Dalam hidup ini kita mempunyai beberapa fasa-fasa untuk berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik.
Ada orang mula berubah ketika diaberkahwin, ada orang mula berubah ketika dia di pertengahan usia iaitu 40 tahun dan ada orang pula mula berubah ketika dia bersara daripada pekerjaannya iaitu pada usia 60 tahun. Kebanyakan daripada kita suka memilih untuk berubah ketika bersara daripada pekerjaan sedangkan kita belum tentu akan hidup sehingga ke usia itu. Andai kita dapat hidup sehingga ke usia itu pun, belum tentu kita boleh berubah lebih-lebih kepada mereka yang sudah biasa menjalani kehidupan yang tak memikirkan tentang kehidupan akhirat. Bukan senang untuk mendidik hati yang lebih mementingkan dunia daripada akhirat.
Bila kita telah mencapai usia 40 tahun, kita harus lebih berhati-hati kerana di usia itu kita telah mencapai tempoh kematangan. Kalau di usia ini pun kita masih juga sibuk dengan urusan dunia tanpa memikirkan akhirat, maka untuk kita berubah selepas itu akan menjadi lebih sukar. Bila kita mencapai usia 40 tahun sepatutnya kita mengurangkan kehidupan dunia dan kita melebihkan kepada kehidupan akhirat. Mereka yang berusia 40 tahun umpama hidup pada waktu asar iaitu satu waktu yang begitu singkat sebelum masuknya waktu maghrib atau matahari terbenam. Pada usia ini kita sudah tak boleh main-main atau ambil mudah tentang soal agama lagi. Kalau kita masih buat begitu berhati-hatilah kerana mati itu boleh datang pada bila-bila masa sahaja, tak kira muda atau tua. Bila dia datang, tak akan ada jalan patah balik lagi, menyesal pun tiada guna.
Kita harus ingat hidup di dunia ini terlalu singkat dan kita tak tahu bila kita akan mati (kalau kita tahu, senang untuk kita buat persediaan). Kalau kita berharap ketika umur 40 tahun baru nak berubah, ketika umur 60 tahun baru nak berubah, takut-takut kita tak sempat sampai ke umur itu. Semua orang kalau ditanya samaada mereka nak berumur panjang atau tak? Tentu mereka menjawab Ya. Siapa yang tak nak berumur panjang, semua orang nak tetapi adakah semua orang dapat? Kalau semua orang dapat, tiadalah orang muda yang mati kat dunia ini. Kalau macam tulah senanglah hidup kita, masa muda kita boleh enjoy puas-puas dan ketika tua barulah kita bertaubat, barulah kita berubah. Kalau macam nielah, memang senang sungguh hidup.
Untuk berubah tak perlulah tunggu hari esok kerana hari esok belum tentu akan ada untuk kita. Mati dia tak menunggu samaada kita sudah bersedia atau tak. Kalau dia datang, datanglah tiada apa yang dapat menghalangnya. Untuk itu lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan daripada sediakan payung ketika hujan telah membasahi diri kita. Buat apa, dah terlambat. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan