Kerosakan dilakukan termasuk yang zahir dan tersembunyi.
Zahir boleh dilihat jelas melalui mata kasar adalah pembinasaan khazanah bumi seperti hutan dan gunung- ganang yang ditarah untuk merealisasikan impian dunia moden dengan mendirikan pelbagai bangunan di atasnya.
Jika bumi itu boleh disifatkan dengan jasad manusia, tentu kita dapat melihat satu bentuk tubuh yang mengalami kecacatan di sana sini.
Mungkin bumi pada hari ini umpama manusia yang tidak mempunyai tangan dan kaki yang lengkap.
Namun yang lebih ‘menyakitkan’ bumi pada pandangan saya ialah kebinasaan disebabkan kemungkaran dilakukan manusia di atasnya.
Semakin kita dekat dengan hari kiamat, semakin berani pula manusia mencabar Allah dengan pelbagai maksiat dilakukan.
Jika bumi ini dapat berbicara, tentu sekali dia akan merintih atau merayu kepada manusia supaya dia dikasihani.
Sebagai makhluk yang patuh dan berzikir kepada Allah, tentu saja bumi ini akan mematuhi arahan Allah kepadanya.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” Bumi cuba memberikan peringatan kepada manusia supaya kembali kepada Allah dengan memberi peringatan demi peringatan.
Pelbagai bencana alam yang berlaku seperti tsunami, tanah runtuh dan gempa bumi nampaknya belum berjaya membawa umat manusia kembali kepada Allah.
Malah, ada pula yang mengatakan bencana alam tiada kaitan dengan Penciptanya dan ia hanya tidak lebih daripada hukum alam.
Lebih mendukacitakan lagi adalah manusia yang tahu mengenai wahyu yang disampaikan kepadanya.
Mereka tahu apa yang halal dan haram tetapi mereka tidak berusaha meninggalkannya.
Awal minggu lalu saya ke Kuala Lumpur kerana ada urusan.
Setiba saya di Kuala Lumpur , mata saya tiba-tiba ‘tertangkap’ satu pemandangan yang menyebabkan perasaan bercampur baur.
Perasaan sedih, marah dan hairan bercampur-aduk dan saya terpaku di situ untuk beberapa ketika bagi terus menyaksikan apa yang saya lihat di depan mata.
Ia adalah satu situasi di sebuah kedai lambakan ubat-ubatan dan peralatan seks yang sebelum ini dijual secara terbuka di negara-negara luar seperti Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom atau Belanda kini mula menular di negara ini.
Kedai itu bukan sahaja mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan dewasa malah lebih mendukacitakan, pelajar-pelajar sekolah turut menjadi pelanggan mereka.
Lebih menjengkelkan apabila remaja Melayu yang bertudung dan berbaju kurung ditemani pasangan masing-masing serta pelancong dari negara Timur Tengah tanpa segan silu masuk dan membeli beberapa peralatan seks di kedai terbabit.
Selain sarat dengan pelbagai ubatan, anak patung seks berbentuk tubuh wanita, gel, pakaian dalam malah rantai kunci yang memaparkan objek organ seks tiruan turut dijual dengan harga antara RM12 dan RM300.
Membuatkan perasaan saya bercampur baur ketika itu ialah hampir 70 peratus yang keluar masuk menjadi pelanggan kedai berkenaan adalah berbangsa Melayu yang saya percaya beragama Islam.
Apabila saya bertanya kepada sahabat setugas saya , antara maklum balas yang banyak diterima adalah situasi ini sebenarnya ‘biasa’ di negara kita pada hari ini. Namun begitulah realiti sekarang, semakin kita menuju ke dunia akhir zaman, manusia semakin berani mencabar kekuasaan Allah.
Kita sebenarnya hidup di dunia dengan rahmat Allah.
Jika tidak kerana rahmat-Nya, nescaya kita dibinasakan dengan azab-Nya seperti mana yang menimpa umat terdahulu.
Jika tidak kerana rahmat-Nya, nescaya kita dibinasakan dengan azab-Nya seperti mana yang menimpa umat terdahulu.
mior-halimah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan