"Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
(al-Qasas, 28:56)
"Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti suatu kebodohan. Tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah dan malas,""Perubahan pada diri umpama pintu yang terkunci dari dalam. Ia tidak akan dapat dibuka jika tuan punya diri tidak membuka dengan kunci yang ada ditangannya sendiri.""Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah."
~Saidina Ali bin Abi Talib~
"Allah telah letakkan kejayaan ikan-ikan bila mana mereka dapat hidup di laut. Apabila mereka cuba keluar dari laut, maka mereka akan mati. Begitu juga dengan cacing yang keselamatan mereka telah ditetapkan di dalam tanah. Jika mereka keluar dari tanah, mereka akan kepanasan. Sama juga dengan manusia yang telah Allah letakkan kejayaannya dalam agama. Jika manusia cuba keluar dari agama, manusia akan sengsara."
"Setenang manapun sesebuah sungai itu,suatu hari akan melalui bahagian deras,, berbatu, cerun dan sebagainya. Begitu juga dengan kehidupan, tidak ada orang yang tidak merasai kesusahan sedikitpun sepanjang hidupnya, dan kita tidak akan dapat kembali ke masa dahulu lagi. Tetapi suatu perjalanan itu ada destinasinya, ingatlah destinasi sungai jatuh ke laut manakala destinasi manusia pula kepada pencipta~Nya"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan