SINGAPURA – Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Luar K.Shanmugam berkata kritikan terhadap cara Malaysia mengendali insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 adalah tidak adil.
Menyifatkan kehilangan pesawat itu sebagai ‘satu situasi yang amat luar biasa”, beliau berkata hakikatnya terlalu sedikit maklumat untuk disiasat dan diketahui oleh rakyat Malaysia atau sesiapa sahaja berhubung insiden berkenaan.
Shanmugam berkata demikian pada sesi dialog anjuran Persatuan Wartawan Asing Singapura di sini hari ini.
Malaysia dikritik, terutama oleh media asing sejak pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac lepas.
Pada majlis sama, Shanmugam berkata tidak terdapat kekurangan dari segi kerjasama dan respons dalam kalangan negara Asean berhubung kehilangan MH370.
“…Saya tidak fikir mana-mana negara Asean yang lewat dalam respons mereka dari segala segi,” katanya ketika diminta menilai tahap kerjasama dalam kalangan negara Asean untuk mencari pesawat malang itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan