampir 60 peratus responden sudah memiliki telefon bimbit. Walhal, dalam umur sedemikian telefon bimbit bukanlah satu keperluan.

"Disebabkan mereka tidak dapat membezakan keperluan dan kehendak, ada yang mempunyai matlamat menyimpan untuk membeli telefon bimbit dan pelbagai jenis gajet.

"Memiliki gajet pelbagai ini, tanpa adanya kawalan boleh menyumbang kepada sikap boros berbelanja. Contoh, dia mungkin menghabiskan wang sakunya untuk menambah nilai kad prabayar", katanya.

Menjadi masalah, apabila sanggup meminjam wang rakan untuk tambah nilai kerana takut meminta daripada ibu bapa, jelas beliau.

Keseronokan mengakses internet selain terpengaruh mengundi talian, pemberian gajet adalah sesuatu bahaya sekiranya tidak dikawal, kata beliau.

PENGUATKUASAAN

Selain itu, beliau melihat penjualan makanan dan minuman di luar perkarangan sekolah antara punca kanak-kanak ini boros berbelanja. Mereka cenderung membeli aiskrim, jeruk, makanan ringan, nugget goreng dan burger yang mudah didapati di luar sekolah.

Ada juga yang tertarik membeli sesuatu makanan ringan itu semata-mata ingin memiliki permainan.

"Menyedihkan, apabila mendapat tahu ada kanak-kanak sanggup tidak makan masa rehat kerana ingin berbelanja di luar pagar sekolah. Makanan seperti nugget, aiskrim bukannya murah, jadi tidak mustahil ada berhutang kawan", katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan ibu bapa dalam permasalahan ini tetapi adalah sewajarnya mereka mula mendidik anak dengan pengetahuan kewangan yang mudah.

Ibu bapa juga, seharusnya menyelidiki ke mana wang saku anak mereka dan sekiranya ada lebihan budaya menyimpan perlu digalakkan.

"Tidak ramai ibu bapa yang bertanya kepada anak mereka ke mana perginya wang saku sekolah. Sedangkan ia sangat mudah dan paling asas tetapi tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

"Ini kerana, dari situ kita dapat menilai apa yang dilakukan anak. Jika membeli sesuatu peralatan sekolah, suruh mereka tunjukkan. Ini bagi mengelakkan mereka daripada berbohong dan berhutang", katanya.

PIIACuF 2014 tonjol keindahan Islam kepada dunia - Najib



Penganjuran Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2014 (PIIACuF 2014) di sini adalah satu inisiatif dilakukan Malaysia bagi menonjolkan keindahan Islam kepada dunia, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, festival itu juga menggalakkan dan memartabatkan kesenian dan kebudayaan Islam kerana kedua-dua elemen itu sangat digalakkan dalam Islam.
"Islam adalah agama kedamaian tapi ada segelintir pihak yang menyalahgunakan tafsiran Islam ini hingga wujud fenomena Islamophobia sekali gus dikaitkan dengan keganasan.
"Ini bukan Islam tapi orang yang amalkan Islam dengan cara tidak betul," katanya ketika berucap merasmikan PIIACuF 2014 di sini, sebentar tadi.

SPAD wujud bas henti-henti di 5 negeri



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mewujudkan perkhidmatan bas henti-henti di lima negeri yang akan memulakan operasi tahun hadapan.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata perkhidmatan itu disediakan untuk menghubungkan kawasan yang jarang dilalui kenderaan awam dan dilaksanakan secara berfasa sebelum diperluas ke kawasan lain jika mendapat sambutan.
"Kita jangkakan tahun depan sudah boleh beroperasi dan antara lokasi yang kita pilih peringkat awal ini ialah di Kuching, Kuala Terengganu, Ipoh dan Kangar," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam bersama wakil pengusaha bas, teksi dan kereta sewa tempatan di sini, malam tadi.
Syed Hamid berkata, perkhidmatan itu akan disesuaikan mengikut keperluan, kependudukan, penempatan serta permintaan orang awam di satu-satu tempat.
"Macam ada kereta sewa yang susah nak pergi dari satu daerah ke daerah yang lain atau tidak ada pengangkutan awam untuk ke satu-satu kampung, itu yang kita akan utamakan," katanya.