Sabtu, 8 November 2014

Bagunan Bukit Aman Retak



KUALA LUMPUR – Bangunan 33 tingkat ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman telah di kesan terdapat rekahan tetapi di sahkan selamat untuk di gunakan  dan tidak membahaya.

Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata rekahan yang terjadi di Menara Dua ibu pejabat PDRM itu adalah akibat usia bangunan itu yang sudah melebihi 30 tahun.

“Bagaimanapun, PDRM kini memantau rekahan itu bagi memastikan keselamatan bangunan itu dan penghuninya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diselaraskan oleh Kementerian Dalam Negeri telah pun mengambil tindakan susulan bagi tujuan mengatasi masalah cerun-cerun lemah di sekitar Bukit Aman.

Sebelum ini Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, melahirkan rasa bimbang terhadap struktur bangunan berikutan kerana terdapat rekahan dan hakisan tebing.

Mohamad Fuzi berkata, pihak JKR telah menghubungi pihaknya dan memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil secepat mungkin berhubung perkara itu. 

Tiada ulasan: