Selasa, 14 April 2015

Orang asing gembira kita duka Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/46888

Tak berapa lama dulu, seorang eksekutif dan seorang wartawan wanita dari Sepanyol jumpa Kunta Kinte untuk sembang berkenaan Malaysia. Mereka dalam usia 30-an dan baru sahaja kena tukar ke negara kita. Negara mereka negara maju tapi keadaan ekonomi teruk. Pengangguran sampai 23 peratus. Lebih 50 peratus penduduk umur bawah 25 tak ada kerja. Mana-mana negara pun yang ramai orang muda dan lulusan universiti tak ada kerja adalah negara yang gagal majukan ekonomi secara lestari. Balik kepada cerita dua wanita muda Sepanyol tadi, mereka bagi tahu Kunta Kinte mereka rasa sangat bertuah dihantar ke Malaysia. Sebelum datang ke negara kita, mereka bekerja di sebuah negara Arab. "Pada mulanya kami bimbang juga kerana kami baca bahawa Malaysia adalah negara Islam. Kami bayangkan Malaysia macam negara-negara Arab. Tapi bila kami tiba di Malaysia ia berlainan sekali daripada anggapan kami. Malaysia adalah syurga." Kemudian Kunta Kinte sembang pula dengan pendatang asing yang kerja di kedai kopi kegemaran Kunta Kinte. Mereka pun kata Malaysia macam syurga. Maklumlah mereka datang dari negara macam Indonesia, India dan Nepal yang jauh lebih mundur daripada kita. Pakaian seragam majikan bagi. Makan percuma. Apa yang Kunta Kinte makan, itulah yang mereka makan. Hostel disediakan di atas kedai. Jadi tak payah susah-susah keluar duit beli pakaian kerja, makanan, sewa rumah dan bayar tambang. Betullah Malaysia syurga bagi mereka. Pendek kata, orang asing yang merantau ke negara kita - tak kira pekerja profesional atau buruh, dari negara maju atau mundur - hidup lebih senang di negara kita daripada di negara mereka sendiri. Nasib tak sebaik orang asing Kunta Kinte seronoklah dengar mereka puji negara kita. Tapi, bila Kunta Kinte tengok nasib sesetengah orang kita sendiri, Kunta Kinte sedih dan susah hati. Ramai rakyat kita nasib mereka tak sebaik orang asing. Bulan lepas Kunta Kinte baca berita atas talian yang petik Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, kata ada keluarga pembantu pejabat dan pembantu am perkhidmatan awam yang duduk bersesak-sesak dalam rumah satu bilik. Kunta Kinte langsung tak hairan. Gaya hidup macam mana lagi mereka mampu bila gaji mereka lebih sikit RM1,000 sebulan sahaja. Mereka ini adalah dalam gred paling rendah hierarki Jabatan Perkhidmatan Awam, iaitu gred ke-11 (G11). Dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gaji asas mereka antara RM805 dan RM820. Lepas tambah elaun kos sara hidup (COLA) RM300 dan elaun perumahan RM180, pendapatan kasar hanya antara RM1,285 dan RM1,300 sebulan. Azih kata, dengan pendapatan macam itu mereka hanya mampu sewa bilik di tempat sara kos tinggi macam Kuala Lumpur, Johor Bahru, Shah Alam dan Klang. Sewa bilik sahaja antara RM600 dan RM800 sebulan. Keadaan ini sangatlah menyedihkan sebab bilangan pekerja dalam gred ini ramai - antara 250,000 dan 300,000. Daripada bilangan itu, ramai yang bekerja secara kontrak dan tak ada pencen. Itu tak kira lagi pekerja gaji rendah sektor swasta yang lebih ramai. Jadi Kunte Kinte sokong permintaan CUEPACS agar kuota rumah kos rendah diwujudkan untuk kakitangan awam dan pelaksanaannya tak diserah bulat-bulat kepada sektor swasta. Lagi elok dimasukkan juga pekerja bergaji rendah dalam sektor swasta. Perumahan untuk rakyat Maaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata Kunta Kinte tak hairan dengan keadaan ini sebab Kunta Kinte dah tengok sejak sebelum 13 Mei 1969 lagi. Dasar kita mengenai perumahan untuk rakyat biasa sejuk, panas dan terketar-ketar. Tak tekal. Masa Kunta Kinte hijrah ke Kuala Lumpur sebulan lepas 13 Mei, boleh kata majoriti orang Melayu dan India yang berhijrah dari kampung dan ladang duduk di rumah haram atau sewa bilik atas kedai Cina. Masa itu pangsapuri tak ada lagi sampailah flet Jalan Pekeliling (sekarang Jalan Tun Abdul Razak) didirikan. Masa itu, orang Melayu berduyun-duyun merantau ke bandar pasal hidup susah akibat harga getah jatuh teruk. Mereka inilah yang buka kawasan perumahan setinggan di pinggir bandar, di tepi sungai dan di lereng bukit. Selepas 13 Mei, hasil daripada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru banyak rumah murah dibina, termasuk di atas tapak rumah setinggan yang musnah terbakar masa pergaduhan. Bagaimanapun, nampaknya sejak akhir-akhir ini pembinaan rumah kos rendah dan sederhana tak lagi jadi keutamaan kerana dasar pasaran terbuka. Pemaju hartanah awam dan swasta tak lagi dikenakan syarat bina rumah kos rendah dan sederhana. Mereka berlawan bina rumah mewah yang ramai rakyat jelata tak mampu nak beli. Tiga atau empat dekad lalu pemaju dikenakan syarat bina rumah bercampur untuk semua kelas pembeli dengan menggunakan kaedah 'cross subsidy,' iaitu pembeli rumah mewah membiayai pembinaan rumah kos rendah. Legasi kaedah ini masih boleh kita tengok di Subang Jaya di mana ada banglo, rumah berkembar, rumah teres, kondominium dan pangsapuri sebelah menyebelah. Jadi Kunta Kinte sokong sangatlah usaha kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik di kawasan bandar sama ada secara sendiri atau melalui usaha sama. Kita janganlah jadi macam kata pepatah 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.' Rakyat jelata kita hidup susah tapi pendatang hidup macam di syurga. Kunta Kinte tak tahu sama ada dasar 'house-owning democracy' (demokrasi pemilikan rumah) yang dilaung-laungkan tak berapa lama dulu masih jadi matlamat kerajaan. Wallahuaklam.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/46888

Ahad, 12 April 2015

BN Akan Letak Calon Bersih Di Permatang Pauh - Muhyiddin

 Barisan Nasional (BN) akan mengambil kira semua faktor terutama rekod bersih dan diterima rakyat setempat dalam menentukan calon pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Pengerusi BN itu berkata secara tidak rasmi pimpinan UMNO bahagian telah menyerahkan beberapa nama untuk diturunkan sebagai calon dan ia akan diputuskan pucuk pimpinan parti dalam masa terdekat.

"Kami ambil kira semua faktor ... yang penting penerimaan pengundi Permatang Pauh, ada rekod yang baik, tidak terlibat dengan apa-apa skandal dan mempunyai latar belakang kelulusan yang agak tinggi serta rapat dengan rakyat setempat.

"Sebaik mungkin mereka adalah dalam kalangan anak setempat yang ada rekod yang baik," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemimpin UMNO dan BN negeri di sini hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Timbalan Perdana Menteri berkata UMNO Bahagian Permatang Pauh dan UMNO negeri juga telah menyatakan komitmen untuk memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang diputuskan pucuk pimpinan.

Muhyiddin yang merupakan pengarah PRK Parlimen Permatang Pauh dan PRK Parlimen Rompin di Pahang, berkata beliau akan dibantu oleh Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Permatang Pauh dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Rompin.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilantik sebagai penyelaras BN bagi kedua-dua pilihan raya kecil itu, katanya.

Beliau berkata walaupun dikatakan sebagai 'underdog' di Permatang Pauh, BN komited untuk menang pada pilihan raya kecil itu demi bagi meneruskan usaha membantu nasib rakyat di kawasan itu yang sekian lama diabaikan.

"Kami akan mengatur strategi yang rapi untuk pilihan raya kecil ini. Kami tahu kami adalah underdog di kawasan yang dikatakan sebagai kubu kuat PKR, namun begitu tak ada satu yang mustahil ... cita-cita BN adalah untuk menang," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengenal pasti isu-isu setempat dan nasional yang timbul dan jentera BN telah bersedia untuk memberi penjelasan.

"Mereka yang ada dalam kalangan BN termasuk 'friends of BN' telah menyatakan sokongan dalam mengatur gerak kerja untuk pilihan raya kecil ini," kata Timbalan Perdana Menteri.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan selepas kerusi itu diisytihar kosong setelah penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon oleh keluarga ketua pembangkang itu atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian 7 Mei.

Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis setelah terlibat dengan nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon pada 22 April dan hari pengundian 5 Mei.




Sabtu, 4 April 2015

Mahfuz berjaya bodohkan Mahathir di hari tua beliau.. Kesiannn.


Sebagai seorang negarawan yang dihormati oleh kebanyakan rakyat Malaysia, dua tiga hari kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa Tun Mahathir semakin hilang fokus dan termakan dakyah pembangkang.

Tun Mahathir mengaku bahawa beliau masih belum nyanyuk, tetapi ia tak bermakna beliau masih relevan. Nyanyuk didalam pemahaman melayu ialah penyakit lupa yang dihadapi oleh kebanyakan orang-orang tua yang berumur 70 ke atas. Apatah lagi bagi seorang tua yang berumur hampir 90 tahun seperti The Great Tun Mahathir.

Dan siapa yang membuat kenyataan bahawa melayu mudah lupa? Bukankah Tun Mahathir sendiri mengakui bahawa bangsa melayu kerap lupa dan ianya tak terkecuali dengan diri beliau sendiri walaupun dianggap antara negarawan terulung melayu.

Tun Mahathir juga bangsa melayu.., kecualilah jika Tun Mahathir mahu menafikan bahawa beliau berlainan bangsa dan klausa "melayu mudah lupa" itu terkecuali dari dirinya. 

Baru-baru ini Tun Mahathir menyerang kepimpinan negara lagi. Jika sebelum ini kenyataan Tun Mahathir dianggap bijak serta kritis yang lahir dari pandangan peribadi beliau yang kononnya amat konsisten mahu memperbaiki negara, kali ini Tun M di lihat hilang fokus apabila beliau hanya mengulangi persepsi longkang yang dicanang oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

Dalam satu perenggan didalam serangan terhadap Najib didalam blognya, Tun Mahathir di lihat terpengaruh dengan Mahfuz Omar kononnya Sirul Azhar merupakan pengawal peribadi Najib dan juga diarahkan untuk membunuh Altantuya. 

Kenapa Tun Mahathir merelakan pemikiran serta kenyataannya 'jatuh' sama taraf dengan Mahfuz Omar yang dikenali sebagai pelawak nombor satu didalam PAS? Ini membuktikan bahawa Tun Mahathir bukannya nyanyuk, tetapi beliau sudah tak relevan kerana hilang fokus.

Jika Tun Mahathir marahkan Najib diatas sebab-sebab tertentu sekalipun, janganlah rosakkan diri serta pemikiran ahli-ahli Umno Baru dengan dakyah serta pembohongan bertaraf longkang dari sumber pembangkang. Jika Tun Mahathir betul-betul sayangkan parti seperti yang didakwanya.., janganlah berperangai seperti budak-budak baru mahu belajar politik.

Tun Mahathir memang belum nyanyuk.., tetapi bapa kepada Mukhriz itu sedang didalam proses "menopause" didalam pertimbangan serta penilaian senario politik negara yang jauh berbeza dari zaman pemerintahannya.

Tun Mahathir mungkin masih belum nyanyuk, tetapi tidakkah Tun Mahathir tahu bahawa Sirul dan juga Azilah mempunyai 9 tahun untuk menjelaskan sendiri semasa perbicaraan didalam Mahkamah tentang kononnya ada arahan dari pihak atasan seperti yang didakwa oleh Tun M.

Jika Tun Mahathir masih belum nyanyuk, Tun M mesti ingat bahawa Sirul hanya memberitahu mahkamah bahawa beliau mendapat arahan dari Azilah selaku pihak Atasannya sebagai seorang anggota Unit Tindakan Khas. Azilah pula mengaku melakukan tindakan sendiri walaupun ada cubaan untuk mengaitkan Razak Baginda didalam kes pembunuhan tersebut.

Tiada bukti yang menunjukkan bahawa Razak Baginda mengarahkan Altantuya dibunuh. Dan tiada bukti yang menunjukkan bahawa Najib Razak terlibat. Malah, entah darimana Tun Mahathir dapat cerita bahawa Sirul merupakan pengawal peribadi Najib.. Yang mengaitkan Sirul dengan Najib hanyalah Mahfuz.. 

Saksi-saksi telah dipanggil dalam perbiacaraan tersebut dan Sirul serta Azilah sendiri telah diberi peluang untuk membela diri mereka. Ia dilakukan dengan bebas serta telus tanpa sebarang paksaan. Kenapa waktu itu Sirul atau Azilah tak bercakap langsung tentang arahan dari pihak atasan yang Tun Mahathir seolah-olah mahu mengaitkan dengan Najib?

Adakah The Great Tun Mahathir kini diusia tuanya telah menjadi setaraf dengan pemikiran Mahfuz the clown??

Dan jika benarlah Tun Mahathir seorang manusia berprinsip serta hanya berkata yang benar, kemukakanlah bukti Sirul mendapat arahan dari pihak-pihak tertentu serta bukti bahawa Sirul merupakan pengawal peribadi Najib Razak. Buat lah laporan Polis dan juga kemukakan bukti tersebut di mahkamah.

Jika Tun Mahathir masih belum nyanyuk, tentunya Tun masih percaya bahawa semua tuduhan perlu bukti, bukan hanya boleh dilemparkan tak tentu hala didalam blog dengan harapan untuk melingkupkan negara hanya kerana demi kepuasan sendiri. 

Khamis, 2 April 2015

Admin whatssap groups

Saya bukan pakar ekonomi .Sekolah pun tak tinggi mana.Tapi saya tahu beza ,baik dengan tidak,fitnah dengan tidak.Org mcm saya bukan bodoh Nak bodohkan sy,samalah mcm nak bodohkan rakyat semua.
Saya pelik bin ajaib dgn perangai sesetengah org kita.
Semua kerajaan buat tak betul.Ni pasal GST.
Sy tak faham kenapa ada pihak yg buat kecoh.Sampai ada yg buat demontrasi .Ada yg guna media sosial hentam kerajaan.
Banyak yg tak reti apa-apa pasal GST,tapi buat bising tak tentu hala.
Saya rasa ada dalang yg cucuk rakyat Saja nak putar belit fakta.Yang tak betul,dibesar-besarkan .Ada sesetengah rakyat kita,telan bulat-bulat dakyah golongan ini.
Saya sedih ada org kita saudara kita mcm tak fikir panjang.Ikut saja apa yg pendakyah ni cakap.Mcm lembu dicucuk hidung.Tak buka fikiran dan tutup mata hati.
Mereka lupa,dalang-dalang ni sebetulnya menangguk di air keruh.
Ada sebab GST ni di buat.Bukan ikut suka aja.Lagipun dah beratus negara laksanakan GST.Daripada negara maju sampai negara mundur.Tak ada masalah pun.Tak ada riuh rendah.GST bawa kebaikan pada negara.
Hal ini dah terbukti di negara-negara yg laksanakan GST.Banyak baik daripada buruknya.
Jadi bila ada org buat kempen anti GST,Sy rasa pelik sikit. Mungkin mereka tak tahu bahawa GST ni bukan benda baru.dah lama dibuat negara lain.Mereka lupa kebaikan GST.Kalau tak baik,dah tentu banyak kerajaan tak buat atau tarik balik GST yg dah dilaksanakan.
Nampaknya,tak ada sebuah kerajaan yg dah buat GST tarik balik pelaksanaannya.Tu maksudnya,GST tak ber masalah pada rakyat.Rakyat negara berkenaan nampak faedah GST utk mereka.
Hari ini GST bermula.
Saya harap semua terima dgn baik.Saya tahu ada yg takut kalau GST menyebabkan naiknya harga barang.Dasar baharu mmg menyebabkan org risau dan gelisah.Tapi kerajaan dah bagi jaminan,GST tak membebankan rakyat.
Kita tak perlu khuatir.
Kalau dulu ada banyak jenis Cukai Jualan dan Perkhidmatan,skrg ada satu saja,kini cukai itu hanya 6 peratus.
Saya nak ingatkan mereka yg lawan GST,kerajaan prihatin masalah rakyat.Sebab itu banyak pengecualian diberikan pada barangan dan perkhidmatan.Kata PM kita,tak pernah ada negara melaksanakan GST yg berikan begitu banyak pengecualian seperti kita.Apa nak lagi..?
Kerajaan boleh kenakan GST utk semua barang dan perkhidmatan.Tapi apa gunanya GST klu rakyat dibebankan.Oleh sebab itu dikecualikan banyak barangan dan perkhidmatan daripada dikenakan cukai ini.Patutnya kita rasa lega dgn jaminan ini.
Saya harap kita semua sokong GST.Memang tak ada sistem cukai yg sempurna dlm dunia.GST yg dilancarkan hari ini tentu ada kurangnya daripada segi pelaksanaan.Tapi saya percaya akan diperbaiki.Saya percaya manfaatnya pada kita juga.

Kejahilan tentang sistem cukai boleh dikatakan meluas di kalangan orang Melayu

04 April 2015
Malang sekali sekiranya rakyat terkeliru atau dikelirukan atau tidak diberitahu tentang perkara paling asas dalam membentuk pentadbiran kerajaan dan pelaksanaan keadilan, iaitu sistem cukai. Jarang sekali disedarkan bahawa rakyat seluruhnya ialah pembayar cukai sama ada cukai langsung mahupun tidak langsung. Malang lagi, ada wakil rakyat yang tidak peka dengan cukai, walaupun dia lulusan universiti!
Kejahilan tentang sistem cukai boleh dikatakan meluas di kalangan orang Melayu kerana mereka menganggap cukai lebih melibatkan urusan antara peniaga dan kerajaan sahaja. Malahan peniaga runcit Melayu kebanyakannya tidak ambil kira soal cukai ini.
Memandangkan orang Melayu tidak ramai terlibat dengan perniagaan maka kepekaan mereka tentang tujuan, sistem dan buruk baik pelaksanaan cukai begitu rendah sekali.
Kebanyakan orang Melayu hanya menganggap cukai yang dipungut kerajaan hanyalah cukai tanah; cukai pendapatan; cukai yang mereka bayar kepada kastam di Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur ketika balik daripada membeli belah di seberang sempadan; cukai jalan bagi yang ada kenderaan bermotor dan lesen memandu; lesen tv dan dua tiga perkara yang lain. Ini semua dikatakan cukai langsung yang dipungut ketika mereka berurusan dengan pegawai kerajaan. Disebabkan cukai-cukai langsung ini tidak begitu berat, mereka kurang mempersoalkannya.
Bagaimana dengan cukai tak langsung yang mereka bayar setiap hari tanpa disedari? Mereka tidak pernah ambil kira berapa cukai yang sedia ada pada tepung gandum, gula, minyak masak atau petrol, rokok, pakaian dan semua benda lain yang mereka beli setiap hari walaupun yang berharga lima sen. Perbualan mereka di telefon dicukai; begitu juga tambang bas. Apakah mereka tidak turut tolong membayarkan cukai pendapatan para tauke melalui harga barang yang mereka beli daripada tauke itu? Seterusnya, dapatkah mereka mengaitkan inflasi dengan cukai?
Apabila mereka tidak ambil kira (tidak sedar?) semua cukai yang mereka bayar setiap kali membeli atau menggunakan perkhidmatan (iaitu cukai-cukai tidak langsung), mereka juga tidak peka bagaimana kerajaan mencukai atau membelanjakan cukai.
Kerajaan tidak dapat berdiri tanpa cukai. Semua rakyat ialah pengguna dan semua pengguna dicukai. Kedudukan kerajaan hanyalah sebagai pemegang amanah yang menggunakan cukai untuk memberi kemudahan, menjamin keselesaan dan menjaga keselamatan umum.
Dalam masyarakat feudal, rakyat takut bertanya tujuan apa kerajaan mencukai. Terbentuknya kerajaan moden, lebih-lebih lagi bersistemkan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, cukai menjadi perkara pokok yang dibahaskan di dalam semua mesyuarat pentadbiran dan sidang dewan perwakilan rakyat. Semua sidang ini terangkum di dalam agenda belanjawan, membabitkan persoalan bagaimana kerajaan boleh dapat wang (cukai) dan bagaimana hendak dibelanjakan. Tujuan asasi segala mesyuarat dan sidang itu adalah (sepatutnya) mempastikan pungutan hasil (cukai) oleh kerajaan dipulangkan semula kepada rakyat secara agihan yang adil dan saksama.
Orang Melayu tidak peka dengan soal cukai kerana masih ada lagi sikap hamba dan kekerdilan feudal yang tertanam di jiwa mereka. Parti pemerintah pula tidak berminat menyedarkan rakyat tentang hakikat cukai.
Setelah 58 tahun merdeka dan mengamalkan demokrasi berparlimen, ramai rakyat Melayu, khususnya, tidak tahu kedudukan mereka sebagai pembayar cukai, siapa yang berkuasa menentukan cukai dan siapa kutip cukai. Masanya sudah tiba bagi seluruh rakyat didedahkan dengan persoalan cukai. Rakyat yang buta huruf dan miskin pun wajar mengetahuinya. Mereka juga bayar cukai sekurang-kurangnya ketika makan dan minum.
Kejahilan rakyat tentang cukai menyebabkan politik wang berleluasa. Lebih malang lagi, parti politik yang berkuasa tidak begitu berminat meningkatkan kesedaran tentang cukai. Akibatnya, rakyat tidak begitu mempersoal, misalnya, dari mana wang yang digunakan sesetengah pemimpin untuk menyogok rakyat ketika pilihan raya.

Rabu, 1 April 2015

Inilah Pedang PALING TAJAM Di Dunia... Anda Akan MERASA BANGGA Apabila Mengetahui Pemiliknya !!!

Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat adalah pedang yang dimiliki oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, pembuka Kota Palestine. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.

Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur


Pedang ini diperbuat besi baja "damascus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat.


Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini. 


Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod "Damascus" yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.

Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.


Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12
Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. 


Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "Damascus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.


Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.


Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.









Selasa, 10 Mac 2015

Ketidakseimbangan Gaji Pekerja Sektor Awam Dan Swasta.

Dah lama aku nak tulis isu ini semenjak aku kerja makan gaji dulu. Apa yang aku perhatikan jurang gaji antara pekerja sektor awam dan sektor swasta pada masa ini semakin membesar.
Mengikut laman web SPA, gaji bagi pekerja sektor awam yang berkelulusan SPM bagi Jawatan Pembantu Tadbir adalah RM928.00 sebulan. Gaji ini masih belum dicampur dengan elaun-elaun yang lain seperti elaun perkhidmatan awam, elaun perumahan dan elaun sara hidup. Kalau dicampur entah berapa banyak jumlahnya, memang untung pekerja yang bekerja di sektor awam ini.
Bagaimana pula dengan gaji pekerja sektor swasta? Pada masa ini kerajaan baru menguatkuasakan gaji minimum RM900 sebulan bagi pekerja sektor swasta. Pastinya dengan gaji sebanyak itu ia masih belum memadai jika nak dibandingkan dengan gaji dan elaun yang diterima oleh pekerja sektor awam.
Sebenarnya aku tak kisah lansung jika kerajaan nak menaikan gaji pekerja sektor awam tetapi biarlah seiring dengan gaji pekerja sektor swasta juga. Ini barulah adil namanya.
Aku agak hairan siapakah panel yang membuat semakan tentang kenaikan gaji bagi pekerja sektor awam. Mereka ini seolah-olah hanya melihat pada gaji pokok sedangkan pekerja sektor awam mempunyai elaun-elaun yang lain juga. Kalau nak dibandingkan, gaji dan elaun yang diterima pekerja sektor awam yang berkelulusan SPM, ia adalah setara dengan gaji yang diterima pekerja sektor swasta yang berkelulusan Diploma. Cuba bandingkan jurang antara keduanya?
Bila berbicara tentang pekerja sektor awam, elaun-elaun yang mereka terima seolah-olah tak ada atau tak nampak. Pada pendapat aku, elaun-elaun yang ada harus digabungkan menjadi satu dan elaun ini mesti digenapkan jumlahnya supaya kita nampak gaji sebenar yang diterima pekerja sektor awam. Dengan ini barulah kita nampak perbezaan sebenar gaji yang diterima pekerja sektor awam dan juga swasta.
Seingat aku semasa aku masih bekerja makan gaji beberapa tahun yang lalu, gaji pokok pekerja sektor awam yang berkelulusan SPM telah naik menjadi RM800 lebih dan sekarang telah menjadi RM900 lebih. Cuba lihat pula gaji pekerja sektor swasta, kerajaan baru tahun lepas (kalau tak salah) menguatkuasakan gaji minimum RM900 dan jumlah itu lansung tak memadai jika nak dibandingkan dengan apa yang diterima pekerja sektor awam. Adakah kerajaan ingin menganaktirikan pekerja sektor swasta?
Selepas ini aku amat berharap supaya kerajaan membekukan sebarang semakan kenaikan gaji pekerja sektor awam sebelum kerajaan menaikkan dulu gaji pekerja sektor swasta supaya jurang antara keduanya tidak jauh berbeza. Pada pandanganku, jika mengambil kira gaji keseluruhan yang diterima pekerja sektor awam pada masa ini, maka sepatutnya gaji minimum untuk sektor swasta adalah RM1,200 sebulan. Setelah kedua-dua gaji pekerja awam dan swasta menjadi lebih kurang sama, maka bagi setiap kenaikan gaji pekerja sektor awam selepas ini, ia haruslah seiring dengan kenaikan gaji pekerja sektor swasta juga. Barulah adil namanya.
p/s: Bila berbicara tentang isu ini, ada pekerja sektor awam yang agak emosional. Hairan sungguh aku? Aku bukan tak bersetuju dengan kenaikan gaji yang diterima pekerja sektor awam, aku hanya meminta kenaikan itu biarlah seiring dengan gaji pekerja sektor swasta juga. Ini barulah adil namanya. Kita hidup jangan hanya pentingkan diri dengan melihat diri kita sahaja, sedangkan hidup orang lain bagaimana?
p/p/s: Bila berbicara tentang isu ini, ada pekerja sektor awam mengatakan pekerja swasta ada kelebihan-kelebihan yang lain seperti bonus lebih sebulan gaji dan sebagainya. Pengalaman aku sendiri ketika bekerja di tiga syarikat swasta, bonus tahunan yang aku terima tak lebih daripada sebulan gaji dan aku pernah terima bonus tahunan dengan setengah bulan gaji. Pula tu, kenaikan gaji tahunan adalah tak lebih daripada 5% . Kebanyakan syarikat-syarikat swasta nie, kalau boleh mereka nak bagi gaji serendah-rendahnya kepada para pekerja.