Jumaat, 31 Oktober 2014

SPAD wujud bas henti-henti di 5 negeri



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mewujudkan perkhidmatan bas henti-henti di lima negeri yang akan memulakan operasi tahun hadapan.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata perkhidmatan itu disediakan untuk menghubungkan kawasan yang jarang dilalui kenderaan awam dan dilaksanakan secara berfasa sebelum diperluas ke kawasan lain jika mendapat sambutan.
"Kita jangkakan tahun depan sudah boleh beroperasi dan antara lokasi yang kita pilih peringkat awal ini ialah di Kuching, Kuala Terengganu, Ipoh dan Kangar," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam bersama wakil pengusaha bas, teksi dan kereta sewa tempatan di sini, malam tadi.
Syed Hamid berkata, perkhidmatan itu akan disesuaikan mengikut keperluan, kependudukan, penempatan serta permintaan orang awam di satu-satu tempat.
"Macam ada kereta sewa yang susah nak pergi dari satu daerah ke daerah yang lain atau tidak ada pengangkutan awam untuk ke satu-satu kampung, itu yang kita akan utamakan," katanya.

Tiada ulasan: